CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 11354|Reply: 28

[Tempatan] Bapa tunggal tabah urus 2 anak syurga, buang hasrat nak kahwin lagi

[Copy link]
Post time 16-6-2024 11:35 AM | Show all posts |Read mode
KELUARGA

Bapa tunggal tabah urus 2 anak syurga, buang hasrat nak kahwin lagi

Oleh Siti Rohana Idris
[email protected]

Jun 16, 2024 @ 8:34am





"Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa."

Perumpamaan Melayu ini bersesuaian dengan perjalanan dilalui seorang bapa tunggal, Mohd Zain Abdullah, yang pemergian isteri yang dikasihi akibat barah payudara seakan merenggut seluruh hidupnya yang ketika itu sedang melayari kebahagiaan bersama tujuh cahaya mata.

Umpama ditimpa batu berat, semuanya perlu digalas Mohd Zain, 61, sendirian termasuk menguruskan tiga anak yang menghidap Cerebral Palsy kerana selama ini dijaga rapi oleh arwah isteri, Nooraini Ismail, sebelum meninggal dunia. pada Disember 2017 ketika usianya 48 tahun.

Cerebral Palsy keadaan berlaku akibat kerosakan otak terjadi ketika dalam kandungan, semasa lahir atau selepas kelahiran. Kebolehan mengawal pergerakan otot terjejas menyebabkan kesukaran mengawal postur, pergerakan dan mengimbangkan diri.

Justeru, hari demi hari, bebanan tanggungjawab digalas Mohd Zain tanpa keluhan bagi menguruskan dua lagi anak anak syurganya, Muhammad Amir, Khairul Nisaa', 30, dan Ain Husna, 22.



Tidak pernah meninggalkan anak sedetik pun hanya mengurus anak Celebral Plasy demi kesejahteraan mereka. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

Bagaimanapun, Muhammad Amir juga sudah dijemput Ilahi empat tahun lalu ketika berusia 19 tahun dan dikebumikan di sebelah pusara arwah ibunya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kok Keli 1, di sini.

Mohd Zain berkata, hari-hari yang dilaluinya kini tiada beza iaitu hanya menguruskan Khairul Nisaa' dan Ain Husna yang bergantung sepenuhnya kepada bapa mereka itu untuk rutin harian disebabkan tidak mampu bergerak dan hanya terlantar di katil.

"Beginilah hidup saya hari berganti hari dan tanggungjawab ini saya galas sejak tujuh tahun lalu tanpa gagal, malah tidak pernah meninggalkan mereka walau sehari.

"Adakalanya tugas menguruskan Ain Husna dan Khairul Nisaa' dibantu anak yang lain, namun dua anak istimewa ini lebih selesa dengan saya kerana kami tidak pernah berenggang.

"Rutin harian tidaklah susah cuma memberi makan yang cukup, memandikan mereka serta menukar lampin pakai buang sahaja dan biarkan mereka berdua bermain-main sesama sendiri di atas tilam," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kok Keli 1, Tumpat, Kelantan.

Mohd Zain berkata, tiga anak lain yang masih menetap bersamanya turut membantu menguruskan dua beradik itu tapi secara keseluruhan tugas itu terletak di bahunya terutama untuk memandikan Ain Husna serta Khairul Nisaa' yang perlu didukung ke bilik mandi.

Melihat respon dua anak syurga itu, jelas terpancar kasih sayang mereka kepada si ayah kerana langsung tidak mahu berenggang malah si bongsu (Ain Husna) kerap mengusap lengan bapanya.


Hubungan erat dengan anak



Khairul Nisaa yang menghidap Celebral Palsy sejak lahir ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kok Keli 1, Tumpat. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar


Gelak tawa dua anak syurga itu juga tercetus ketika di agah bapa biarpun kedua-duanya tidak memahami, namun seakan-akan wujud satu ikatan erat antara mereka bertiga.

Tujuh tahun hidup bersendirian jelas tidak menjadi masalah buat Mohd Zain, namun tidak dinafikan perasaan untuk mempunyai pasangan sesekali wujud, tapi mengenangkan ada amanah yang lebih besar perlu diutamakan, niat itu segera dimatikan.

"Bermacam-macam perasaan bermain di fikiran terutama membabitkan dua anak istimewa saya ini. Adakalanya risau jika ada (wanita) yang tidak boleh menerima mereka.

"Ada juga rasa jika pasangan itu tidak mampu menjaga dan menguruskan Ain Husna serta Khairul Nisaa' seperti yang diinginkan maka, biarlah Allah menentukan apa sahaja takdir kami selepas ini.


