CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9092|Reply: 0

Narendra Modi angkat sumpah PM India kali ketiga

[Copy link]
Post time 10-6-2024 08:12 AM | Show all posts |Read mode




NEW DELHI – Narendra Modi mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri India buat kali ketiga hari ini, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC).


Modi, 73, merupakan pemimpin kedua yang dipilih menjadi Perdana Menteri buat kali ketiga selepas Jawaharlal Nehru pada tahun 1947 hingga 1964.


Upacara mengangkat sumpah dijalankan di Rashtrapati Bhavan, kediaman rasmi Presiden India.


Kawalan keselamatan dipertingkatkan di Delhi, di mana seramai 2,500 polis mengawal kawasan sekitar Rashtrapati Bhavan, selain ia turut diisytiharkan sebagai zon larangan penerbangan.


Parti pimpinan Modi, Bharatiya Janata (BJP) menerusi gabungan Pakatan Demokrasi Nasional (NDA) berjaya memenangi pilihan raya baru-baru ini dengan 293 kerusi.


Gabungan parti pembangkang yang diketuai oleh Parti Kongres India (INC) pula berjaya memperoleh sebanyak 234 kerusi Parlimen.


BJP sebelum ini diramal mengulangi kejayaan memperoleh majoriti penuh seperti pilihan raya 2014 dan 2019. Namun, pilihan raya kali ini menyaksikan parti tersebut kehilangan majoriti buat kali pertama selepas sedekad memerintah India.


Meskipun berjaya memenangi pilihan raya kali ini, BJP memerlukan sokongan daripada parti-parti gabungannya seperti seperti parti Telugu Desam (TDP) dan parti Janata Dal untuk melepasi jumlah syarat minimum iaitu 272 kerusi yang diperlukan untuk membentuk kerajaan. – AGENSI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-7-2024 01:02 PM GMT+8 , Processed in 0.075443 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list