CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3620|Reply: 0

[Selangor] Polis siasat kes bayi 17 bulan didera pengasuh di Kajang

[Copy link]
Post time 4-6-2024 11:26 AM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan

KAJANG – Polis menyiasat kes berhubung dakwaan bayi perempuan berusia 17 bulan didera pengasuh di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Bandar Mahkota Cheras, di sini, Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan daripada bapa bayi berkenaan pada pukul 7.36 malam Rabu lalu.

Menurut laporan bapa mangsa yang juga pemandu e-hailing, anaknya diperlakukan dengan kasar ketika disuap makan dengan rambutnya ditarik serta dipicit hidung.

“Susulan tidak berpuas hati dengan layanan dan perbuatan guru, pengadu telah memberhentikan anak pengadu daripada dihantar ke pusat berkenaan.

“Akibat kekasaran itu hidung anaknya mengalami kecederaan dan pemeriksaan di hospital mengesahkan bayi berkenaan mengalami ‘soft tissue injury’.

“Siasatan lanjut mendapati taska berkenaan beroperasi hampir tiga bulan tetapi disyaki masih belum mempunyai lesen pengoperasian yang sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, taska tersebut setakat ini mempunyai sembilan kanak-kanak dalam jagaan dan tiga penjaga merangkap guru.

“Kita sudah memanggil pengasuh terbabit untuk dirakam keterangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

“Siasatan lanjut masih dijalankan sebelum kertas siasatan dilengkapkan untuk dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwaraya untuk mendapatkan nasihat lanjut.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes Inspektor Muaz Mazlan di talian 017-9788804 dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang, Selangor,” jelasnya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan ibu bapa bayi perempuan itu mendedahkan rakaman video serta gambar anak mereka disumbat makanan secara paksa oleh pengasuh bulan lalu.

Segala bukti difahamkan diperoleh daripada bekas guru taska yang bekerja selama seminggu di pusat berkenaan. -KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... pengasuh-di-kajang/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
[Netflix 2021] SQUID GAME Season 1,2,3 - Lee Jung Jae, Lee Byung Hun, Wi Ha Joon, Gong Yoo ~ 26 Dec 2024 (Season 2), 2025 (Final Season)
Rahah[Netflix 2021] SQUID GAME Season 1,2,3 -
Views : 29125 Replies : 254
...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
seribulan...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
Views : 44248 Replies : 29
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 11125 Replies : 449
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 47200 Replies : 1958
siri ikonik Korea, Squid Game 2 ditayangkan di Neflix hari ini
YgBenarsiri ikonik Korea, Squid Game 2 ditayang
Views : 13087 Replies : 5
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 232317 Replies : 1832
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 109982 Replies : 1152
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 52274 Replies : 1477

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.036610 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list