Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan mendapatkan semakan kehakiman terhadap keputusan polis memanggilnya untuk disoal siasat berhubung kenyataannya di DUN mengenai Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan pentadbiran kerajaan negeri.
Ketua Pembangkang Selangor itu berkata beliau telah dikeluarkan notis di bawah Seksyen 111 Kanun Tatacara Jenayah dan telah dipanggil untuk hadir ke ibu pejabat polis daerah Shah Alam untuk memberi kenyataan berhubung kenyataannya itu. Beliau berkata demikian di Ibu Pejabat PN di Kuala Lumpur hari.
Mac lalu, Azmin meminta penjelasan kerajaan negeri selepas PKNS menjual hak pembangunan PJ Sentral yang dijangka memberi pulangan bernilai RM1.04 bilion kepada Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) dengan nilai RM270 juta, menurut laporan media.