CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6050|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 645 tan beras dirampas dari gudang tiada lesen

[Copy link]
Post time 22-5-2024 01:36 PM | Show all posts |Read mode

Pegawai Kawalselia Padi dan Beras (KPB) memeriksa beras yang disimpan dalam sebuah gudang tidak berlesen di Sibu, Sarawak. - Foto FB MOHAMAD SABU

KUALA LUMPUR: Sebanyak 645.75 tan beras pelbagai gred, termasuk Beras Putih Import (BPI), dianggarkan bernilai RM2.1 juta dirampas dari sebuah gudang di Sibu, Sarawak, minggu lalu.

Rampasan dibuat menerusi serbuan bersepadu Op TARING BRAVO 3 dilancarkan Kawalselia Padi dan Beras (KPB) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia (MCBA), pada 15 dan 16 Mei lalu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), memaklumkan hasil pemeriksaan mendapati premis perniagaan terbabit tiada lesen di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522).

"KPB menyita stok beras terbabit serta dokumen berkaitan bagi siasatan lanjut di bawah Akta 522 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Padi dan Beras (Pelesenan Pemborong dan Peruncit) 1996 PU (A) 624.


"Siasatan turut dijalankan terhadap syarikat terbabit, sama ada terbabit dalam aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi, iaitu BPI," menurut kenyataan berkenaan.



Antara beras yang dikesan disimpan dalam sebuah gudang di Sibu, Sarawak. - Foto FB MOHAMAD SABU

Menurut KPKM, penyelewengan barang bersubsidi adalah tindakan tidak bertanggungjawab yang membawa kerugian kepada negara, sekali gus menyebabkan rakyat tidak dapat membeli barangan itu.

Ini kerana, kerajaan bersetuju memberi subsidi BPI bernilai RM950 setiap tan di peringkat borong bagi Sabah, Sarawak dan Labuan dengan harga jualan runcit tidak melebihi RM31 setiap kampit 10 kilogram, mulai 5 Oktober lalu.

"KPB sentiasa bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan negara iaitu MCBA, PDRM, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

"Kerjasama itu dalam mempergiatkan aktiviti penguatkuasaan bagi mengekang cubaan menyeleweng BPI di Sabah dan Sarawak. Ia termasuk cubaan membawa keluar beras terbabit dari sempadan negara.

"KPB memberi peringatan kepada semua pemegang lesen supaya mematuhi perundangan di bawah Akta 522 dan peraturan di bawahnya. Tindakan tegas akan diambil jika pemegang lesen gagal mematuhinya," menurut kenyataan itu lagi.

Mereka yang ada maklumat berkaitan sebarang pelanggaran undang-undang mengenai padi dan beras, diminta menyalurkannya melalui Portal Aduan KPB https://skpb.kpkm.gov.my/adu.

Boleh juga hubungi Ibu Pejabat KPB di Putrajaya di talian 03-88701751/1748/1183.
https://www.bharian.com.my/berit ... -gudang-tiada-lesen
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
[Netflix 2021] SQUID GAME Season 1,2,3 - Lee Jung Jae, Lee Byung Hun, Wi Ha Joon, Gong Yoo ~ 26 Dec 2024 (Season 2), 2025 (Final Season)
Rahah[Netflix 2021] SQUID GAME Season 1,2,3 -
Views : 29125 Replies : 254
...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
seribulan...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
Views : 44248 Replies : 29
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 11125 Replies : 449
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 47200 Replies : 1958
siri ikonik Korea, Squid Game 2 ditayangkan di Neflix hari ini
YgBenarsiri ikonik Korea, Squid Game 2 ditayang
Views : 13087 Replies : 5
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 232317 Replies : 1832
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 109982 Replies : 1152
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 52274 Replies : 1477

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 10:02 AM GMT+8 , Processed in 0.035865 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list