CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16067|Reply: 87

Ozlynn Dedah Sisi Berbeza Johan – ‘Dia Sebenarnya Seorang Yang Pendiam & Tak Banyak Cakap’

[Copy link]
Post time 29-5-2024 05:17 PM | Show all posts |Read mode




Aktres dan isteri kepada penyampai radio, Johan iaitu Ozlynn mendedahkan tentang keperibadian suaminya yang tidak diketahui ramai.


Menerusi temu bual bersama Nona, Ozlynn atau nama lengkapnya Rozlinawaty Ismail berkata, Johan memiliki sikap yang berbeza ketika berada di rumah bersama keluarga.


"Saya orangnya tak romantik, saya very outspoken and loud. Johan pula dia tak sama macam orang nampak di luar, dia sebenarnya seorang yang pendiam dan tak banyak cakap."


"Maknanya dia hanya bercakap bila perlu. Dia boleh duduk hadap telefon, dengar ceramah atau tengok program yang dia suka."


"Dia adalah manusia yang tak suka keluar rumah."


Menurut aktres berusia 43 tahun itu, Johan juga sering mengingatkannya untuk menghindari daripada bergosip tentang isu-isu yang berlaku dan mengambil iktibar daripada perkara tersebut.





"Dia cakap apa yang jadi dekat keluarga orang, kita doakan yang terbaik untuk mereka. Dalam masa yang sama, kita ambil pengajaran dan tauladan untuk keluarga kita. Sebab takut bila kita bercakap tentang orang, Allah bolak balikkan hati kita, kita pula diuji benda yang sama."


"Dia susah nak benci orang, susah nak marah orang tapi kalau dia marah maksudnya perkara itu memang bermasalah."


Sebagai isteri, Ozlynn juga membantu Johan dalam menguruskan rumah tangga berikutan pelawak itu datang dari latar belakang keluarga yang berbeza.


"Johan ada dua adik beradik, dia dibesarkan oleh ibu tunggal."


"Mungkin banyak benda yang dia tak pandai nak buat sendiri, saya pula ayah seorang anggota yang memang buat kerja semuanya sendiri."


"Jadi saya latih Johan daripada awal perkahwinan lagi untuk buat sama-sama."






Sementara itu, pelakon filem Abang Long Fadhil 3 ini berkata, dia dan suami tidak menghalang anak-anak mereka dalam memilih karier masing-masing. Bagaimanapun, dia dan Johan tidak menggalakkan mereka untuk menceburi bidang hiburan.


"Dia kata tak ada paksaan tapi sebolehnya elakkan. Sebab industri ni pancaroba banyak sangat. Bukanlah industri ini tak boleh berjaya, kalau jaga diri insya-Allah boleh.


"Sebab tak semua orang boleh hadap, nak hadap netizen dan media sosial. Kalau tanya kami, kami lebih suka anak-anak jadi orang biasa. Sebaiknya jadi orang yang bermanfaat kepada orang lain."


Untuk info, sepanjang perkahwinan Ozlyn dan Johan memiliki enam orang cahaya mata iaitu Ahmad Ariq Hanania, Ahmad Sodiq Hanania, Ahmad Haziq Hanania, Nur Latifah Chantiq Hanania, Nur Latifah Moleiq Hanania dan Nur Latifah Cherdiq.


Sumber: TikTok Nona/OhBulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2024 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbb dia pendiam la dia bole simpan rhsia anak sulung tu sapa bapanya..uppss
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2024 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
terus terang iols x kisah sgt dgn laki tapi yg bini ni slalu tunjuk family terpaling mengaji pandai agama…tetap jugak tak menutup aurat..mulut bukan main jugak..siap tunjuk underwear anak ke laki dah berlubang koyak..yg aneh2 je..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2024 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Tell me something that i didnt know, kata acik2 forummer
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2024 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah.. Punya lah lama meols tak melanggan Astenuk, tak tau pun diorang dah ada anak 6.
Meols last tgk, kemain banggooo si Ozlynn ni dgn anak dia yg Chantique tu. Berzikir siang malam.pagi senja, anak kita lawa, anak kita lawa.
Ohhhh rupanya dah ada Cerdique pulak dahh.
Nama anak2 semua mcm dlm program TV pendidikan
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2024 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Seriously dah 21 tahun kahwin? Ni mesti dia masukkan sekali yg 'Johan pernah mengaku diorang dah menikah 5 tahun lepas' tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2024 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
sheols berlakon megadrama nampak macam tak tua sangat. Tibahjah nampak seumuran pulak dengan anak noniswara
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2024 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Carcosa replied at 29-5-2024 08:28 PM
Ya Allah.. Punya lah lama meols tak melanggan Astenuk, tak tau pun diorang dah ada anak 6.
Meols las ...

