CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4991|Reply: 0

Ronaldo pemegang rekod Euro

[Copy link]
Post time 11-6-2024 03:01 PM | Show all posts |Read mode

Penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo satu-satunya pemain yang beraksi di lima edisi berbeza Euro. - Foto AFP

BERLIN: Cristiano Ronaldo kini mendahului senarai penjaring sepanjang zaman di Kejuaraan Eropah dengan 14 gol, lima mengatasi pesaing terdekat, Michel Platini.

Penyerang veteran Portugal itu turut memegang beberapa rekod lain di Euro dan bakal memecahkan beberapa rekod lagi sekiranya dia diturunkan pada edisi kali ini di Jerman.

Dia tersenarai dalam skuad bimbingan Roberto Martinez ke Euro 2024, walaupun kedudukann dalam kesebelasan utama belum terjamin.

Namun menjelang kejohanan itu, Ronaldo sudah mencipta rekod sebagai penjaring terbanyak kejohanan sejak aksi pertamanya di Euro menentang Greece pada 12 Jun 2004.


Sebaik kempen Portugal di Euro 2016 berakhir, Ronaldo sudah menyamai rekod sembilan gol milik Platini untuk Perancis, dan lima gol lagi dijaringkan pada edisi 2020.

Senarai penjaring Euro

14 Cristiano Ronaldo (Portugal)

9 Michel Platini (Perancis)

7 Alan Shearer (England)

7 Antoine Griezmann (Perancis)

6 Ruud van Nistelrooy (Belanda)

6 Patrick Kluivert (Belanda)

6 Wayne Rooney (England)

6 Thierry Henry (Perancis)

6 Zlatan Ibrahimović (Sweden)

6 Nuno Gomes (Portugal)

Selepas Euro 2020, 22 pemain mengharungi empat edisi berbeza Euro, hanya Ronaldo seorang di antara mereka yang sudah beraksi di lima edisi kejohanan berkenaan.

Penampilan terbanyak

5 Cristiano Ronaldo, Portugal (2004, 2008, 2012, 2016, 2020)

4 Lothar Matthaus, Jerman Barat/Jerman (1980, 1984, 1988, 2000)

4 Peter Schmeichel, Denmark (1988, 1992, 1996, 2000)

4 Alessandro Del Piero, Itali (1996, 2000, 2004, 2008)

4 Edwin van der Sar, Belanda (1996, 2000, 2004, 2008)

4 Lilian Thuram, Perancis (1996, 2000, 2004, 2008)

4 Olof Mellberg, Sweden (2000, 2004, 2008, 2012)

4 Gianluigi Buffon, Itali (2004, 2008, 2012, 2016)

4 Petr Cech, Rep Czech (2004, 2008, 2012, 2016)

4 Zlatan Ibrahimovic, Sweden (2004, 2008, 2012, 2016)

4 Andreas Isaksson, Sweden (2004, 2008, 2012, 2016)

4 Kim Kallstrom, Sweden (2004, 2008, 2012, 2016)

4 Jaroslav Plasil, Rep Czech (2004, 2008, 2012, 2016)

4 Lukas Podolski, Jerman (2004, 2008, 2012, 2016)

4 Tomas Rosicky, Rep Czech (2000, 2004, 2012, 2016)

4 Bastian Schweinsteiger, Jerman (2004, 2008, 2012, 2016)

4 Darijo Srna, Croatia (2004, 2008, 2012, 2016)

4 Giorgio Chiellini, Itali (2008, 2012, 2016, 2020)

4 Sebastian Larsson, Sweden (2008, 2012, 2016, 2020)

4 Luka Modric, Croatia (2008, 2012, 2016, 2020)

4 Joao Moutinho, Portugal (2008, 2012, 2016, 2020)

4 Pepe, Portugal (2008, 2012, 2016, 2020)

Ronaldo terlepas hanya satu perlawanan sepanjang lima edisi Euro bersama negaranya - perlawanan terakhir peringkat kumpulan ketika menentang Switzerland pada edisi 2008, dengan Portugal sudah layak ke peringkat seterusnya.

Pesaing terdekat Ronaldo dalam rekod ini adalah rakan sepasukannya, Joao Moutinho dan Pepe.

