View: 8770|Reply: 7
|
Macam tengok persembahan lucah, peminat saman Madonna
[Copy link]
|
|
Madonna disaman peminat yang tidak senang melihat kelakuannya di atas pentas.
SEORANG peminat Madonna memfailkan saman atas dakwaan dipaksa menonton aksi lucah ketika menghadiri konsert penyanyi legenda itu pada 7 Mac lalu.
Justen Lipeles memfailkan saman terhadap penyanyi 65 tahun itu kerana mengalami tekanan emosi, pengiklanan palsu serta pelanggaran kontrak bertulis ketika konsert yang diadakan di Kia Forum Los Angeles.
Lipeles yang datang bersama adik perempuannya berusia 11 tahun mendakwa Madonna mengenakan pakaian menjolok mata selain melakukan aksi simulasi seksual yang dianggap pornografi tanpa amaran.
Madonna didakwa berkelakuan tidak senonoh di atas pentas.
"Bayangkan membawa kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun ke konsert pop tetapi dipertengahan konsert ada wanita di atas pentas menanggalkan pakaian.
"Mereka kemudiannya melakonkan aksi seksual termasuk seks oral dan kelucahan melampau yang lain," katanya wakil peguam Lipeles.
Tidak hanya itu, Lipeles turut memfailkan saman atas dakwaan jatuh sakit selepas Madonna mengarahkan penghawa dingin lokasi konsert dimatikan.
Selain itu, Lipeles juga mendakwa berasa tertipu apabila Madonna tidak menyanyi secara langsung dan tampil sejam lewat di atas pentas.
"Penonton berpeluh macam orang gila. Ramai membayar tiket yang mahal tetapi terpaksa menonton dalam keadaan sengsara disebabkan penghawa dingin dimatikan.
"Bukan sahaja penuh dengan aksi lucah, Madonna pun tidak menyanyi secara live," katanya.
Pihak penganjur iaitu Live Nation turut disaman Lipeles.
https://www.mstar.com.my/spotlig ... minat-saman-madonna |
|
|
|
|
|
|
|
sape suh beli tiket nenek kuat seks ni |
|
|
|
|
|
|
|
satanic ritual apakah sampai tutup aircond tu?nak suh org mati lemas berjemaah mcm sardin kah?? |
|
|
|
|
|
|
|
dah tua ganyut pun masih lg konten camni dlm konsert dia eh |
|
|
|
|
|
|
|
Nak nama disebut2, era sosmed segala mak nenek kena viral. Buat la kerja2 bodoh. Padahal boleh je jadi classy pop singer. Nama dah gah kot.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bukan kali pertama acik ni kena saman sbb lambat
|
|
|
|
|
|
|
|
Jadah la kena tutup aircond sebab dia sejuk peminat kat bwh bersesak dalam panas
Tapi ramai Ye pergi concert dia 1m ++ |
|
|
|
|
|
|
|
selera plak nk tgk acik kertu naked hahahahaha |
|
|
|
|
|
|
| |
|