hei jangan dilupakan kemain up anak terpaling soleh sekali keluar video si anak mesra2 dengan girlfriend
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2024 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
miss_perfect replied at 29-5-2024 08:41 PM
Seriously dah 21 tahun kahwin? Ni mesti dia masukkan sekali yg 'Johan pernah mengaku diorang dah men ...

dia kawin 2009 anak ai no 2 pun dah 2 tahun masa tu tiberrr dia punya anniversary sama dgn ai 21 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2024 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
heythere123 replied at 29-5-2024 08:52 PM
hei jangan dilupakan kemain up anak terpaling soleh sekali keluar video si anak mesra2 dengan girl ...

Ye ke chuols??
Padan muka dia.. Nih, dia tak seram ek letak nama anak2 girl dia mcm tu? Mmglah kita kena letak nama anak yg bermaksud yg baik2. Ya ya of course!!
Tapi agak2laaa. Chantiq, kalau dah besar, gundu kepam muka berjerawat, ketiak masam, kuku cagu berselirat??
Cerdiq pulak, kang jadi emmm.. Paham2 lah ya?
Moleq pulak. Kalau asyik keluar masuk pemulihan akhlak ke? Bukan meols doakan, bukan. Tapi berpada2 la letak nama anak tu. Kang kalau jadi Oxymoron??
Cantik-Tak Cantik
Cerdiq-Tak Cerdik
Moleq-Tak Molek
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2024 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Berbeza sungguh karektor di rumah dan depan tv
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2024 11:09 PM | Show all posts
poyo!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2024 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Carcosa replied at 29-5-2024 09:38 PM
Ye ke chuols??
Padan muka dia.. Nih, dia tak seram ek letak nama anak2 girl dia mcm tu? Mmglah kit ...

video anaknya drive keta pastu girlfriend tu pegang2. Benda tu gf budak tu sendiri yang post.

masa tu terus semua orang kecam hokayy, cakap kesian makpak la apa la. Padahal hakikatnya, si ozlynn ni sendiri pakai short pants walau dah anak ramai so buat apa nak terkejut kalau anak macam tu walaupun makpaknya konfiden puji melambung anak soleh
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2024 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Carcosa replied at 29-5-2024 08:28 PM
Ya Allah.. Punya lah lama meols tak melanggan Astenuk, tak tau pun diorang dah ada anak 6.
Meols las ...

nape la bagi nama anak2 mcm tu. dah besar nanti mesti rasa cringe nak bagitau orang nama masing2. i suka nama2 classic ni. mcm manis,orked,anggun. tapi not like this moleiq??? cherdique?? apakah??
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Nmpk kat ig mcm hanphone melekat kt tgn jer mmg lah tk byk berckp..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah la nama mcm tu... ejaan pn acah terpaling unique. Pitammm.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2024 07:26 AM | Show all posts
nama2 anak deolls unik..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 08:43 AM | Show all posts
so
????????
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 09:59 AM | Show all posts
YE LA TU.. ke dgn isteri je tak bnyk ckp.. sbb isteri mcm mu la memeningkan kepala,. tak suka ozlyn ni... terpaling.. rumah pun bersepahh..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasiblah anak anak cantik jua..kan dipanggil cantik molek tapi tuan hudoh camne..hahha....bukan nak mengata..anak anak jejans aku dok gelak gelak kat kawan pompuan dia nama cynthia erluna....nama dah gempak...bila tengok tuan hausss
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.051248 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list