View: 6967|Reply: 51
|
[Jenayah]
Mengandungi Tahap Capsaicin Yang Tinggi, Denmark Tarik Balik Penjualan 3 Produk Samyang Buldak Hot Chicken Ramen Kerana Terlalu Pedas!
[Copy link]
|
|

Kebanyakan rakyat Malaysia sememangnya gemar makan makanan pedas. Sesetengah orang tu kalau makan nasi campur takde sambal, memang tak kenyang. Selain itu, makanan seperti mi segera ramen Korea juga turut mendapat tempat dalam hati peminat perisa pedas di Malaysia.
Dulu-dulu siap ada challenge makan mi Samyang pedas lagi di media sosial kan.
Namun, agensi makanan negara Denmark pula baru-baru ini telah menarik balik penjualan tiga produk ramen Korea jenama Samyang kerana perisanya yang terlalu pedas.
Memetik laporan BBC, agensi makanan Denmark itu telah mengeluarkan notis kepada pembeli di negara itu agar tidak memakan tiga produk mi segera Buldak Samyang itu.
Tiga produk Samyang tersebut ialah Samyang Buldak Hot Chicken Ramen 3x Spicy, Hot Chicken Ramen 2x Spicy dan Samyang Hot Chicken Flavor Ramen Stew Type, lapor Korea Times.
Ini kerana ketiga-tiga produk mi segera pedas keluaran syarikat Samyang dari Korea Selatan itu terlalu pedas dan mengandungi tahap capsaicin yang tinggi sehingga boleh memberi risiko ‘keracunan akut’ kepada individu yang memakannya.
Menurut syarikat Samyang, penarikan balik penjualan mi segera mereka itu bukanlah kerana ada masalah dengan kualiti mi segara itu, sebaliknya kerana ia terlalu pedas.
Menurut mereka juga, produk-produk makanan itu telah lama dieksport ke peringkat global, namun ini merupakan kali pertama produk berkenaan ditarik balik gara-gara terlalu pedas.
Penarikan balik jualan mi segera itu di Denmark telah mencetus pelbagai reaksi daripada warganet seluruh dunia.
Ada warganet yang berkongsi pengalaman bahawa mereka memang ada kawan dari Denmark yang memang tak tahan pedas meskipun makanan itu hanya ada sedikit serbuk cili.
Tambahan pula, negara Denmark merupakan satu-satu negara yang menarik balik penjualan tiga jenis produk ramen Samyang itu kerana mi segera yang sama tidak ada masalah apabila dieksport ke negara-negara lain.
Manakala di Malaysia pula, ramai orang kita yang suka makan ramen Samyang Buldak ni terutamanya yang tinggal di asrama kan. Mungkin orang putih memang tak tahan makan pedas kot…. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Orang lidah biawak je makan bende pedas gini...
Family aku sume tak makan mende ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Iols pun tak nak beli dah sambal bilis. Pedas sangat2. Mungkin tu sebab aku sakit perut baru ni. Deyols guna cili serbuk. Bukan macam kita buat yg lembap2 skit tu. Faham kalau buat lembap nnt jadi cepat lemau. Paling best sambal kering bilis tempe orang jawa yg buat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Saya pernah cuba memang tak boleh makan terlalu pedas. |
|
|
|
|
|
|
|
Baru jer beli kat shopee. Cheese n cabonara. Tapi tak cuba lagi. Tu pun pedas jugak ie? |
|
|
|
|
|
|
|
Ada sama cam maggie mi perisa ayam bakar tu tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Tk berapa sedap bagi lidah iols.pedas ja lebih,rempahnya kurang.
Maggi Kari tetap dihati. |
|
|
|
|
|
|
|
Nong shim ramyen tu pun dah terlalu pedas..but i wont risk my stomach la nak tiru viral jadah ni semua
|
|
|
|
|
|
|
|
I pernah makan samyang ni dulu, tapi tak pernah semuakan pes cili dia tu. I pakai tak sampai separuh pun sebab I pun tak tahan pedas. Now mee sedap yang pedas tu pun sedap dah. Tak terlalu pedas, pedas manja je. |
|
|
|
|
|
|
|
Untuk yang tak suka pedas macam macam perisa ada...try cream carbonara atau quatro cheese..selalu aku beli utk anak asrama perisa carnonara je..kalau nak.murah beli yg brand sedap perisa korean tu... |
|
|
|
|
|
|
|
drivethru replied at 15-6-2024 06:22 PM
Baru jer beli kat shopee. Cheese n cabonara. Tapi tak cuba lagi. Tu pun pedas jugak ie?
Cheese lagi pedas dari carbonara. |
|
|
|
|
|
|
|
kita makan ni terus tercirit
adeh mmg tak kan makan lagi la..
mmg pedas2 belaka...letak sikit pun dah pedas |
|
|
|
|
|
|
|
Aku mmg x boleh makan pedas, mee2 mcm ni kot dapat free pun aku mmg x hingin ambik |
|
|
|
|
|
|
|
drivethru replied at 15-6-2024 06:22 PM
Baru jer beli kat shopee. Cheese n cabonara. Tapi tak cuba lagi. Tu pun pedas jugak ie?
Aku ada 2 ni. Dah x pedas sgt compared dulu2. Ramai yg komplen kot? |
|
|
|
|
|
|
|
Ni rasa pedas chemical ke? Tak bahaya ke tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin orang putih memang tak tahan makan pedas kot….
Tak kira kulit putih, hitam, hijau, biru, pelangi pun. Sayangi perut dan usus. Ingat best sangat ke buat colonoscopy?
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau guna rasa pedas chemical tu,memang tak sedap.
Sedap lagi megi kari ditambah 3 biji cili padi yg dipotong halus2.letak telur 2 biji,dihias dgn bawang goreng |
|
|
|
|
|
|
|
hilang nikmat makan klu terlalu pedas tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|