CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2528|Reply: 0

[Selangor] Anak PMX solidariti Palestin ketika graduasi di New York

[Copy link]
Post time 18-5-2024 04:37 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar klip video yang memaparkan Nurul Hana memakai keffiyeh dan membawa kain rentang yang bertulis 'Free Palestine' semasa majlis graduasinya di New York University semalam.

PETALING JAYA – Sebagai tanda solidariti buat Palestin, anak bongsu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Hana memakai keffiyeh ketika majlis graduasinya di New York University (NYU), Amerika Syarikat semalam.

Berdasarkan klip video yang dikongsi di laman Facebook Perdana Menteri, kelihatan Nurul Hana memakai keffiyeh bersama ‘topi mortarboard’ ketika menaiki pentas graduasi.

Pada masa sama, kelihatan anak bongsu Perdana Menteri itu membawa bersama kain rentang yang tertulis ‘Free Palestine’.

Aksi Nurul Hana itu juga turut mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin yang hadir pada majlis graduasi berkenaan.

Dalam hantaran sama, Anwar turut mengucapkan tahniah buat anak bongsunya itu.

“Sekalung tahniah buat anak bongsu saya Nurul Hana yang bergraduasi dari New York University (NYU).

“Hana juga nyatakan solidariti bersama rakyat Palestin,”tulis Anwar.-KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... aduasi-di-new-york/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.075080 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list