CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5693|Reply: 0

[Selangor] Bekas sukarelawan APM dipenjara 35 tahun, bunuh anak jagaan

[Copy link]
Post time 23-5-2024 12:35 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

KLANG – Seorang bekas sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) diperintah menjalani hukuman penjara 35 tahun dan dikenakan 12 sebatan atas kesalahan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang ketika itu di bawah jagaannya, lima tahun lalu.

Laporan forensik tidak menolak kemungkinan Zahira Sofea Ahmad Mu’iiz ditampar, disepak, digoncang dengan kuat atau dihentak pada permukaan objek tumpul yang keras.

Mahkamah Tinggi Klang dekat sini mengeluarkan perintah itu selepas Mohd. Sazry Mohd Taha, 41, mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Sazry, 36, didakwa membunuh Zahira Sofea di rumahnya (tertuduh) di Kampung Sungai Udang, Klang di antara pukul 1 petang, 28 September 2019 dan 1 petang keesokannya.

Hasil siasatan polis mendapati, pada waktu material, kanak-kanak itu dalam pemeliharaan dan jagaan bekas sukarelawan tersebut.

Hakim Norliza Othman dalam keputusannya berpendirian, lelaki itu telah mendera kanak-kanak berkenaan yang merupakan anak rakan yang ketika itu di bawah jagaannya.

Beliau berpuas hati, Mohd. Sazry gagal menunjukkan belas ihsan dan kasih sayang yang sewajarnya diberi kepada kanak-kanak sekecil mangsa yang tidak berdaya menahan siksaan fizikal sehingga maut.

“Sebelum pelaksanaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023, hanya ada satu hukuman bagi kesalahan membunuh iaitu gantung sampai mati. Namun hasrat Parlimen menggubal akta itu bagi memberi peluang pesalah-pesalah kembali membina hidup baru dalam kalangan masyarakat.

“Oleh itu, hukuman setimpal yang dapat memberi pengajaran kepada tertuduh harus diberi dan bukan sekadar satu hukuman bagi memenuhi kehendak akta,” ujar beliau dalam alasan penghakiman bertarikh 25 Mac lalu yang diperoleh pihak media melalui laman web mahkamah, hari ini. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... -bunuh-anak-jagaan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
[Netflix 2021] SQUID GAME Season 1,2,3 - Lee Jung Jae, Lee Byung Hun, Wi Ha Joon, Gong Yoo ~ 26 Dec 2024 (Season 2), 2025 (Final Season)
Rahah[Netflix 2021] SQUID GAME Season 1,2,3 -
Views : 29125 Replies : 254
...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
seribulan...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
Views : 44248 Replies : 29
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 11125 Replies : 449
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 47200 Replies : 1958
siri ikonik Korea, Squid Game 2 ditayangkan di Neflix hari ini
YgBenarsiri ikonik Korea, Squid Game 2 ditayang
Views : 13087 Replies : 5
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 232317 Replies : 1832
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 109982 Replies : 1152
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 52274 Replies : 1477

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 09:39 AM GMT+8 , Processed in 0.325595 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list