Noor Neelofa Mohd Noor, adalah seorang wanita yang berjaya bukan sahaja disebabkan bakatnya dalam industri seni, malah dia juga merupakan seorang usahawan tudung yang terkenal.
Malah, Neelofa berjaya menjadi artis yang mempunyai pengikut paling tinggi di Instagram dengan 8.6 juta pengikut. Sudah pasti ramai yang mengikutinya ingin mengetahui perkembangan semasa wanita cantik itu kan?
Paling mengejutkan meski mengumumkan dirinya sudah berniqab dan berpurdah, nama juara Dewi Remaja 2009/10 itu tidak hilang bisanya, malah menjadi lan syarikat-syarikat antarabangsa yang mendambakan Neelofa sebagai model syarikat mereka.
Sehingga ‘Forbes 30 Under 30 Asia’ dan Swarovski meletaknya antara yang paling berjaya dan disegani.
Di atas kejayaan itu juga, bekas pelakon dan pengacara cantik ini sering menjadi buah mulut apabila statusnya kini dikatakan layak digelar sebagai jutawan muda.
Menurut Neelofa, dia sentiasa amalkan empat perkara ini, jika ingin berjaya dalam perniagaan. Apa empat perkara itu? Jom semak!
1. Cabar Diri Sendiri
Adakah anda sering merasai kurang keyakinan diri untuk melakukan sesuatu yang baru buat kali pertama? Namun, tiada apa yang mustahil dalam dunia ini, cabar diri untuk tidak berada di takuk yang sama.
2. Positif
Di dalam alam perniagaan sentiasa harus positif. Tidak semestinya kita akan selalu berada di atas, kadang-kadang Allah nak uji dan jadikan setiap cabaran yang datang sebagai perkara yang positif untuk perbaiki ke arah yang lebih baik. Jangan biar fikiran yang negatif menganggu anda, belajar terima sesuatu perkara dengan positif dan tenang.
3. Self-Realisation
Bagi kata-kata semangat pada diri sendiri. Bercakap dengan diri, katakan yang anda boleh lakukannya. Hanya diri anda shaja yang tahu di mana kemampuan anda untuk melakukan sesuatu perkara itu.
4. Self-Talk
Jangan berhenti berdoa, rezeki yang datang itu semua dari Allah. Bersyukur sentiasa dan biasakan motivasi pada diri sendiri.
Kejayaan milik semua orang, yang pasti haruslah berusaha!
Post time 13-6-2024 10:17 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by jihyomelly at 13-6-2024 10:18 PM
harta 75billion usd kan mana tak kaya.. terpaling kaya ..suma terpaling jah sapu bersih!!! alhamdulillah berkat doa mama kentut utk anak sejuk beku seluruh alam semesta
Post time 14-6-2024 09:32 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Gamba nun di atas : tgn, jari, kuku dia sgt la x menyelerakan utk ditonton, sbg selebiribiriti. X lawa. Obviously kena hide. Pakai lawa camna pun, kasi hide la part yg x lawa tu
Post time 14-6-2024 12:13 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ramai yang macam Loofa sebenarnya. Contoh terbaik, Khairul Amin. Dia Bina nama dahulu bertahun2 barulah dia bina produk sendiri. Sebab tu produk dia laku keras sebab dia ada nama yang besar dan berpengaruh.