View: 7493|Reply: 16
|
[Tempatan]
Faedah vaksin Astrazeneca lebih besar berbanding kesan sampingan - Dr Noor Hisham
[Copy link]
|
|
Faedah vaksin Astrazeneca lebih besar berbanding kesan sampingan - Dr Noor Hisham
Oleh Suraya Ali - Mei 27, 2024 @ 6:27pm
suraya.ali@bh.com.my
Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jumlah kematian akibat infarksi miokardium (serangan jantung) terlalu rendah ketika pandemik COVID-19 bagi menolak vaksin Astrazeneca untuk kegunaan orang awam.
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, mengakui pihaknya sudah sedia maklum mengenai kesan sampingan vaksin itu.
"Kami tahu. Semua vaksin ada kesan sampingan, kami juga tahu jika diumumkan, orang awam takkan mahu dapatkan (vaksinasi), itu keputusan kami perlu ambil (ketika wabak COVID-19)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peserta mengenai komen beliau susulan kenyataan syarikat farmaseutikal Astrazaneca yang mengakui kesan sampingan penggunaan vaksin COVID-19 keluaran syarikat itu.
Dr Noor Hisham berkata, bagi meyakinkan rakyat ketika negara berdepan dengan jumlah kematian tinggi akibat COVID-19, kerajaan membuat keputusan memulakan program vaksinasi dengan barisan hadapan negara.
"Selepas itu kami mengumumkan vaksin itu adalah untuk siapa cepat, dia dapat. Dalam masa singkat kita berjaya menghabiskan semua vaksin COVID-19 oleh Astrazaneca ketika itu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis di Persidangan Kemanusiaan Antarabangsa 2024 (MMIHC) anjuran Mercy Malaysia di sini, hari ini.
Persidangan tiga hari itu bermula hari ini dengan menghimpunkan pakar perubatan dan pelbagai pihak berkepentingan untuk berkongsi pandangan mengenai usaha menangani isu mendesak dan memacu tindakan kemanusiaan global.
Dr Noor Hisham berkata, kerana menyedari kesan sampingan vaksin, kerajaan turut menubuhkan Jawatankuasa Khas Farmakovigilans Vaksin COVID-19 (JFK) untuk melaporkan kesan advers susulan imunisasi (AEFI) .
Beliau berkata, terdapat beberapa perbincangan mengenai samada vaksin menjadi punca kematian.
"Tanpa bukti, kita tidak boleh buktikan kematian disebabkan vaksin. Sebagai contoh kemalangan jalan raya, adakah akan menyalahkan vaksin kerana pemandu sudah divaksinasi," katanya.
Dr Noor Hisham berkata, tiada peningkatan kes kematian akibat infarksi miokardium untuk data pra pandemik dan ketika pandemik untuk dijadikan faktor menolak vaksin ketika itu.
"Vaksin Polio boleh menyebabkan penyakit Polio, satu dalam sejuta. Tidak ada perubatan yang menjamin 100 peratus vaksin tanpa kesan sampingan.
"Vaksin boleh menyebabkan kematian tapi keberangkaliannya sangat rendah," katanya.
Dr Noor Hisham menegaskan, jika negara tidak menjalankan program vaksinasi, Malaysia mungkin masih tidak boleh buka sempadan negara kepada semua.
"Dengan vaksin, kesan jangkitan adalah rendah. Sebelum vaksinasi, kita terpaksa gunakan kontena untuk menyimpan mayat mangsa Covid," katanya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kau diam je lah babi anjing sis. Sedangkan founder astrazeneca pun akur dan mengaku salah, kau pulak berbunyi bikin ummah marah sissy. Semoga kau terkena covid sekali lagi dek. |
|
|
|
|
|
|
|
skrip robot dari sama geng dia jemilah mahmood mercy
bagitau kat depan muka family mangsa #cucukmyazz termasuk yg semalam
|
|
|
|
|
|
|
|
well... apo kesah kesan sampingan hanya bertukar alam jer... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by arnauld at 27-5-2024 11:06 PM
Sinovac langsung tak der kesan sampingan |
|
|
|
|
|
|
|
5.6 juta rakyat Malaysia yg terima vaksin astrazaneca ni akan meninggal dunia semuanya |
|
|
|
|
|
|
|
korang dok makan ayam lobai Darsa tu pon ada side effect tersumbat salur darah |
|
|
|
|
|
|
|
Yerlah..yg xamik vaksin tuh gerenti hidup slmanya..vampire katakan...
Aku cuma nk tny, yg xamik vaksin nih, korang mmg xmerokok, xmakan makanan berminyak, ada berat badan ideal...rajin bersenam kan? Kalo ya baguslah
Tp kalo mcm kenalan aku sorang nih...beria2 anti vak bagai..tp merokok xtinggal, makan chicken chop lah apalah...mcm lah tabiat mcm tuh takkan dpt salur tersumabt, tiada masalh jantung..hak tuihhhh sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Perwira2022 replied at 28-5-2024 04:37 AM
5.6 juta rakyat Malaysia yg terima vaksin astrazaneca ni akan meninggal dunia semuanya
bila tu? senang nak prepare kalau tau awal.. |
|
|
|
|
|
|
|
mati itu pasti
bila yang belum tentu lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
Gang2 anti vaks apa masalah ntah. Dah x ambik vaks duduk diam2 enjoy the life sudah. Apa lg mau kecoh2 |
|
|
|
|
|
|
|
Moga x ada cucuk² lagi dah lepas ni |
|
|
|
|
|
|
|
Dorang tahu ada kesan sampingan. Lepastu tak nak bagitau takut semua takank vaksin. Lepastu paksa sign risiko tanggung sendiri. Jahat ya..dah lama rancang kan. Kesan sampingan tu korang dh tau tapi pandai2 la yang dapat tu tanggung sendiri kanm yela...tak ramai dapat katanya. Tapi still ada.. |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 28-5-2024 04:23 PM
#cucukmyaz
#gengAZhadir
|
|
|
|
|
|
|
| |
|