View: 10058|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Sakit mental punca wanita buat 'aksi lagak ngeri' atas jejambat
[Copy link]
|
|
GAMBAR HIASAN
Kuala Lumpur: Kelar pergelangan tangan sebelum cuba terjun dari jejambat berhampiran Bulatan Pahang, di sini.
Tindakan seorang wanita itu bagaimanapun sempat dilihat pengguna jalan raya sekitar jam 2 petang semalam sebelum mangsa berjaya diselamatkan.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, tiada laporan polis dibuat berhubung kejadian itu membabitkan mangsa yang berdepan masalah mental.
"Tiada laporan diterima babitkan kes ini, ia bukan kes cuba bunuh diri, wanita ini disyaki ada masalah mental dan sudah diserahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut," katanya tadi.
Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur (PGOKL) berkata, sebuah jentera dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Titiwangsa bergegas ke lokasi kejadian sejurus terima panggilan jam 2.28 petang.
Katanya, mangsa diselamatkan dengan bantuan orang awam.
"Mangsa mengalami kecederaan di pergelangan tangan dipercayai akibat dikelar sendiri. Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis," katanya.
Terdahulu, tular rakaman video berdurasi satu minit 14 saat memaparkan wanita itu diselamatkan orang awam yang berada di lokasi kejadian.
Dalam rakaman itu, kelihatan orang awam berjalan di struktur jejambat itu cuba memujuk wanita terbabit selain anggota bomba yang bersiap sedia di bawah jejambat itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ngeri-atas-jejambat |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|