Berseloroh nak kahwin lagi, anak tak setuju



Ain Husna yang menghidap Cerebral Palsy ketika ditemui di rumahnya. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar


"Beberapa kali juga saya berseloroh dengan empat anak yang lain bahawa saya ingin berumahtangga, tapi mereka tidak bersetuju kerana bimbangkan keadaan Ain Husna dan Khairul Nisaa' yang mungkin tidak terurus jika saya teruskan niat itu," katanya sambil ketawa.

Kisah Mohd Zain yang menguruskan tiga anak yang menghidap Cerebral Palsy selepas kematian isteri tujuh tahun lalu pernah menjadi tular dan ramai pihak datang menziarah sambil menghulurkan sumbangan termasuk Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Menyifatkan perkara itu sangat mengejutkan mereka sekeluarga, Mohd Zain tidak henti-henti meluahkan rasa syukur kerana tidak menyangka sebegitu hebat hikmah yang diterima selepas diuji dengan kehilangan isteri.

"Terlalu banyak sumbangan yang kami terima malah tidak terjangkau dek akal sehinggakan lama-kelamaan saya terpaksa menolak secara baik jika ada lagi yang ingin datang menghulurkan sumbangan.

"Bukan kami tidak sudi tapi ada ramai lagi yang lebih memerlukan malah kedua-dua anak istimewa saya ini juga penerima elaun Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 sebulan setiap seorang.

"Saya juga ada menjalankan kerja kampung malah sedikit sebanyak masih mampu menyara hidup kami sekeluarga, namun apa yang penting kebajikan Ain Husna serta Khairul Nisaa' tidak akan terabai," katanya tiga lagi anak lain ada kehidupan sendiri tetapi membantunya menguruskan adik beradiknya.



Mohd Zain sendirian menguruskan dua anaknya, Khairul Nisaa' dan Ain Husna (kiri) yang menghidap Cerebral Palsy selepas isterinya meninggal dunia sejak tujuh tahun lalu, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kok Keli 1, Tumpat. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar


https://www.bharian.com.my/wanit ... rat-nak-kahwin-lagi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-6-2024 11:37 AM | Show all posts
Edited by antikorok at 16-6-2024 02:43 PM

  


Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2024 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan.  X dpt bygkan beban yg dia tanggung. Btw x de ko no akaun utk beri sumbangan?
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2024 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Baik juga ye Sultan Kelantan pun dtg beri sumbangan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2024 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 16-6-2024 12:03 PM
Semoga dipermudahkan.  X dpt bygkan beban yg dia tanggung. Btw x de ko no akaun utk beri sumbangan?

dia tolak sumbangan
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2024 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan .
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-6-2024 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah x byk lelaki bertanggungjawab yg tggl kt muka bumi ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2024 12:33 PM | Show all posts
Sempena Sambutan Hari Bapa, saya ingin ucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua bapa di dunia ini yang banyak berkorban untuk keluarga mereka.

Semoga pak cik ini dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Insya-Allah, Aamiin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2024 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Bapa mithali , org nk bagi sumbangan pun siap tolak lagi sbb dah byk terima sumbangan lain
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2024 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus nya pokcik ni sb ada rasa malu nk terima sumbangan sb dh cukup kata nya. Walaupon dia dh berusia. Ni ada tu sihat tubuh badan laki bini suka guna kan kisah anak yg sakit semata² nk dapat derma dari org ramai.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2024 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga Allah bagi ganjaran yang lebih besar di akhirat kelak.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2024 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejuk hati baca thread ni. Bagus dia tak meminta2.


Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2024 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Bapa, lelaki & individu kurang berkemampuan yg patut jd contoh. Smeoga dipermudahkan urusan hariannya & dilimpahkan rezeki tanpa putus utk beliau sekeluarga. Para scammer penunggang agama patut malu dgn pokcik ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2024 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dimurahkan rezeki.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2024 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga bila bapa meninggal, anak2 ikut sama.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2024 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga panjang umur,sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki tuk terus menjaga anak2 syurga...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2024 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
mana budak muda laki bini skemer tu ko tgk ni betol betol susah lagi ade air muka dari ko, terpaling motibasi manakala ailio skemer
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2024 05:54 PM | Show all posts
Apapun, kita boleh raikan dan hargai bapa (ayah/father/appa) setiap hari, setiap masa, 365 hari setahun..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2024 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya. Moga dipermudahkan segala urusan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2024 06:46 PM | Show all posts
Selamat Hari Bapa kepada En.Mohd Zain Abdullah
Semoga Allah permudahkan segala urusan di dunia dan akhirat
Amiinn...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2025 10:25 AM GMT+8 , Processed in 0.072039 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list