CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8198|Reply: 73

[Tempatan] Mengapa harga minyak tak turun: Ini penjelasan Rafizi Ramli

  [Copy link]
Post time 10-6-2024 07:07 PM | Show all posts |Read mode
Mengapa harga minyak tak turun: Ini penjelasan Rafizi

https://www.bharian.com.my/berit ... i-penjelasan-rafizi

Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Jun 10, 2024 @ 12:34pm
bhnews@bh.com.my


Rafizi berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Perpaduan PRK Sungai Bakap di Bilik Gerakan Utama Perpaduan di Jalan Besar, Nibong Tebal, malam tadi. - NSTP/Nur Izzati Mohamad

NIBONG TEBAL: Majlis Pelancaran Jentera Perpaduan untuk Pilihan Raya Kecil Sungai Bakap di sini, malam tadi sedikit gamat apabila isu harga minyak yang tidak turun dibangkitkan seorang penyokong parti itu.

Lelaki itu yang berada dalam kalangan penyokong berteriak mempersoalkan mengapa harga minyak tidak turun ketika Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, sedang menyampaikan ucapan.

Ia dipercayai susulan pengumuman penetapan harga runcit bahan api diesel pada RM3.35 seliter bermula tengah malam tadi di stesen minyak seluruh Semenanjung Malaysia.

Satu klip video yang tersebar di media sosial turut memaparkan tindakan Rafizi menjemput lelaki itu ke pentas bagi memudahkan beliau memberikan penjelasan secara terus, sambil disahut hadirin.

Berdasarkan penjelasan diberikan, Rafizi memaklumkan kerajaan tidak pernah membatalkan subsidi bahan api termasuk diesel mencecah RM60 bilion setahun, sebaliknya mengalihkannya dengan memberikannya terus kepada rakyat.

Beliau berkata, sebelum ini subsidi terbabit dibayar kepada beberapa syarikat minyak saban tahun, berbeza dengan tindakan kerajaan ketika ini yang terus mengagihkannya termasuk kepada keluarga yang menikmati pembiayaan serendah RM200 hingga RM500 sebulan.

"Zaman minyak dulu yang harga RM1.90 tahu tak berapa harga minyak mentah masa itu? Tahu tak berapa subsidi yang kerajaan kena belanjakan? Sikit saja (ditanggung kerajaan kerana) masa itu subsidi kena belanja RM3 bilion daripada bajet RM200 bilion lebih.

"Sekarang ini subsidi RM60 bilion dengan harga minyak mentah AS$80 (setong)... saya sebut dulu (turunkan harga minyak) kalau harga minyak mentah rendah dan subsidi itu masih lagi boleh ditangguh kenapa nak hapuskan subsidi.

Alih subsidi, bukan batal

"(Sekarang) bila subsidi sudah jadi RM80 bilion nak buat sekolah tak boleh, nak naik gaji tak boleh dan subsidi menyebabkan harga (minyak) yang rendah itu yang dapatnya orang kaya-kaya, bukankah lebih baik kita alihkan subsidi itu, bukanlah kita batalkan.

"(Kita) alih subsidi maksudnya subsidi terus diberi. Diesel kenderaan awam, lori kecil, pikap, peniaga semua dapat, malah orang biasa gaji RM100,000 ke bawah setahun pun dapat atau kita agihkan kepada keluarga biar dapat subsidi minyak tiap-tiap bulan RM200, RM300, RM400 (atau) RM500," katanya.

Dalam pada itu, Rafizi turut menyuarakan keyakinan bahawa rakyat akan dapat melihat dengan lebih baik bagaimana peruntukan subsidi itu disalurkan kepada isi rumah berbanding terus dibayar kepada syarikat minyak.

Sebelum ini, Rafizi pernah dilaporkan berkata Kerajaan dijangka menanggung subsidi lebih RM100 bilion setahun sekiranya harga minyak mentah dunia mencecah AS$100 setong, melainkan reformasi dilaksanakan terhadap sistem subsidi.

Menurutnya, perbincangan berkenaan subsidi bersasar tidak dapat dielakkan apabila melibatkan anjakan besar yang perlu dilaksanakan untuk mengukuhkan kedudukan fiskal negara.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2024 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang peliknya jumlah sabsidi naik 10 kali ganda sejak najib turun

Adakah jumlah kenderaan yang guna diesel bertambah 10 kali ganda selepas najib tumbang?
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2024 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangkem masih ingat lagi..

Antara hasutan mereka dulu, kalau harga minyak mentah dunia naik, sepatutnya malaysia semakin untung sebab kita negara pengeluar minyak

Mentah2 je acai2 kena goreng
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2024 08:53 PM | Show all posts
Edited by tripleid at 10-6-2024 09:00 PM

Walauncai bengap jah yg stuju billion2 duit negara hari2 kena rompak dgn wargasing,bangla,rohingya..










Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2024 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Antara politician terSIAL . Mohon kena heart attack lagik sekali dan terus mampos.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2024 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab piji tipoo. Formula tak menjadi. Border punya piji kaki kencing.




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-6-2024 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 10-6-2024 08:53 PM
Walauncai bengap jah yg rela billion2 duit negara hari2 kena rompak dgn wargasing,bangla,rohingya..
...

"Kerajaan sindiri panggil kita,bangla mari (buka kidai)sini Melezia...sindri tada ingat ka?"-Bangla
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2024 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 10-6-2024 09:00 PM
"Kerajaan sindiri panggil kita,bangla mari (buka kidai)sini Melezia...sindri tada ingat ka?"-Bangl ...

Bangla,rohingya tu dah berpuluh tahun beranak pinak kat Msia enjoy barang2 harga sabsidi hak rakyat Msia..


Kali ni je kjaan ada telur buat sabsidi bersasar...so pasni kalo foreigner nak beli brg yg ada sabsidi dorg kena bayar harga asal.baru lah adil



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2024 09:56 PM | Show all posts
HAHAHA....SEMBANG KARI....
BABI PUN TERBANG....


PUIIIII........
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 10-6-2024 09:07 PM
Bangla,rohingya tu dah berpuluh tahun beranak pinak kat Msia enjoy barang2 harga sabsidi hak rakya ...

dulu masa jib tarik diesel subsidi naik 3 sen..korg x nak kata mcm ni plak? Pegi guling2 kt dataran..sogo..jalan tar lg adalah
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 12:14 AM | Show all posts
karipap_sadin replied at 11-6-2024 12:09 AM
dulu masa jib tarik diesel subsidi naik 3 sen..korg x nak kata mcm ni plak? Pegi guling2 kt datara ...

janganlah diungkit kebodohan lama mereka

setiap manusia ada titik bodoh dalam hidup mereka

sekarang dorang dah sedar, cuma yang tinggal hanyalah nak cover malu jah
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 01:49 AM From the mobile phone | Show all posts
diam la pondan tua gemuk!
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 01:50 AM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 10-6-2024 09:07 PM
Bangla,rohingya tu dah berpuluh tahun beranak pinak kat Msia enjoy barang2 harga sabsidi hak rakya ...

bangla rohingya leluhur parashit paling hina dan terkutuk di atas muka bumi
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 02:16 AM | Show all posts
sharlenetexas replied at 10-6-2024 12:55 PM
Sebab piji tipoo. Formula tak menjadi. Border punya piji kaki kencing.

ini punca dia sebenarnya.
Penyeludupan & T20 tu kecik je damagenya

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 05:52 AM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 11-6-2024 02:16 AM
ini punca dia sebenarnya.
Penyeludupan & T20 tu kecik je damagenya

Graf apa tu?
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 06:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Firenzza at 11-6-2024 06:58 AM
gigahertz replied at 11-6-2024 02:16 AM
ini punca dia sebenarnya.
Penyeludupan & T20 tu kecik je damagenya


Seludup tu alasan diorg je nk bg sedap hati, apa guna berpuluh agensi gomen, kastam lain, apmm lain, jpj lain, kpdnkkk lain, pga lain, rela lain, setakat nk tahan bukak bonet tengok tangki tambahan, tong mencurigakan lori ka keta ka yg seludup dkt sempadan mmg x blh lepas punya.....spore yg sekangkang kera tu pun ada telo geledah keta yg masuk ngra diorg pastu siap pastikan keta rkyt diorg sekurang2nya ada 3suku minyak sblm masuk sempadan....memang BANGANG la hukum rkyt sendiri atas kelemahan depa.

Skuad k9 blh kesan dadah yg xde bau.....setakat latih anjing utk detect diesel letak kt semua sempadan masuk setel masalah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2024 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Org kata yg janji beria aritu dah arwah.. muahaha
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 10-6-2024 09:07 PM
Bangla,rohingya tu dah berpuluh tahun beranak pinak kat Msia enjoy barang2 harga sabsidi hak rakya ...

Paling sakit Hati dkt market mall Yang minyak.paket Tue... Mentang3 la geng2 depa je keja situ.. sorok2 minyak..duk rupanya..da nak abis shift hulur ke kawan2 warga asing dtg beli... Bila kt tny..habis... Tapi ye la.menteri pun kata x larang diaowg nak beli..btllah Tue....tapi x Yah la.kira harga yg Sama utk diowg
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Dasar  DARAI
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Harga pasaran naik maka hasil PETRONAS pun naik bahalol Piji ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-7-2024 11:45 PM GMT+8 , Processed in 1.550436 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list