CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9697|Reply: 0

[Pulau Pinang] Musa letak asas kukuh pengajian sains perubatan dan kejuruteraan USM

[Copy link]
Post time 9-6-2024 07:13 AM | Show all posts |Read mode
Musa letak asas kukuh pengajian sains perubatan dan kejuruteraan USM


BERNAMA - Jun 9, 2024 @ 12:34am






Bekas Menteri Pendidikan yang juga bekas Naib Canselor USM, Tan Sri Musa Mohamad, 81, meninggal dunia akibat kanser darah, malam ini. - BERNAMA




GEORGETOWN: Universiti Sains Malaysia (USM) menzahirkan ucapan takziah dan dukacita kepada keluarga bekas Menteri Pendidikan, Allahyarham Tan Sri Musa Mohamad, yang meninggal dunia akibat kanser darah, malam ini.

USM dalam kenyataan memaklumkan, jasa dan sumbangan bekas Naib Canselor USM itu dalam bidang pendidikan amat besar terutama kepada universiti berkenaan.

Menurut USM, sepanjang berkhidmat sebagai Naib Canselor dari 1982 hingga 1995, Musa menyumbang kepada pembangunan fizikal dan akademik termasuk meletakkan asas kukuh dalam pengajian sains perubatan dan kejuruteraan.

"Perpindahan Pusat Pengajian Sains Perubatan dari Kampus Induk USM ke Kubang Kerian Kelantan dan pembangunan pengajian Kejuruteraan termasuk Kejuruteraan Aeroangkasa juga berlaku ketika Allahyarham sebagai Naib Canselor USM.

"Ketika menjadi Menteri Pendidikan pada 1999 hingga 2004, Allahyarham bertanggungjawab dengan penubuhan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) USM di Bertam," menurut kenyataan itu.

Musa, 81, menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.12 malam di sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya akibat kanser darah Mieloma berbilang.

Anak jati Bagan Datuk, Perak itu adalah individu pertama bukan ahli politik memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan dari 1999 hingga 2004.

Selain pernah berkhidmat di USM, Musa turut memegang beberapa jawatan penting antaranya Presiden Pertubuhan Menteri-menteri Pendidikan Antarabangsa dari 2001 hingga 2003 dan adalah bekas Pengerusi Multimedia University dan Pengerusi Majlis Universiti UCSI. – BERNAMA







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-9-2024 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.040268 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list