CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1988|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki maut selepas terlibat dalam satu pergaduhan

[Copy link]
Post time 4-6-2024 06:10 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Seorang lelaki berumur 55 tahun maut selepas terlibat dalam satu pergaduhan di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Mohd Irwan Md Radzi menerusi satu kenyataan semalam berkata, mangsa mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Beliau berkata kejadian itu berlaku pada 3 Jun 2024, jam lebih kurang 8.50 malam dan Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan telah menerima panggilan telefon daripada orang awam memaklumkan berlaku pergaduhan antara dua lelaki di sebuah perkampungan di Jalan Haji Baki, Kuching.

Bahagian Siasatan Jenayah IPD Padawan bersama D9 JSJ IPK Sarawak yang bergegas ke lokasi kejadian menjumpai seorang lelaki berumur 55 terbaring dengan kesan kecederaan di beberapa bahagian badan dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan, tambahnya.

"Suspek seorang lelaki berumur 27 tahun telah berjaya ditangkap tidak jauh dari lokasi kejadian dan telah direman bermula 4 Jun 2024 (semalam) hingga 10 Jun 2024 bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.038675 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list