View: 22000|Reply: 250
|
Andartu kian meningkat di Malaysia, trend dilihat semakin membimbangkan
[Copy link]
|
|
TIADA calon suami yang sesuai, masalah kewangan dan memberi tumpuan kepada kerjaya menjadi punca kebanyakan wanita kosmopolitan memilih untuk hidup bersendirian.
Trend wanita tidak berkahwin pada ketika ini dilihat semakin membimbangkan sekali gus memberi kesan langsung kepada tahap kesuburan.
Berdasarkan Jabatan Perangkaan Malaysia, kategori usia wanita antara 25 hingga 29 tahun yang belum berkahwin meningkat 37.8 peratus pada 2010 berbanding 10 tahun sebelum itu iaitu pada tahap 29.8 pada tahun 2000. Kajian mendedahkan wanita cenderung berkahwin kali pertama pada umur lewat 20-an.
Wanita secara purata berkahwin pada usia kira-kira 26 tahun dan itu adalah trend perkahwinan pertama dari 1970 hingga 2014. Terdapat beberapa faktor yang menjadikan trend wanita tidak berkahwin ini semakin meningkat dan antara faktor yang merekodkan peratusan tertinggi adalah ketiadaan calon sesuai iaitu 35.7 peratus.
Berdasarkan perangkaan umum, wanita yang berkahwin pada usia 20 hingga 22 tahun akan memperoleh kira-kira tiga orang anak.
Manakala bagi wanita yang berkahwin pada usia 26 tahun, akan memiliki kira-kira dua orang cahaya mata. Nisbah berkenaan akan terus berkurangan jika usia wanita berkahwin semakin bertambah.
Kredit Friends Of IMPAK
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
@ifanonline cam biasa seulas dua selaku pengerusi andartu semalayisa |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau filem "It" boleh membuatkan kanak-kanak menjerit ketakutan bila nampak badut, sampai Mekdi terpaksa pecat Ronald mereka, nampaknya sekarang filem "Biawak" sudah menakutkan wanita M'sia kepada perkahwinan, sampai ada yang mula mengisytiharkan perang kepada sunnah para Nabi yang ini.
فمن رغب عن سنتي فليس مني |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab single lagi hepi dari kawen, nak2 single yang ada kerjaya, gaji besau tak yah share, tak yah ngadap peel pasangan haprak, mentua dari melaka etc, tak yah ngadap mintak approval sapa2. |
|
|
|
|
|
|
|
Ifan dah buat kajian berkenaan ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik background tu? Kat mana tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Kot2 ada statistik yg absah, yang mana lagi ramai di kalangan wanita yang mengalami tekanan mental: yang dah kawen atau yang single?
|
|
|
|
|
|
|
|
janda kian meningkat, jadi apa sumbangan mereka semua untuk biawak2 yang kehausan cinta? |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tu dari pemerhatian aku, ramai wanita yang bercerai lagi hepi ceria dari masa dorang kawen & duduk dalam perkahwinan toksik. |
|
|
|
|
|
|
|
Elok la membujang dari tersalah pilih |
|
|
|
|
|
|
|
Marriage is a gamble.
The odds of leading a happy one is very low these days. Elokla single tapi happy. Take it easy, when the right guy comes along, you’ll know. Your life, your decision. Jgn biarkan tekanan luar pushed you into an unhappy marriage. |
|
|
|
|
|
|
|
X de jodoh di dunia dek oiii...redha je lah |
|
|
|
|
|
|
|
tagas replied at 16-6-2024 10:37 AM
@ifanonline cam biasa seulas dua selaku pengerusi andartu semalayisa
Dia ulas pun bkn boleh membantu kebajikan andartu semalaysia pun |
|
|
|
|
|
|
|
Dipersilakan Profesor @ifanonline memberi sepatah dua kata..
|
|
|
|
|
|
|
|
Membantu utk membahan
|
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 16-6-2024 11:22 AM
Cantik background tu? Kat mana tu?
Betul ker dulu Decaff kata ko andartu Tinot?
Patut la....
You spook me already. Aku yang takde penyakit pun ko create aku ada penyakit.
Quite menyeramkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Dekat office I pun , ramai yang perempuan lebih umir 25 tahun, masih single tak berpunya. Reason diaorg, busy takde masa nak hangout atau bersosial sampai sangkut jadi BF.
Lagi2 ada duit sendiri, terus hilang rasa keperluan ada lelaki. Ada duit, terus rasa happy tak perlukan kasih sayang lelaki |
|
|
|
|
|
|
|
SIL aku ada 2 org late 30s dgn 40 next month tak kawin lg
Pada aku ok je diaorg hidup sdr, xnyusahkan org pun lg xmeyusahkan diri sdr membela biawak |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 16-6-2024 02:13 PM
X habis2 andartu
Sambil bini2 org bergelut kerja bini umur 30 nampak tua, anak2 buas bini jadi singa, suapkan laki kudung tangan kaki serupa oku makan dan minum, berebut laki dgn mak mertua, nak cerai x berpihak wanita sampai kena bagi rumah dan wang 1 juta baru dapat talak 3 taw |
|
|
|
|
|
|
| |
|