CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7249|Reply: 1

[Terengganu] Tunggang motosikal 80km setiap hari demi suami

[Copy link]
Post time 28-5-2024 11:17 AM | Show all posts |Read mode

Norrisham menunjukkan gambar suaminya, Mohd. Azmi yang terlantar di Wad HSNZ ketika ditemui di rumahnya di Kampung Nibong, Hulu Terengganu baru-baru ini.

HULU TERENGGANU – Demi kasih sayang terhadap suami yang terlantar sakit, seorang suri rumah sanggup berulang-alik menunggang motosikal sejauh 80 kilometer (km)setiap hari dari rumahnya di Kampung Nibong ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu sejak lebih sebulan lalu.

Norrisham Samsuddin, 46, berkata, dia perlu menjaga suaminya, Mohd. Azmi Yusoh, 50, yang dirawat di HSNZ akibat pe­nyakit buah pinggang tahap lima.

Pada masa sama, wanita itu turut menguruskan dua anak berusia 10 dan 16 tahun yang masih bersekolah.

“Setiap hari, saya akan me­nyiapkan makan tengah hari dan malam untuk anak sebelum keluar ke hospital lepas Asar. Biasa­nya saya bermalam di wad dan pulang ke rumah keesokan pagi,” katanya ketika ditemui di rumahnya baru-baru ini.

Norrisham memberitahu, suaminya, Mohd. Azmi disahkan menghidap penyakit buah pinggang pada 3 Mac lalu. Pada mulanya, lelaki itu menghidap gout dan mahu mendapatkan rawatan sebelum disahkan menghidap penyakit buah pinggang.

“Bagai hendak luruh jantung bila doktor beritahu bengkak pada tangannya itu berpunca daripada kegagalan buah pinggang yang sudah mencapai tahap lima. Pada mulanya suami dirujuk ke Hospital Setiu, namun kesihatannya merosot sehingga perlu ditahan di wad HSNZ bulan lalu,” katanya.

Norrisham berkata, disebabkan penyakit itu suaminya tidak dapat bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah di daerah ini.

Norrisham yang turut menghidap penyakit darah tinggi memberitahu, mereka sekeluarga kini mengharapkan belas ihsan keluarga dan jiran untuk membantu demi kelangsungan hidup.

Orang ramai yang ingin membantu boleh berbuat demikian menerusi akaun Bank Simpanan Nasional bernombor 1150041000176147 atau menghubungi Norrisham di talian 014 -327 8719.
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... ap-hari-demi-suami/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2024 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga Allah swt mudahkan urusan sekeluarga. Jauhnya redah jalan 80km, naik motor plak tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
[Netflix 2021] SQUID GAME Season 1,2,3 - Lee Jung Jae, Lee Byung Hun, Wi Ha Joon, Gong Yoo ~ 26 Dec 2024 (Season 2), 2025 (Final Season)
Rahah[Netflix 2021] SQUID GAME Season 1,2,3 -
Views : 29125 Replies : 254
...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
seribulan...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
Views : 44248 Replies : 29
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 11125 Replies : 449
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 47200 Replies : 1958
siri ikonik Korea, Squid Game 2 ditayangkan di Neflix hari ini
YgBenarsiri ikonik Korea, Squid Game 2 ditayang
Views : 13087 Replies : 5
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 232317 Replies : 1832
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 109982 Replies : 1152
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 52274 Replies : 1477

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 08:13 AM GMT+8 , Processed in 0.040316 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list