View: 3061|Reply: 9
|
Menghidangkan Ayam Ketika Hari Raya Aidiladha, Menggunakan Teknik Brine Untuk Rendaman!
[Copy link]
|
|
SELAIN daging, ayam juga antara menu yang wajib dimasak ketika Hari Raya Aidiladha.
Menu berasaskan ayam menjadi kegemaran semua peringkat usia khususnya kanak-kanak kerana lebih lembut dan senang dikunyah.
Golongan ibu juga sering 'mengumpan' anak kecil mereka dengan ayam untuk menarik perhatian supaya menjamah makanan.
ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga tak lokek kongsi resipi, ‘spill’ bahan rahsia sup daging... Confirm padu macam kedai makan
Kadang kala, hanya ayam goreng bersama nasi putih panas saja sudah cukup membuka selera si kecil.
Untuk menambahkan lagi selera anak, apa kata anda cuba tip menghasilkan ayam goreng kunyit yang garing di luar, tetapi juicy di dalam, sebagaimana yang dikongsikan oleh seorang pengusaha makanan, Mohd Haffiz Supai.
Cara-caranya:
1) Rendamkan ayam dengan air garam (teknik brine) dan biarkan sejam atau dua jam. Tapi sebaiknya semalaman dan letak dalam chiller.
2) Sebelum goreng, bilas dahulu ayam, kemudian lumur dengan kunyit dan garam. Nak tambah serbuk cili pun boleh.
3) Selepas itu, gorenglah seperti biasa.
Tip tambahan, sebaiknya goreng dalam minyak sampai ayam tenggelam sepenuhnya (deep fry).
Hasilnya, isi ayam goreng anda juicy dan kulitnya berkilat.
Menurut Mohd Haffiz, teknik brine ini juga boleh digunakan untuk ayam goreng bersalut tepung juga.
Silap hari bulan, selera anak kecil anda bertambah dan siap request ayam goreng setiap hari.
Selamat mencuba! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Minat dengan ayam goreng ni lebih-lebih lagi makan masa tengah panas |
|
|
|
|
|
|
|
Tak terlebih masin ka kalau rendam dalam air garam? |
|
|
|
|
|
|
|
Cicah ngan hot sauce+mayo+ranch+sesame dressing nomsdotcom |
|
|
|
|
|
|
|
ooo kena rendam dgn air garam |
|
|
|
|
|
|
|
dah try..memang menjadi..juicy dan tak kering |
|
|
|
|
|
|
|
That's a great tip for making turmeric fried chicken! The brine technique definitely helps in achieving juicy meat with crispy skin. For those looking to showcase their culinary creations, using Lightroom photo editor can enhance recipe presentations with vibrant colors and crisp details. It's a perfect combo for sharing delicious dishes visually!
|
|
|
|
|
|
|
|
Ooo itu tipnya. Akan dicuba. |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh lah cuba, makan ayam goreng ni dengan pulut kuning sambal bilis sedapnya |
|
|
|
|
|
|
| |
|