CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8157|Reply: 12

[Tempatan] 5 ahli keluarga lelaki serang Balai Polis Ulu Tiram tiba di mahkamah

[Copy link]
Post time 19-6-2024 10:20 AM | Show all posts |Read mode
JOHOR BAHRU: Lima ahli keluarga lelaki yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram, di sini, 17 Mei lalu, tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Johor Bahru, jam 9 pagi ini.

Kelima-lima mereka itu dikawal ketat hampir 30 anggota polis.


Mereka difahamkan akan menghadapi beberapa pertuduhan termasuk Seksyen 130J (1) (a) Kanun Keseksaan.

Terdahulu, sekitar Kompleks Mahkamah Tinggi Johor Bahru dilihat turut dikawal ketat puluhan anggota polis sejak jam 7 pagi tadi.

Pada 24 Mei lalu, semua lima ahli keluarga lelaki yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram, itu dilaporkan ditahan dan disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), selepas tempoh reman mereka berakhir pada hari yang sama.

Semua mereka terdiri daripada ibu, bapa, abang, kakak dan adik kepada penyerang berusia 21 tahun ditahan di bawah SOSMA selama 28 hari.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, dilaporkan berkata siasatan awal mendedahkan keluarga itu membawa fahaman radikal.
Pada 17 Mei lalu, tujuh individu termasuk lima ahli keluarga suspek berusia lingkungan 19 hingga 62 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Dua penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) turut dilaporkan ditahan reman selepas disyaki mempunyai kaitan terhadap serangan itu pada hari yang sama, selepas serangan itu.
Bagaimanapun, dua penuntut IPT itu dibebaskan tanpa syarat selepas siasatan selesai, bulan lalu.
Dalam kejadian serangan pada pukul 2.54 pagi 17 Mei lalu, dua anggota polis Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, terkorban manakala suspek berusia 21 tahun itu mati ditembak.
Tragedi itu turut mencederakan Koperal Mohd Hasif Roslan, 38, yang terkena tembakan pada bahu dan pinggul.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2024 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
jahanam sumgguh. sampai mati org dorg kerjakan. semoga mereput di neraka dunia dan neraka akhirat la.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2024 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Ko fahaman apa sampai kena membunuh org? Sah2 la dah sesat kalau membunuh
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2024 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Satu keluarga biar pupus keturunan diorang...tanam luar pagar kubur.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2024 12:03 PM | Show all posts
pejenayah tidak patut hidup. hapuskan mereka jika betul bersalah
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2024 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
sapa suh bg indon IC...bodoh sindiri...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-6-2024 01:44 PM | Show all posts
Skuau replied at 19-6-2024 12:43 PM
sapa suh bg indon IC...bodoh sindiri...

Mak orang Singapore, ayah Malaysia. Dari mana datangnya Indonesia? Sebab pangkal nama Raden?
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2024 01:57 PM | Show all posts
rock_stars_roll replied at 19-6-2024 01:44 PM
Mak orang Singapore, ayah Malaysia. Dari mana datangnya Indonesia? Sebab pangkal nama Raden?

oh ye ke....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2024 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
rock_stars_roll replied at 19-6-2024 01:44 PM
Mak orang Singapore, ayah Malaysia. Dari mana datangnya Indonesia? Sebab pangkal nama Raden?


cer chek benang 7 hari drp tarikh hari 'serangan'...
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2024 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu pakai tudung helmet ni mmg miong ek
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2024 04:54 PM | Show all posts
rock_stars_roll replied at 19-6-2024 01:44 PM
Mak orang Singapore, ayah Malaysia. Dari mana datangnya Indonesia? Sebab pangkal nama Raden?

acik forum ni kalau kena yang bodoh mana nak bodoh sorang2, wajib sebarkan.



Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2024 08:42 PM | Show all posts
Yg ni apa cite sebenarnye?
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2024 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Ajaran apa diorg ni..sampai membunuh..1 fmly terlibat huhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 02:48 PM GMT+8 , Processed in 0.211677 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list