View: 2048|Reply: 0
|
Portugal panggil Nunes ganti Otavio
[Copy link]
|
|
Matheus Nunes (tengah) ketika beraksi pada Piala Dunia 2022 di Qatar menentang Korea Selatan. – Foto REUTERS
LISBON: Portugal memanggil pemain tengah Manchester City, Matheus Nunes semalam untuk menggantikan pemain yang cedera Otavio Monteiro dalam skuad Euro 2024 mereka.
Nunes, pemain berusia 25 tahun kali terakhir beraksi bagi penampilan ke-12 bersama Portugal ketika menang aksi persahabatan ke atas Sweden Mac lalu, yang mana dia menjaringkan satu gol.
Namun dia tidak beraksi ketika Portugal menang semua 10 perlawanan mereka dalam kempen kelayakan Euro.
Dia berpindah ke Manchester City dari Wolves September lalu dan tampil dalam 19 perlawanan Liga Perdana Inggeris ketika kelab itu meraih kejuaraan, bermula dalam sembilan perlawanan.
Persekutuan Bolasepak Portugal (FPF) berkata, Otavio cedera ketika beraksi dengan kelab Arab Saudi, Al-Nassr.
FPF berkata, staf perubatan memeriksa pemain berusia 29 tahun itu semalam dan merumuskan dia tidak cergas untuk beraksi pada Euro 2024.
Portugal memulakan kem latihan Kejohanan Eropah Ahad lalu tanpa kapten dan bintang serangan Cristiano Ronaldo, yang hanya akan menyertai skuad itu Jumaat ini, kata jurulatih Roberto Martinez kepada wartawan semalam.
Pada usia 39 tahun, pemenang Ballon d'Or lima kali itu dijangka beraksi bagi rekod Euro kali keenam. Dia sudah memegang rekod dunia bagi cap antarabangsa terbanyak (206) dan gol terbanyak (128).
Portugal beraksi tiga perlawanan persahabatan menjelang Euro, menentang Finland awal pagi esok, Croatia pada Sabtu ini dan Ireland pada 11 Jun. Ronaldo dijangka hanya menyertai perlawanan terakhir itu.
Pada Euro, Portugal memulakan kempen menentang Republik Czech di Leipzig pada 18 Jun dalam Kumpulan F sebelum berdepan Turkiye dan Georgia. – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... -nunes-ganti-otavio |
|
|
|
|
|
|
| |
|