CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5647|Reply: 0

Penyasaran subsidi diesel tidak beri kesan berantai kepada Sabah, Sarawak dan Labuan

[Copy link]
Post time 10-6-2024 10:30 PM | Show all posts |Read mode






Putatan: Langkah penyasaran subsidi diesel di Semenanjung yang bermula hari ini sepatutnya tidak memberi kesan berantai sehingga menyebabkan kenaikan harga barang keperluan di Sabah, Sarawak dan Labuan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.


Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu berkata ini kerana kerajaan telah membantu peniaga dan pihak terbabit dengan pelbagai inisiatif terutama melalui Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) dan inisiatif Budi Madani yang antara lain menampung kos pengangkutan barangan terlibat.


Beliau berkata menerusi SKDS 2.0, sebanyak 23 kategori kenderaan layak menerima bantuan fleet card termasuk pengangkutan barangan makanan, keperluan asas dan harian membolehkan mereka membeli diesel pada harga subsidi RM2.15 seliter selain pemberian RM200 sebulan kepada yang layak menerusi Budi Madani.


"Isu ini tidak tinggalkan kesan kepada Sabah, Sarawak dan Labuan… saya lihat ia lebih kepada apakah mungkin ada kesan negatif tidak dijangka Kerajaan Persekutuan tetapi seperti kita jelaskan, kita telah ambil kira dan menilai perkara ini.


"Kita berusaha memastikan semua kenderaan terlibat dalam rantaian bekalan barangan termasuk hantar barangan ke Sabah, Sarawak dan Labuan terus mendapat subsidi manakala individu juga diberikan peluang dapatkan bantuan RM200 sebulan (menerusi Budi Madani)," katanya di sini hari ini.




Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Sembang Santai Komuniti MADANI Parlimen Putatan yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Julina Johan dan Pengarah Jabatan Penerangan Sabah Jainisah Mohd Noor.


Fahmi berkata beberapa pihak telah memuat naik hantaran di laman sosial mendakwa peniaga terkesan dari segi kos pengangkutan dengan langkah penyasaran subsidi diesel, justeru beliau menasihati golongan itu agar mendapatkan maklumat berkaitan serta memohon SKDS 2.0 dan Budi Madani.


Beliau berkata mana-mana pihak tidak sepatutnya 'menangguk di air keruh' dengan menaikkan harga barang bagi meraih keuntungan keterlaluan sedangkan subsidi diesel masih mereka nikmati menerusi SKDS 2.0 kendalian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)


"Kita pohon sekiranya ada kelihatan peningkatan mendadak, mana-mana pihak mengambil kesempatan naikkan harga barang walaupun Sabah, Sarawak dan Labuan tidak berkesan, maklumkan kepada KPDN bagi membolehkan tindakan penguatkuasaan diambil dengan segera," katanya.


Mengulas pembinaan menara telekomunikasi Sabah, Fahmi berkata perkembangan positif dapat dilihat bulan lepas apabila syarikat terbabit berjaya menyiapkannya melepasi jumlah disasarkan.


"Ada satu syarikat janjikan 21 menara siap bulan Mei tetapi berjaya siapkan 26 menara dan saya alu-alukan semangat baru ini. Kita akan terus memantau perkara ini dan segerakan pembinaan bagi meningkatkan kemudahan telekomunikasi di Sabah," katanya.


Beliau berkata terdapat sebahagian pembinaan itu dalam projek Fasa 1 Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) yang tidak bersifat komersial sebaliknya peruntukan disediakan adalah untuk memberikan kemudahan Internet kepada rakyat maka ia perlu dilakukan dengan penuh tanggungjawab.


Sumber : Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
TAKZIAH: Isteri Wan Saiful meninggal dunia akibat kanser
mojarean_XTAKZIAH: Isteri Wan Saiful meninggal dun
Views : 33623 Replies : 27
Datin Intan Najwa Mengandung
irveneDatin Intan Najwa Mengandung
Views : 35839 Replies : 110
Khai Bahar bawa BF g Sarawak
leftenanhensemKhai Bahar bawa BF g Sarawak
Views : 58996 Replies : 105
Puteri Sultan Brunei,Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah curi tumpuan netizen
YgBenarPuteri Sultan Brunei,Pengiran Anak Puter
Views : 84788 Replies : 192
Lelaki warga asing dakwa diliwat tarik balik laporan polis, suspek dibebaskan
mojarean_XLelaki warga asing dakwa diliwat tarik b
Views : 14340 Replies : 36
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 92865 Replies : 1157
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 85751 Replies : 3837
Pegawai Jabatan Agama Perlis  ditahan terima rasuah  RM1.2juta kes daftar nikah
AbahmungPegawai Jabatan Agama Perlis ditahan te
Views : 3966 Replies : 7
My Sweet Mobster (2024) – JTBC
heythere123My Sweet Mobster (2024) – JTBC
Views : 21329 Replies : 353
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 120973 Replies : 1634

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-7-2024 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.063606 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list