View: 6032|Reply: 15
|
[Jenayah]
Merosakkan Kualiti Daging, Kuman Boleh Masuk Kalau Cuci Daging Korban Sebelum Simpan!
[Copy link]
|
|

SETIAP kali tibanya Hari Raya Aidiladha, sudah pasti ramai dalam kalangan kita menerima daging korban.
Sama ada sikit atau banyak, daging korban tidak boleh sewenang-wenangnya disumbat dalam peti sejuk beku (freezer), dibimbangi ia kurang segar.
Jadi, apa kata anda cuba ikut tip penyimpanan daging dengan cara yang betul sebagaimana perkongsian Chef Mawi dari Art Of Butchery Inovasi Evolusi.
1) Jangan cuci daging korban sebelum disimpan
Jika dicuci menggunakan air paip, kuman-kuman boleh masuk dan 'bermastautin' di dalam daging. Ini akan merosakkan kualiti daging. Anda disarankan mencuci daging apabila hendak dimasak.
2) Jangan simpan daging dalam kuantiti yang banyak di dalam peti sejuk beku
Jika dapat daging yang banyak, contohnya empat kilogram atau lebih, jangan simpan keseluruhannya di dalam peti sejuk beku. Cara yang betul ialah dengan memotong daging ke dalam kuantiti lebih kecil, kemudian masukkan dalam plastik untuk simpanan 1.5kg atau 1kg.
Cara ini mengelakkan anda daripada mengeluarkan seplastik besar keseluruhan daging, yang menyebabkan ia menjadi kurang segar, sedangkan anda hanya mahu memasak dalam kuantiti kecil.
Secara tidak langsung, daging dalam keadaan beku dapat disimpan lebih 1 tahun.
3) Jangan terus simpan daging dalam peti sejuk beku
Sebelum disimpan dalam freezer, simpan daging terlebih dahulu di dalam peti ais ruang biasa selama empat hingga lima jam. Setelah daging itu sejuk, baru pindahkan ke dalam freezer.
4) Jangan cairkan daging sejuk beku menggunakan air panas
Cara yang betul adalah meletakkan daging beku di dalam air paip suhu normal. Pastikan keadaan daging masih terbungkus kemas dalam plastik.
Apabila daging mula lembut, buka plastik, cuci daging hingga bersih, tus, dan daging sedia untuk dimasak.
5) Jangan guna plastik berwarna hitam
Tahukah anda, plastik berwarna hitam itu adalah hasil 'recycle'? Ia mengandungi karsinogen yang dapat mengaktifkan sel kanser.
Gunalah beg plastik putih atau beg plastik zip-lock.
Semoga bermanfaat! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jangan guna plastik sampak. Gunakan supik rokrak aka supik gelenya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by seribulan at 16-6-2024 03:53 AM
Thanks for the tips sissy. Akak suka sissy.
|
|
|
|
|
|
|
|
daging kalau bukan daging korban pun, if nak simpan lama, jangan kena air..
kalau beli, nak potong-potong, pastikan pisau and papan potong kering..
potong terus masuk bekas/plastik, masuk freezer..
nak masak nanti baru cuci bersih..
|
|
|
|
|
|
|
|
Aduh selama ni aku basuh dulu daging2 tu then masukkan dalam tupperware dan simpan dalam freezer. ok lepas ni aku ikut tips ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Ice cream nestle lime vanilla topawe |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi kalau daging korban tu kotor(i mean kan orang potong-potong kat padang bawah kanopi jer,so adalah melekat rumput)memang geram rasa nak basuh lepas potong..lepas potong, basuh dan simpan dalam bekas..nak masak campak je..lepas ni kena tahan jangan basuh la gamaknya |
|
|
|
|
|
|
|
Aiol suka suki je simpan daging ke apa. Ada masa simpan terus ada masa cuci gak nak2 bahagian belen2 yg diambil nak masak tu. Dah basuh tapi kalau nmpak byk sgt aiol simpan balik. Nak kena budget betul2 me nampaknya nnt ni |
|
|
|
|
|
|
|
Tips ni dngn ayam pon boleh.ayam lepas siang masok dlm peti sejuk beku terus toksah cuci.nk masak baru cuci.
InsyaAllah,tahan lama tk mudah berbau. |
|
|
|
|
|
|
|
Iolss kalo dapat sikit2 balik rumah trs rebus dlm rice cooker...esok x Tau dapat bape banyak...ikut mls iolss ni tapau je la lauk2 yg kakak2 ipar iolss masak..hehehehe senang blk Johor msk dlm freezer beku..nak makan baru panaskan..box putih dah bl siap2 tu dlm kete...nanti campak je ice..hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
TQ for the tips  |
|
|
|
|
|
|
|
Thanks info. Byk yg salah buat selama ni |
|
|
|
|
|
|
|
Mak aku mmg xbasuh daging.asingkn letak dlm plastik kecik2 terus masuk freezer |
|
|
|
|
|
|
|
gambar muka depan tersama pulak dgn mamatini punya bekas freezer |
|
|
|
|
|
|
| |
|