CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2591|Reply: 0

Anak Saudara Neelofa, Fatimah ‘The Family UK’ Kembali Bertenaga Teruskan Belajar Dari Katil Hospital, Netizen Tak Putus Doa!

[Copy link]
Post time 10-6-2024 04:44 PM | Show all posts |Read mode




Umum mengetahui, keadaan personaliti media sosial cilik, Fatimah ‘The Family UK’ sebelum ini terpaksa ditidurkan untuk menjalani prosedur biopsi.


Terkini, ibu kepada Fatimah, iaitu Nor Ashila Mahamed berkongsi keadaan anak perempuannya itu menerusi hantaran di Instagram menyatakan bahawa Fatimah kembali bertenaga untuk meneruskan pembelajaran di hospital pada Rabu.


“Fatimah mula bersekolah di hospital sejak bulan Mac lalu. Tapi semenjak 21 Mei, kesihatan Fatimah mula merosot dan dia terlalu lemah untuk meneruskan pembelajaran. Walaupun setiap hari cikgu datang menjenguk, Fatimah terlalu lemah untuk belajar.


Alhamdulillah berkat doa ramai, setelah lebih 2 minggu akhirnya semalam- 5 Jun, Fatimah kembali bertenaga untuk meneruskan pembelajarannya walaupun hanya dari katil hospital.


Hari ini- 5 Jun, Fatimah minta cikgu melanjutkan masa belajar supaya dia boleh menyudahkan karangan Bahasa Inggersi yang dia tulis. Sampai cikgu pun turut gembira tengok Fatimah kembali bersemangat.”-kongsi ibu Fatimah


  



Perkongsian Ashila di Instagram itu dibanjiri dengan doa netizen yang mendoakan agar personaliti cilik ini agar diberikan kesembuhan sepenuhnya.


“Alhamdulillah. Semangat Fatimah memang kuat. Take care sayang. Ramai orang yang sayang dan doakan Fatimah semoga cepat sembuh sepenuhnya.”


“Setiap hari Achik memang tertunggu-tunggu berita Fatimah. Little fighter. Semangat tinggi. Semoga terus kuat ya Fatimah ❤️❤️❤️.”


“Ya Rabb sembuhkanlah Fatimah semoga Engkau makbulkan semua doa-doa ????????.”


Sama-sama kita doakan buat Fatimah agar cepat sembuh…


Sumber : Murai.my
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2024 01:38 PM GMT+8 , Processed in 0.471971 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list