|
Bayangkan suara gemersik minyak yang panas bertemu dengan adunan cempedak di dalam kuali; aromanya yang harum langsung membangkitkan selera.
Itulah mukadimah pengalaman menggoda yang ditawarkan oleh Resepi Cempedak Goreng, sesuatu yang tidak hanya menjanjikan rasa lemak manis buah cempedak yang telah dikristalkan dengan sempurna, tetapi juga tekstur rangup di luar dengan isi yang lembut di dalam.
Setiap gigitan adalah kombinasi sempurna antara kegembiraan dan nostalgia, mengingatkan kepada kenangan petang bersama keluarga di bawah rimbunan pohon cempedak di halaman.
Mari kita gali lebih dalam bagaimana keajaiban ini dapat terjadi, mempelajari setiap langkah kunci untuk mencipta keajaiban di dapur anda, kisah di balik Resepi Cempedak Goreng yang tidak hanya memanjakan lidah, namun juga merayakan warisan kulinari yang kaya.
Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
1 sudu besar majerin
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2-1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1 sudu besar air kapur
1 cawan air sejuk
1/4 cawan air sejuk (tambah sikit-sikit)
Cara Penyediaan:
Bancuh kapur makan dengan sedikit air.
Cairkan majerin .
Masuk tepung beras dalam mangkuk dan tuang majerin cair, garam, gula, serbuk kunyit dan air sejuk. Kacau sebati.
Masukkan air kapur makan dan gaul sampai hilang ketul-ketul tepung.
Panaskan minyak.
Celup cempedak dalam adunan tepung dan goreng.
Bila dah garing, boleh angkat dan toskan minyak.
Tip Masakan:
Sebelum kupas cempedak, gris minyak pada papan potong dan tangan untuk elak getah melekat.
Kapur makan fungi nak bagi rangup la cucur nanti.
Minyak kena banyak, agak-agak tengelam, kalau sikit sangat nanti hasil gorengan tak melekat elok.
Jangan rendam cempedak lama-lama dalam adunan tepung, nanti isi cempedak jadi lembik, nak dekat nak goreng baru kita celup.
Minyak kena maintain panas, biar berdesir bunyi masa goreng tu, kalau kurang panas nanti tepung tertanggal dan kurang rangup.
Masa goreng jangan isi penuh-penuh, kalau penuh nanti suhu akan drop. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|