CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2212|Reply: 7

Tolak pampasan, Radhi enggan dianggap rasuah bekas isteri - “Orang anggap seperti rasuah. Ye lah, saya bayar dia untuk dia menarik semula kes ini" ...

[Copy link]
Post time 11-6-2024 10:06 PM | Show all posts |Read mode




Sarat motif, penyanyi Radhi OAG mengganggap tawaran yang dikemukakan bekas isterinya untuk menyelesaikan kes secara luar mahkamah dengan bayaran sejumlah wang sebagai bentuk rasuah.


Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Razali, 47, berkata, dia sama sekali tidak akan bertoleransi dengan perkara sebegitu kerana percaya boleh memberi kesan buruk terhadapnya.


“Saya bukannya tidak mahu selesai luar mahkamah, tapi dia minta pampasan. Bila dia dapat pampasan itu, pada akhirnya memberi kesan kepada diri saya.


“Orang anggap seperti rasuah. Ye lah, saya bayar dia untuk dia menarik semula kes ini. Nak ikutkan nak tarik kes tidak perlu paksaan.


“Jadi saya tak mahu ke arah itu, saya teruskan sahaja kes tersebut dan pada masa sama saya juga dapat bersuara,” katanya kepada Kosmo! Online.


Radhi memaklumkan perkara itu ketika ditemui selepas perbicaraan kes pukulnya terhadap bekas isteri, Nur Shahira Ayu Zahiri di pekarangan Kompleks Mahkamah Seksyen dan Majistret Petaling Jaya, di sini, hari ini.


Sementara itu, peguam yang mewakili Radhi, Haziq Aizuddin Subhi, 33, berpendapat Shahira mempunyai motif tersendiri terhadap dakwaan yang dilakukan sebelum ini.




“Perbicaraan ini mungkin akan mengambil masa yang panjang. Selagi mana kes ini belum selesai, anak guam saya belum terbukti bersalah.


“Semasa prosiding, apa yang saya boleh ulas adalah kita dapat apa yang pihak kami mahukan, wujud motif tertentu dilakukan bekas isteri yang menunjukkan perkara ini dilakukan.


“Semasa sesi tersebut, dia ada meminta tawaran balas bagi jumlah yang dituntut bekas isteri sebelum ini, tetapi kita tidak bersetuju sebab ini macam ambil kesempatan,” tegasnya.


Radhi hadir ke mahkamah itu pagi tadi bagi mengikuti perbicaraan berhubung dakwaan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Nur Shahira di tempat letak kereta Emporis Menara D Kota Damansara, dekat sini, pada pukul 2.29 petang, 19 April 2022.




Pendakwaan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan memperuntuk hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.


Nur Shahira sebelum ini menetapkan syarat agar bekas suaminya itu membayar pampasan sebanyak RM300,000 sebagai persetujuan untuk menyelesaikan kes tersebut di luar mahkamah.


  



Pelantun lagu Generasiku itu bagaimanapun menafikan dia bersetuju memenuhi permintaan tersebut, selain menolak kononnya dia juga bersetuju menyerahkan RM5,000 dan RM500 kepada Nur Shahira.


Radhi dan Nur Shahira mendirikan rumah tangga pada 14 April 2014. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Nur Aisyah,8, dan Muhammad,7.


Sumber – KOSMO! ONLINE.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2024 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
luasnye dahiiii
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Skrg heols mendud ke dh remerid ?
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Sj je ex ckp gitu ke ko sebab dia tau ko xde duit
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2024 01:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana lah nak cekau 300k kan haha sebab tu teruskan je.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2024 07:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Ler nak buat apa dia settle luar. Kalau disabit bersalah pun cuma bayar 2k. Kalau tarik kes nak kena bayar 300k. Apa punya matematik daaa ex bini dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-6-2024 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Sampah nya dia ni.
Dahla tua, sampah pula. Dulu kemain la org kata hot ke sana, hot ke sini.
Skrg, sampah je muka.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia nie masih mendadih lagi kaa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-7-2024 11:42 PM GMT+8 , Processed in 0.633920 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list