View: 11941|Reply: 6
|
Polis Buru Individu Sebar Rakaman CCTV Kes Simbah Asid Faisal Halim
[Copy link]
|
|
Polis Selangor dilaporkan telah membuka kertas siasatan dan kini memburu pihak yang menyebarkan rakaman video CCTV yang memaparkan insiden simbah asid terhadap Faisal Halim.
KP Selangor, Datuk Hussein Omar Khan baru-baru ini mengesahkan bahawa video tersebut merupakan salah satu bahan bukti dalam kes yang masih disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan berikutan pendedahan maklumat yang tidak sah.
Selain itu, ia juga turut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.
Jika disabitkan kesalahan, individu terlibat boleh dikenakan dengan tidak melebihi RM1 juta dan penjara sehingga setahun atau kedua-duanya.
Datuk Hussein juga menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan video tersebut kepada awam bagi menghormati dan menjaga sensitiviti keluarga mangsa.
Sumber : Beautifulnara |
|
|
|
|
|
|
|
Yg attack dia dah tangkap lom?
|
|
|
|
|
|
|
|
suspect kena tahan, kena ikat jamin.. now senyap kan
|
|
|
|
|
|
|
|
Menjaga sensitiviti keluarga mangsa???
Bagaimana denga gambar mangsa yang bertepek dlm akhbar semasa kejadian? |
|
|
|
|
|
|
|
sallysains replied at 25-5-2024 11:11 PM
suspect kena tahan, kena ikat jamin.. now senyap kan
Uiii...dah cubaan membunuh pun boleh ikat jamin lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
Tertanya2 sape yg simbah asid tu... dia ni ada link dgn gangster ke mafia ke along ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|