View: 6400|Reply: 8
|
[Tempatan]
Tisu digantung di siling, undang perhatian pelanggan
[Copy link]
|
|
SHAH ALAM - Di restoran kebiasaannya tisu akan diletakkan di setiap meja atau kaunter pembayaran, namun berbeza dengan pemilik kedai makan di Tanjung Sedeli, Johor apabila menggantung tisu di siling.
Tindakan di luar kotak pemilik kedai makan itu mengundang perhatian pelanggan sekali gus membuatkan mereka terkesima apabila melihat kedudukan tisu di tempat yang tinggi.
Menurut Miza Izzatie Mohed, 27, dia berketinggian 150 sentimeter (cm) sukar untuk mencapai tisu kerana digantung di siling kedai makan.
"Sebenarnya kedai tersebut sudah lama sejak saya masih kecil. Saya pergi ke sana untuk makan roti canai. Biasalah mata kita akan melilau melihat persekitaran sementara menunggu makanan yang dipesan, masa itu saya nampak tisu digantung.
"Rasa kelakar bila lihat tisu tinggi sangat dan terpaksa minta bantuan suami. Dia berketinggian 170cm boleh capai tisu itu," katanya kepada Sinar Harian.
Pengalaman itu dikongsi oleh Miza Izzatie menerusi video di aplikasi TikTok ketika mengunjungi kedai makan berkenaan bersama suaminya.
Video tersebut tular di media sosial dan mendapat lebih 40,000 tanda suka.
Tambah Miza Izzatie, ia merupakan pengalaman pertamanya melihat tisu di kedai makan di gantung di siling.
"Sebelum ini, banyak kedai yang saya pergi tetapi tiada yang berbuat demikian," katanya.
Sementara itu, di ruangan komen pula mendapati, rata-rata netizen terhibur dengan video tersebut dan terdapat juga pengguna di TikTok berpendapat tindakan itu sengaja bagi mengelakkan pembaziran.
"Pak cik saja letak tinggi supaya budak-budak tidak membazir tisu," kata_ve.
Sementara itu, menurut pengguna TikTok bernama Mentadak Comel, bagi mereka bersaiz rendah memerlukan bantuan lain untuk ambil tisu.
"Kena guna alat bantuan contohnya kerusi. Kita hanya 149 cm," jelasnya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan kat shah Alam...3 kali aku ulang baca..rupanya kat johor |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg ada mak bapak biarrrr je anak2 main tisu celop air basuh tangan kat kedai mkn. Ambik ikut suka lps tu lerai2 dlm tu |
|
|
|
|
|
|
|
mmg xsampai la org pendek |
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik tak gantung polong |
|
|
|
|
|
|
|
Bila negara dah terlalu aman (aman ka?) ini sahajalah isunya. Indon senyum sinis.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aah sekali imbas nampak cam gantung polong.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ini mcm nak bg dgn tak nak bagi sama banyak. Tak letak customer complaint so letak tinggi |
|
|
|
|
|
|
|
kedai mamak, melayu mmg kedekut tisu
bukan setakat tisu, sabun basuh tangan pun kedekut..ntah dah dilute brp ratus kali kalau ada pun sabun nya |
|
|
|
|
|
|
| |
|