View: 2540|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Perang dagang unggas online
[Copy link]
|
|
ANTARA pelbagai spesies burung dilindungi yang dirampas pegawai Perhilitan hasil Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) di seluruh negara serta gambar suspek yang diberkas.
Kuala Lumpur: Isytihar 'perang' besar-besaran terhadap sindiket serta individu yang didapati membela atau menjalankan aktiviti pemerdagangan unggas secara haram.
Tindakan keras diambil Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia susulan peningkatan kes penjualan pelbagai spesies burung dilindungi melalui platform jual beli dalam talian.
Ketua Pengarah Perhilitan Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, operasi membenteras jenayah pemerdagangan haiwan liar dilindungi itu turut dibantu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Operasi Bersepadu Khazanah (OBK).
Katanya, dalam operasi pertama pada jam 2.30 petang, Rabu lalu, sepasukan pegawai Wildlife Crime Unit (WCU) Perhilitan diketuai Celescoriano Razond serta enam anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) PDRM melakukan pemeriksaan mengejut di pangsapuri di Taman Tasik Biru, Rawang, Selangor.
"Seorang lelaki tempatan berusia 30-an ditahan sebelum pemeriksaan di premis itu menemui tiga ekor burung spesies sun conure bernilai hampir RM3,000.
"Suspek gagal mengemukakan lesen atau permit daripada Jabatan Perhilitan bagi membolehkannya menyimpan hidupan liar itu.
"Susulan operasi pertama itu, pihak Perhilitan dan PDRM melakukan serbuan kedua di lokasi sama. Seorang lelaki tempatan dan seorang wanita berusia 30-an ditahan.
"Hasil pemeriksaan di kediaman dihuni menemui empat ekor burung sun conure tidak matang, tiga ekor burung green-cheeked parakeet tidak matang, tiga ekor burung love bird dan seekor burung liar. Semua burung liar dilindungi itu dianggarkan bernilai RM12,000. Suspek turut gagal mengemukakan lesen atau permit daripada Jabatan Perhilitan bagi menyimpan haiwan itu," katanya.
Dalam satu lagi operasi berasingan, pihak Perhilitan dibantu anggota PGA Pangkalan Hulu dan Jabatan Perhutanan turut menyerbu rumah kongsi pekerja balak di dalam hutan Simpan Ulu Muda, Kedah.
Dalam serbuan jam 4.30 petang kelmarin itu, pihak berkuasa merampas enam ekor burung daun, tujuh ekor burung serindit dan dua ekor burung murai batu. Semua hidupan liar itu adalah spesies dilindungi sepenuhnya mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716). Seorang lelaki tempatan berusia 40-an ditahan dan semua burung bernilai RM5,000 disita.
Kadir berkata, operasi sama turut dilakukan di Kampung Bukit Lintang, Kota Tinggi, Johor pada Rabu lalu sebelum seorang lelaki berusia 20-an ditahan.
"Hasilnya pihak Perhilitan dan polis menemui 22 ekor burung kelicap kunyit, tujuh ekor burung serindit, seekor burung bayan nuri, seekor burung bayan puling dan seekor burung tiong mas. Semua burung bernilai RM22,000 itu turut disita," katanya.
Beliau berkata, operasi turut dilakukan di pintu sempadan Padang Besar, Perlis apabila pihak Perhilitan dibantu Kastam Diraja Malaysia (KDRM) merampas dua ekor burung sun conure yang cuba diseludup menggunakan treler ke negara ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... agang-unggas-online |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|