CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 3641|Reply: 0

Taiwan keliru Malaysia mahu menang besar

[Copy link]
Post time 10-6-2024 03:30 PM | Show all posts |Read mode

WHITE (kiri) hadir ke sidang media bersama kapten Taiwan, Po Liang Chen di Wisma FAM, hari ini. FOTO GENES GULITAH

Kelana Jaya: Pengendali Taiwan, Gary White tanpa berselindung mengakui keliru atau 'pening' apabila skuad Harimau Malaya meletakkan sasaran mahu mencipta jaringan besar pada pertemuan kedua-dua pasukan, malam esok.

Malaysia dikendalikan Kim Pan-gon mahu meraih kemenangan besar pada aksi terakhir Kumpulan D kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dalam usaha mencerahkan peluang untuk ke pusingan seterusnya.

White berkata, skuad Harimau Malaya dikhabarkan kehilangan sekurang-kurangnya enam tonggak utama, namun tetap bercita-cita tinggi untuk memenangi perlawanan menerusi jaringan besar.

"Bagaimana mereka (Harimau Malaya) nak menang besar kalau sebelum ini pun ada pemain utama hanya menang 1-0 dengan kami.


"Objektif kami jelas iaitu mahukan kemenangan dan kami ada kemahuan untuk dapatkan mata di pertandingan tahap ini.

"Kami ada skuad muda, misi kami agak jelas dan mudah iaitu datang ke sini untuk dapatkan kemenangan. Saya tidak lihat kami hanya sekadar sertai perlawanan ini, sebaliknya akan beri sehabis baik dan selebihnya kita lihat pada akhir perlawanan.

"Pada masa sama, kami begitu serius dengan apa yang dilakukan dan akan lihat nanti semasa atas padang," katanya pada sidang media pra perlawanan Malaysia menentang Taiwan di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), sebentar tadi.

Mengikut rekod, skuad Harimau Malaya kehilangan ramai tonggak utama antaranya Arif Aiman Hanapi, Faisal Halim, Romel Morales, Darren Lok dan penjaga gol, Syihan Hazmi Mohamed.

Pada perlawanan pertama di tempat lawan November lalu, Harimau Malaya hanya bergantung harap kepada jaringan tunggal Lok bagi memastikan kemenangan kedua sebelum dihimpit kecewa apabila tewas dua kali kepada Oman.

Keputusan seri 1-1 dengan Kyrgyzstan, Khamis lalu meletakkan Harimau Malaya dalam situasi sangat sukar untuk ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 apabila perlu menang 8-0 ke atas Taiwan sambil mengharapkan The Whites Falcons tewas kepada Oman di Muscat.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... a-mahu-menang-besar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
HANYA SATU PERKATAAN  - VOL 47
tudung_bawalHANYA SATU PERKATAAN - VOL 47
Views : 2286 Replies : 1369
Miss Universe 2025 - Miss Thailand
perrrghhhhMiss Universe 2025 - Miss Thailand
Views : 614 Replies : 26
Nubhan ceraikan isteri, naik mahkamah syariah esok.
PrickfordNubhan ceraikan isteri, naik mahkamah sy
Views : 42277 Replies : 758
Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah bakal melangsungkan pernikahan 2 Oktober
irveneRaja Muda Selangor, Tengku Amir Shah bak
Views : 23074 Replies : 422
Update :UIAM siasat Associate Professor Solehah Yaacob dakwa Kerajaan Roman belajar buat kapal Dari orang Melayu.Netizen terbelah dua
YgBenarUpdate :UIAM siasat Associate Professor
Views : 2131 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 317281 Replies : 3210
[Edisi Penganiayaan] Bekas Pekerja Tidak Dicarum KWSP Selama 11 Bulan Oleh Pengurusan Syarikat Milik Artis Tersohor & Keluarga (UPDATE KES #715)
kakasotong2[Edisi Penganiayaan] Bekas Pekerja Tidak
Views : 58215 Replies : 976
Kehebatan Zohran Mamdani
stingerkentotKehebatan Zohran Mamdani
Views : 219 Replies : 2
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 23208 Replies : 1198
Gagah naik Cameron Highlands, 5 jam kereta tidak bergerak
AbahmungGagah naik Cameron Highlands, 5 jam kere
Views : 7585 Replies : 59

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-11-2025 05:03 PM GMT+8 , Processed in 0.057551 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list