Penampilan perlawanan terbanyak

25 Cristiano Ronaldo (Portugal)

19 Joao Moutinho (Portugal)

19 Pepe (Portugal)

Ronaldo juga satu-satunya pemain yang menjaringkan tiga gol atau lebih dalam beberapa edisi Euro.

Pada penampilan sulungnya, dia menjaringkan dua gol (edisi 2004), diikuti satu gol pada tahun 2008, dan tiga gol di edisi 2012 dan 2016, serta lima pada tahun 2020.

Ronaldo turut mengatasi rekod 58 penampilan Gianluigi Buffon di perlawanan Euro, termasuk pusingan kelayakan, ketika Euro 2020.

Sepanjang 60 perlawanan sehingga kini, Ronaldo merakam 37 kemenangan, 13 seri dan 10 kekalahan.

Penampilan terbanyak

64 Cristiano Ronaldo (Portugal)

58 Gianluigi Buffon (Itali)

53 Luka Modric (Croatia)

51 Mario Frick (Liechtenstein)

Jaringan terbanyak termasuk pusingan kelayakan

Ronaldo mengumpul 50 dalam semua perlawanan Euro dan melebih jumlah jaringan dua pesaing terdekatnya jika digabungkan.

50 Cristiano Ronaldo (Portugal)

25 Zlatan Ibrahimovic (Sweden)

23 Robbie Keane (Rep Ireland)

Ronaldo akan berusia 39 tahun di Euro 2024. Jika dia menjaringkan gol di Jerman kali ini, dia akan mengatasi beberapa rekod lagi:

Penjaring tertua Euro

38 tahun 257 hari, Ivica Vastic (Austria, 2008)

Penjaring tertua di final

34 tahun 71 hari, Leonardo Bonucci (Itali, 2020)

Pemain tertua (selain penjaga gol) di Euro

39 tahun 91 hari, Lothar Matthaus (Jerman, 2000)

Pemain tertua di pusingan akhir Euro

38 tahun 232 hari, Jens Lehmann (Jerman, 2008)

Pemain tertua memenangi Euro

37 tahun 23 hari, Arnold Muhren (Belanda, 1988)

Jika Portugal muncul juara di Jerman dan Ronaldo adalah kaptennya, dia akan menyertai pemain Sepanyol, Iker Casillas (2008 dan 2012) sebagai kapten dua skuad juara Euro. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... pemegang-rekod-euro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
HANYA SATU PERKATAAN  - VOL 47
tudung_bawalHANYA SATU PERKATAAN - VOL 47
Views : 2286 Replies : 1369
Miss Universe 2025 - Miss Thailand
perrrghhhhMiss Universe 2025 - Miss Thailand
Views : 614 Replies : 26
Nubhan ceraikan isteri, naik mahkamah syariah esok.
PrickfordNubhan ceraikan isteri, naik mahkamah sy
Views : 42277 Replies : 758
Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah bakal melangsungkan pernikahan 2 Oktober
irveneRaja Muda Selangor, Tengku Amir Shah bak
Views : 23074 Replies : 422
Update :UIAM siasat Associate Professor Solehah Yaacob dakwa Kerajaan Roman belajar buat kapal Dari orang Melayu.Netizen terbelah dua
YgBenarUpdate :UIAM siasat Associate Professor
Views : 2131 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 317281 Replies : 3210
[Edisi Penganiayaan] Bekas Pekerja Tidak Dicarum KWSP Selama 11 Bulan Oleh Pengurusan Syarikat Milik Artis Tersohor & Keluarga (UPDATE KES #715)
kakasotong2[Edisi Penganiayaan] Bekas Pekerja Tidak
Views : 58215 Replies : 976
Kehebatan Zohran Mamdani
stingerkentotKehebatan Zohran Mamdani
Views : 219 Replies : 2
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 23208 Replies : 1198
Gagah naik Cameron Highlands, 5 jam kereta tidak bergerak
AbahmungGagah naik Cameron Highlands, 5 jam kere
Views : 7585 Replies : 59

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-11-2025 05:17 PM GMT+8 , Processed in 0.046084 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list