CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2004|Reply: 0

[Sarawak] Lebih 2,000 tetamu meriahkan rumah terbuka Gawai Harden

[Copy link]
Post time 4-6-2024 06:12 PM | Show all posts |Read mode


Dr Sim (enam kiri), Harden (tengah) bersama tetamu yang lain memotong kek Hari Gawai semasa Majlis Rumah Terbuka Harden di Sri Aman semalam.

SRI AMAN:  Lebih 2,000 orang tetamu dari dalam dan luar daerah Sri Aman telah memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Hari Gawai Dayak Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang Datuk Francis Harden Hollis di kediamannya di Jalan Tini, Munggu Sabun, Sri Aman semalam.

Majlis rumah terbuka yang bermula dari 9 pagi hingga 3 petang itu turut dihadiri Timbalan Premier Sarawak yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan isteri, Datin Amar Enn Ong Seok Ean.

Harden ketika berucap ringkas pada majlis berkenaan berkata, penganjuran majlis rumah terbuka oleh pemimpin kanan Sarawak merupakan manifestasi kesyukuran kepada pencapaian dalam pelbagai aspek terutama dalam usaha meningkatkan taraf hidup rakyat di kawasan pedalaman.

Namun begitu, usaha untuk membangunkan kawasan tidak terhenti pada suatu tahap kerana ia proses berterusan.

Di samping itu juga ia untuk merapatkan perhubungan di antara rakyat dengan pemimpin secara tidak langsung rakyat dengan pemimpin dapat berjumpa secara langsung sambil bertukar-tukar pendapat dalam usaha membangunkan kawasan.

Majlis rumah terbuka itu turut dihadiri masyarakat berbilang kaum dari luar dan sekitar Sri Aman.

Hadir sama pada majlis rumah terbuka berkenaan, Pemangku Setiausaha MDSA Hiu Kee Sing, Pemanca Lee Siang Hua, ketua masyarakat Cina, ketua masyarakat Iban dan Ketua masyarakat Melayu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.190914 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list