CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10193|Reply: 3

[Dunia] Pertandingan ratu cantik Miss AI pertama di dunia

[Copy link]
Post time 9-6-2024 10:56 AM | Show all posts |Read mode
KEJELITAAN model kepintaran buatan (AI) kini dipertandingkan dalam arena ratu cantik Fanvue Miss AI buat pertama kalinya di dunia.

Pertandingan ini akan menilai peserta dari aspek kecantikan, pengaruh media sosial dan penggunaan alat AI oleh pencipta mereka.


Pertandingan yang bermula pada April oleh Fanvue itu menjadi topik perbualan hangat seluruh dunia dan juga mencetuskan kontroversi dalam kalangan warganet.

Berdasarkan populariti model AI seperti Aitana Lopez dan Emily Pellegrini di media sosial, acara sebegini ini pasti akan berlaku dan ada signifikannya.

Kira-kira 1,500 gadis yang dijana AI telah diserahkan oleh pencipta mereka dari seluruh dunia, tetapi hanya 10 daripada yang layak ke peringkat akhir.

Tiga peserta teratas berpeluang memenangi hadiah berjumlah AS$20,000, (RM61,720).

Acara sebegini membawa makna yang lebih besar bukan sekadar hadiah wang tunai kerana memenangi pertandingan ratu cantik pertama di dunia untuk model wanita yang dijana AI pasti akan membuka peluang baharu dalam ruang AI yang semakin berkembang pesat.


Salah satu peserta model AI, Anne Kerdi dari Perancis mahu mahu mempromosikan wilayah Perancis iaitu Brittany.

Dia mewakili Brittany dalam pelbagai aspek seperti pelancongan, sejarah, budaya, acara, gastronomi dan banyak lagi.

“Anugerah ini mahu memperkenalkan pencipta disebalik penghasilan model AI yang sangat jelita dan popular itu.

“Tiada seorang pun daripada kita tahu tentang latar belakang dan kisah mereka yang menghasilkan model-model AI ini.

“Itulah keindahan ruang pencipta AI,” kata pencipta bersama Fanvue, Will Monange.

AI sudah pun digambarkan sebagai sempadan baharu dalam pemasaran kandungan dan pengaruh dengan kelebihan yang paling kerap disebut ialah ketersediaan model 24/7.

Begitu juga penyelenggaraan yang rendah berbanding orang sebenar dan boleh muncul hampir di mana-mana pada bila-bila masa.

Tambahnya, teknologi ini masih belum sempurna, kerana kebanyakan model yang dijana AI masih mudah dikenali sebagai ‘palsu’, tetapi teknologi ini berkembang pada kelajuan yang sangat pantas.

Di sebalik populariti avatar yang dijana AI, pertandingan Miss AI pertama di dunia turut mendapat kritikan kerana dikhuatiri akan memburukkan lagi standard kecantikan tidak realistik yang ditetapkan oleh media sosial.

Keputusan pertandingan Fanvue Miss AI akan diumumkan menjelang akhir bulan ini.- RELEVAN




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2024 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Kamon nusantara! Serlahkan AI mu!
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2024 10:00 AM | Show all posts
aduhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2024 12:45 PM | Show all posts
Gambar Ratu Cantik Malaysia AI daku sendiri

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 03:07 PM GMT+8 , Processed in 0.456557 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list