View: 8476|Reply: 3
|
‘Baby bump’ bukan sebab hamil, Lady Gaga dah lama tak bersenam
[Copy link]
|
|
Gaga menjelaskan dia sudah lama tidak bersenam.
SEJAK beberapa hari lalu kecoh di media sosial mendakwa penyanyi Lady Gaga sedang berbadan dua.
Ia susulan tersebar foto perut penyanyi berusia 38 tahun itu yang kelihatan buncit atau baby bump ketika menghadiri majlis perkahwinan adiknya Natali Germanotta pada Ahad lalu.
Tampil menjelaskan kekeliruan itu, Gaga menyangkal dakwaan dia sedang berbadan dua seperti yang heboh diperkatakan sebelum ini.
Gaga berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran video di TikTok.
Menggunakan lirik lagu Taylor Swift Down Dad, Gaga sebaliknya menggambarkan berat badannya meningkat disebabkan sudah lama tidak bersenam.
"Tak mengandung, hanya menangis di gim," tulisnya di Instastory.
Khabar angin mengenai kehamilan penyanyi lagu Bad Romance itu lebih hangat apabila Gaga dilihat memakai sebentuk cincin permata pada jari manisnya.
Ramai menyangka dia dan teman lelakinya iaitu Michael Polansky sudah mengikat tali pertunangan selepas empat tahun bercinta.
https://www.mstar.com.my/spotlig ... h-lama-tak-bersenam |
|
|
|
|
|
|
|
dia pun manusia biasa gak, ada masa let go, x jaga mkn, x bersenam. normal la klu buncit pun |
|
|
|
|
|
|
|
Lagu sedap..bila diremix pun bertambah sedap |
|
|
|
|
|
|
| |
|