CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11656|Reply: 24

Dilantik pakar UMCCed, Siti Nurhaliza tunggu kenyataan rasmi pihak institusi - “Terima kasih kepada rakan-rakan media dan mohon maaf.."

[Copy link]
Post time 25-6-2024 11:47 PM | Show all posts |Read mode






Didakwa tidak layak dilantik sebagai pakar di Pusat Pendidikan Berterusan Pendidikan Universiti Malaya (UMCCed), penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza enggan melatah, sebaliknya menyerahkan kepada institusi terbabit mengeluarkan kenyataan rasmi.


Perkara tersebut disampaikan pengurusnya, Rozi Abdul Razak yang menyatakan Siti, 45, hanya dapat memberikan maklum balas sebaik pihak berkaitan mengulas isu terbabit.


“Buat masa ini Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak akan mengeluarkan apa-apa kenyataan sempena pelantikan pakar di UMCCed  kerana kenyataan rasmi harus dikeluarkan terlebih dahulu pihak berkenaan.


“Selepas kenyataan rasmi sempena pelantikan ini dibuat, Siti akan memberikan maklum balas kepada media mengenai perkara ini,” katanya menerusi kenyataan kepada Kosmo! Online.


Pada masa sama, pihak pengurusan penyanyi nombor satu negara itu turut menzahirkan terima kasih kepada semua pihak yang memahami situasi.


“Terima kasih kepada rakan-rakan media dan mohon maaf kerana buat masa ini Siti tidak dapat memberikan kenyataan,” ujarnya.


Sebelum ini di laman sosial kecoh apabila ramai individu mempersoalkan kewajaran personaliti popular terbabit diangkat sebagai pakar di UMCCed.


Menerusi sekeping poster yang tular, pelantikan pelantun lagu Biarlah Rahsia itu adalah bagi tempoh dua tahun.


Sebilangan netizen mendakwa, penyanyi terbabit tidak memiliki kelayakan akademik untuk diberikan jawatan tersebut selain berasakan gelaran itu seolah-olah merendahkan martabat Universiti Malaya (UM) sebagai institusi pendidikan ulung negara.


Begitupun, masih ramai menyokong pelantikan terbabit terutama daripada mereka di institusi pengajian tinggi yang beranggapan Siti layak diangkat bersandarkan pengalamannya selama tiga dekad dalam industri seni tanah air.


Ditubuhkan pada 1998, UMCCed adalah sebuah pusat pengajian di bawah Canseleri Universiti Malaya yang menawarkan Diploma Eksekutif sehingga program latihan dan pendidikan kursus pendek dalam pelbagai bidang.


  



Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2024 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadi yang tu tak rasmilah?

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2024 08:01 AM | Show all posts
Perkataan PAKAR tu rasanya tak sesuai. Mungkin boleh ubah ke gelaran/jawatan lain yang  "mesra" dengan pengalaman dan kredibiliti beliau.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2024 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Fuhh  isu david foster langsung x berani berkutik yach.nampak sgt isu umcced ni xde mende pun  bagi dia.x menjejas periuk nasi dia pun
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2024 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Industry expert kan? Kena ada phd gak ke nak lantik pun? Umcced tu pun cater to working adults kn
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2024 08:30 AM | Show all posts
debab_78 replied at 26-6-2024 08:01 AM
Perkataan PAKAR tu rasanya tak sesuai. Mungkin boleh ubah ke gelaran/jawatan lain yang  "mesra" deng ...

betul tu , mungkin boleh ditukar ke perkataan Penasihat sebab Pakar ni mcm satu yang terlalu besar untuk diguna pakai dlm kes DCT ni. Penasihat aku rasa sesuai dgn pengalaman HER selama 3 dekad itu.Apa apa pun DCT makin slim n nampak makin muda.LOve.........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-6-2024 08:51 AM | Show all posts
alesandra replied at 26-6-2024 12:22 AM
Fuhh  isu david foster langsung x berani berkutik yach.nampak sgt isu umcced ni xde mende pun  bagi ...

iols follow staff yg rapat ngn sheols. selalu ada byk igs tau psl apa2 konsert. for the 1st time iols tgk sheols pun x update apa2 lps event tu. lol.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2024 09:50 AM | Show all posts
saya bukan zoners so tak nak komen pape hahahaahaha!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2024 10:03 AM | Show all posts
balik2 serahkan dekat pihak berkenaan, padahal hati tu membuak2 nak gelaran pakar tu kan? sama seperti biduanita negara, kata tak hadap tapi dok hitung masa dan hari nak dapat anugerah tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2024 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
BoongaKertas replied at 26-6-2024 08:51 AM
iols follow staff yg rapat ngn sheols. selalu ada byk igs tau psl apa2 konsert. for the 1st time i ...

Dua lipa yg kapir tu pun lagi berani bersuara..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2024 10:11 AM | Show all posts
poster tu salah, sebab pakai logo UM, padahal UMCEED

last year dah ada benda ni, basically macam 'kursus' jangka pendek je

bukan siti jadi lecturer ke apa, bukan UM ada buat course seni suara pun
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2024 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 26-6-2024 08:22 AM
Fuhh  isu david foster langsung x berani berkutik yach.nampak sgt isu umcced ni xde mende pun  bagi ...

Khen? Ni dah sang dewi keluarkan statement tak payah statement dah la ambil la semua ambik, nanti jonah register la umcced utk jadi penyanyi

Pasal baju asrapzainal yg sheols pakai masa konsert foster tu pun sheols baru update lepas seminggu lebih konsert (dgn harapan netizen dah lupa agaknya). Memang tak berkutik isu tu, baik sheols/dewi/staf lain sepakat
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2024 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Pada iols lantak la umcced ke sesiapa pun nak ambik sheols ni appoint as “pakar” ke naib presiden kolej ke, pernah gak kan sheols kena appoint as apa entah kt kolej private ke uitm entah tu apa jadi dah capai kpi ke. Tapi sejak isu konsert pra ramadhan tu iols rasa tokti ni menongkat langit, degil sombong tapi berlapik dgn kata2 manis, hakikatnya she dont care, dia dgn tok kertu jela yg betul
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2024 10:32 AM | Show all posts
tak lama lagi dapat la pakai topi bulat tu tak pasal2
yihhhh
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2024 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
doubleA replied at 26-6-2024 10:25 AM
Khen? Ni dah sang dewi keluarkan statement tak payah statement dah la ambil la semua ambik, nanti  ...

Takleh bersuara nanti zionist marah
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2024 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
doubleA replied at 26-6-2024 10:29 AM
Pada iols lantak la umcced ke sesiapa pun nak ambik sheols ni appoint as “pakar” ke naib presiden  ...

Ha ah ni level2 kolej swasta je.bukan kena hire academic.so xde isu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2024 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Nampak student terpaling PhD pun mengamuk...haha susah2 achik Ami boo post hari2 pasal PhD duit bayar study blabla...tiba2 ctdk yg takde degree ni pulak dapat gelaran pakar in education...
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2024 11:49 AM | Show all posts
Jap.

Pakar apa eik kat UMCEED tu?

1. Pakar nyanyian?
2. pakar vocal?
3. Pakar persembahan?
4. Pakar kesenian?

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2024 08:33 AM | Show all posts
alesandra replied at 26-6-2024 02:04 AM
Dua lipa yg kapir tu pun lagi berani bersuara..

tulah tu. urgh nyampah tokti now.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2024 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Layak dapat biduanita negara...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 09:11 PM GMT+8 , Processed in 0.173229 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list