CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7364|Reply: 0

[Johor] Sijil cuti sakit di Hospital Tangkak hilang

[Copy link]
Post time 26-5-2024 01:20 PM | Show all posts |Read mode

NOTIS pemakluman dikeluarkan oleh Pengarah Hospital Tangkak berhubung kehilangan sijil cuti sakit milik hospital berkenaan. FOTO Facebook Hospital Tangkak Official

Johor Bahru: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mengambil tindakan penambahbaikan segera supaya kejadian kehilangan sijil cuti sakit seperti yang berlaku di Hospital Tangkak, baru-baru ini, tidak berulang.

Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Mohtar Pungut@ahmad berkata, pihaknya turut membuat laporan polis bagi mengelakkan penyalahgunaan sijil cuti sakit yang hilang itu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Kita mengambil maklum berkaitan isu tular di laman media sosial dan akhbar berhubung kehilangan sijil cuti sakit Hospital Tangkak.

"Kita mengesahkan kehilangan sehelai sijil cuti sakit dengan nombor siri HTGKF 896400 di Hospital Tangkak dan laporan polis sudah dibuat bagi mengelakkan penyalahgunaan sijil ini oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


"Pihak pengurusan Hospital Tangkak sedang menjalankan siasatan berkaitan insiden ini dan tindakan susulan selepas kehilangan itu dilaksanakan mengikut tatacara seperti mana termaktub dalam arahan perbendaharaan.

"Berikutan insiden ini, tindakan penambahbaikan segera juga sudah dilakukan supaya kejadian sama tidak akan berulang," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Dr Mohtar menasihatkan orang ramai supaya melaporkan kepada JKNJ sekiranya ada menerima sijil cuti sakit dengan nombor siri berkenaan.

Kelmarin, satu notis pemakluman dikeluarkan oleh Pengarah Hospital Tangkak berhubung kehilangan sijil cuti sakit milik hospital berkenaan.

Notis pemakluman yang dimuat naik di Facebook Hospital Tangkak 'Official' itu kemudian dikongsi dan tular.

Turut dimaklumkan, sijil cuti sakit dengan nombor siri terbabit tidak sah diguna pakai.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ital-tangkak-hilang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai, 'Jangan sibuk tepi kain saya'
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, 'Jangan sibuk tepi
Views : 15097 Replies : 76
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 103515 Replies : 1052
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 314442 Replies : 9029
Takziah, Pelakon Lan Zailan Meninggal Dunia
doubleATakziah, Pelakon Lan Zailan Meninggal Du
Views : 14114 Replies : 45
Demi secebis konten, kan dah kena dek!
maklukpenggodaDemi secebis konten, kan dah kena dek!
Views : 27510 Replies : 11
Taraf 'funfair', pengunjung konsert Biduanita-Judika buat aduan ke tribunal pengguna ramai rasa ditipu!!
maklukpenggodaTaraf 'funfair', pengunjung kons
Views : 56021 Replies : 249
Jangan Lompat Kerja...Wanita 35 Tahun dengan gaji 50 ribu  Kongsi Rahsia Simpanan KWSP Cecah Hampir RM2 Juta.Anda nak coba?
YgBenarJangan Lompat Kerja...Wanita 35 Tahun de
Views : 46320 Replies : 171
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 3716 Replies : 43
[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon, Park Bo Young, Bae Sung Woo, Uhm Tae Goo, Lee Jung Eun ~ 4 December 2024
Rahah[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon,
Views : 28025 Replies : 105
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 129119 Replies : 3353

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 07:36 PM GMT+8 , Processed in 0.382735 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list