View: 5290|Reply: 1
|
[Perak]
Jiran dakwa dengar suara kanak-kanak menangis
[Copy link]
|
|
GAMBAR HIASAN
IPOH – Jiran kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang disyaki menjadi mangsa dera ibu dan bapa angkat di Taman Malcop, Silibin di sini semalam mendakwa sering mendengar tangisan kanak-kanak terbabit dipercayai akibat dimarahi.
Menurut Mohd. Zezeli Abdul Latif, 58, isterinya kerap mendengar tangisan kanak-kanak itu dan suara seorang lelaki dalam nada tinggi ketika dia berada di halaman rumah.
Katanya, dia yang tinggal di sebelah rumah mangsa bagaimanapun tidak pernah melihat kanak-kanak itu dan hanya menyedari kehadirannya sejak dua bulan lalu.
“Isteri ada beritahu dengar suara budak menangis dan dia syak mungkin mangsa dimarahi bapanya ketika belajar.
“Selain itu, pernah juga terdengar suara lelaki itu menjerit dan meminta anaknya mencari barang, mungkin dia marah sebab ada barang yang hilang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.
Menurutnya, suspek berusia 66 tahun itu telah lama tinggal di taman perumahan berkenaan, namun dia disifatkan sebagai tidak ramah dengan jiran tetangga.
Katanya, dia hanya mengetahui kejadian menimpa kanak-kanak itu selepas melihat kehadiran banyak kereta peronda polis di hadapan rumah jirannya itu.
“Saya tidak pernah lihat kanak-kanak itu, hanya dengar suaranya sahaja, lagipun keadaan rumah mereka memang bertutup.
“Setahu saya, lelaki itu tinggal bersama isterinya sahaja sebelum kanak-kanak itu muncul dalam tempoh dua bulan ini. Kejadian ini memang mengejutkan, tidak sangka langsung kanak-kanak itu jadi mangsa sebab haiwan pun sayangkan anak inikan kita manusia,” katanya.
Sementara itu, seorang jiran dikenali Syazwan, 32, berkata, kali terakhir dia melihat kanak-kanak itu pada Ahad sekitar pukul 8 malam ketika membuang sampah di hadapan rumah. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... nak-kanak-menangis/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|