CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3175|Reply: 0

[Melaka] Tiga guru dan pembantu taska didakwa abai dua kanak-kanak

[Copy link]
Post time 10-6-2024 04:52 PM | Show all posts |Read mode

TERTUDUH Jamia Abd Rahman,41, (kiri, baju warna merah, tudung corak bunga), Nur Hanis Azwani Ghazali,24, (kanan, baju biru), Hafsah Ab Razak,33, (belakang, kiri) dan dan Nur Diyana Zainuddin,24, (kanan, baju hitam) dibawa ke lokap selepas sebutan kes selesai. Foto Meor Riduwan Meor Ahmad

Melaka: Tiga guru dan seorang pembantu sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di Cheng dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, hari ini, atas tuduhan berasingan mengabaikan dua beradik berusia empat dan enam tahun antara Mac hingga Mei lalu.

Semua kes itu disebut di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah di Mahkamah Sesyen 3 dan Hakim Azaraorni Abd Rahmad di Mahkamah Sesyen 2.

Keempat-empat tertuduh, Jamia Abd Rahman, 41, Nur Hanis Azwani Ghazali, 24, Hafsah Ab Razak, 33, dan Nur Diyana Zainuddin, 24, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap pertuduhan masing-masing.

Pada prosiding pertama, Jamia dituduh sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan iaitu pembantu taska kepada seorang kanak-kanak berusia empat tahun sewaktu kejadian, didapati mengabaikan atau mendedahkannya dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Perbuatan itu didakwa dilakukannya di sebuah premis di Jalan Cheng Indah 8, Taman Cheng Indah, Tanjung Minyak, dekat sini, kira-kira jam 1.30 tengah hari, Mac lalu.

Guru taska, Nur Hanis Azwani pula didakwa melakukan kesalahan sama terhadap kanak-kanak sama pada April lalu, kira-kira jam 1.30 tengah hari di tempat sama.

Di Mahkamah Sesyen 2, guru taska, Hafsah dan Nur Diyana masing-masing didakwa mengabaikan atau mendedahkan mangsa sama dan abangnya berusia enam tahun yang mungkin akan menyebabkan mereka mengalami kecederaan fizikal dan emosi di taska sama kira-kira jam 1.30 tengah hari dan 12.30 tengah hari pada April dan awal Mei lalu.

Semua tertuduh yang diwakili peguam Mohd Fadil Mohd Yusof didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan berdepan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan kes dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Syazwanie Marizan dan Nur Asnini Kamarudin yang mencadangkan jaminan RM15,000 dan RM20,000 bagi setiap tertuduh.

Mahkamah kemudian membenarkan Jamia dan Nur Hanis Azwani masing-masing dijamin RM7,000 manakala Hafsah dan Nur Diyana pula sebanyak RM10,000 seorang berserta syarat tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi serta perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

Kes ditetapkan untuk sebutan bagi laporan perubatan dan serahan dokumen pada 24 dan 30 Julai depan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bai-dua-kanak-kanak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 03:42 PM GMT+8 , Processed in 0.042261 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list