CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8985|Reply: 40

[Tempatan] Bangi rekod angka penduduk tertinggi

  [Copy link]
Post time 26-6-2024 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Parlimen Bangi mencatatkan jumlah penduduk tertinggi di Malaysia dengan 708,300 orang pada 2023. - Gambar/ Bangi Community

PUTRAJAYA: Parlimen Bangi mencatatkan jumlah penduduk tertinggi antara 222 kawasan Parlimen di Malaysia iaitu 708,300 orang pada 2023, demikian menurut Statistik Subnasional Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) 2024 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia hari ini.

Parlimen Bangi mencatatkan jumlah penduduk tertinggi di Malaysia dengan 708,300 orang pada 2023, diikuti Kota Raja dan Subang.

Wangsa Maju di Kuala Lumpur mempunyai kepadatan penduduk tertinggi, diikuti Pandan di Selangor dan Jelutong di Pulau Pinang.

Setiu mencatatkan penduduk Bumiputera tertinggi, Kepong dengan peratusan etnik Cina tertinggi, dan Ipoh Barat dengan peratusan etnik India tertinggi. Parlimen Baram di Sarawak mempunyai jumlah sekolah dan fasiliti kesihatan tertinggi.

Ia diikuti dua lagi Parlimen di Selangor iaitu Kota Raja dan Subang masing-masing dengan 538,900 dan 492,600 penduduk.


Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata tiga Parlimen di Sarawak merekodkan jumlah penduduk kurang daripada 30,000 orang iaitu Kanowit dengan 25,300 orang, diikuti Lubok Antu dan Igan masing-masing sebanyak 27,400 dan 28,000 orang.

"Parlimen Wangsa Maju di Kuala Lumpur merupakan Parlimen yang merekodkan kepadatan penduduk tertinggi sebanyak 13,587 orang bagi setiap kilometer (km) persegi.

"Pandan di Selangor berada di kedudukan kedua dengan kepadatan 11,713 orang per kilometer persegi, manakala Jelutong di Pulau Pinang menduduki tempat ketiga iaitu 11,576 orang per kilometer persegi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Berdasarkan komposisi demografi penduduk Malaysia pada 2023, penduduk Bumiputera tertinggi direkodkan di Parlimen Setiu iaitu 125,400 orang, manakala etnik Cina tertinggi direkodkan di Kepong sebanyak 72.2 peratus atau 64,000 orang dan Parlimen Ipoh Barat mencatatkan peratusan etnik India tertinggi iaitu 26.0 peratus atau 33,500 orang.

Menurut Mohd Uzir Parlimen Batu mendominasi jumlah tertinggi penduduk umur bekerja iaitu antara 15 hingga 64 tahun sebanyak 177,200 orang, diikuti Batu Kawan (132,300 orang) dan Kepong (83,700 orang).

"Jumlah penduduk dalam kumpulan umur muda 0 hingga 14 tahun tertinggi direkodkan di beberapa kawasan Parlimen termasuk Putrajaya sebanyak 43,000 orang, Gua Musang (40,800 orang) dan P.109 Tumpat (61,000 orang)," jelasnya.

Dalam konteks infrastruktur pendidikan dan kesihatan, beliau berkata Parlimen Baram di Sarawak mencatatkan jumlah tertinggi bagi bilangan sekolah dan fasiliti dengan memiliki 86 sekolah, termasuk 77 sekolah rendah dan sembilan sekolah menengah serta 22 klinik kesihatan.

Dari aspek fasiliti kemudahan asas pula katanya Parlimen Pulai memiliki jumlah stesen minyak terbanyak dengan 71 stesen, Bangi (66 kedai dobi), Lahad Datu (618 kedai runcit), Petaling Jaya (232 farmasi) dan Subang (140 restoran).
-- BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2024 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangi Darul Traffic Jam.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2024 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Parlimen pulau johor paling banyak stesen minyak sbb spore kiasu yg isi? Bila xde subsidi tak laku stesen minyak di kalangan ummah spore?



Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2024 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramainya
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2024 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
patutlah jem melekat jer selalu.. sekolah pun sendat dgn budak2
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2024 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Padanlah weekend nak masuk Bangi jam jugak. Huhuhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-6-2024 11:06 PM | Show all posts
insulin replied at 26-6-2024 08:30 PM
Bangi Darul Traffic Jam.

Jem sebab round about bodoh tu. Traffic lights out of synch.

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2024 11:08 PM | Show all posts
"Wangsa Maju di Kuala Lumpur mempunyai kepadatan penduduk tertinggi, diikuti Pandan di Selangor dan Jelutong di Pulau Pinang."

Ini sepatutnya lubuk jem, bukan Bangi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2024 11:11 PM | Show all posts
Bila Anthony Loke ubah jajaran asal ECRL untuk lalu kawasan Jelebu, Nilai, Bangi, Putrajaya, Port Klang............inilah sebabnya. Wilayah2 Selatan Greater KL ni memang dah padat penduduk dan jadi pilihan warga kerja KL untuk memiliki hartanah. Dengan adanya ECRL jajaran selatan, masaalah pengangkutan dapat dikurangkan.
Datang si bengap Kah Siong, dia pergi ubah balik ke jajaran asal. Lalu Gombak. Habis bukit crystal dan pemandangan banjaran Titiwangsa dah tak secantik dulu. Gombak ke Port Klang dah terlalu banyak rail system termasuk KTMB. Nak harap penumpang Kelantan,Trengganu atau Pahang untuk generate income untuk ECRL........sampai kiamat pun takkan nya. Nak harap bawak goods tapi ECRL tak lalu KLIA. Kalau jajaran selatan.........KLIA lalu, Port Klangpun lalu. Tak semesti bawa barang dari Port Klang ke Kelantan.......yg dekat2 pun OK. Contoh Port Klang-Nilai. Potensi untuk bawa barangan itu tinggi. Tapi aku musykil skit......line ECRL ni banyak yang jenis elevated.....bolihke bawak balak, simen dan sebagainya?
Next........kalau Kerajaan Thai jadi buat terusan di Segenting Kra untuk laluan kapal.........ECRL akan jadi gajah putih dan jadi beban pada kerajaan. PMX dah tentu akan hapus banyak lagi sabsidi sesambil introduce tax baru.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2024 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Logik la bangi jem sbb nak ke mana2 dlm bangi or keluar masuk bangi kurang public transport. Yg ada cuma bas & stesen komuter. Stesen mrt paling dekat kene gi kajang or putrajaya. Kalau org putrajaya nak ke kajang naik mrt, kene tukar line kat trx  padahal boleh je sambung line putrajaya ke kajang via bangi. Cuma bagi aku bangi masih tak nampak crowded sbb banyak rumah landed daripada high rise apartment.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2024 12:20 AM | Show all posts
Bangi Kajang banyak SSKJP
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2024 12:45 AM From the mobile phone | Show all posts
kitaserupaaa replied at 26-6-2024 11:45 PM
Logik la bangi jem sbb nak ke mana2 dlm bangi or keluar masuk bangi kurang public transport. Yg ada  ...

Bangi dh ada public transport pun org tak naik ..yg feeder bus MRT tu nmpk kosonggg jah..beza dgn belah2 PJ ni segala warga emas pun naik jah bas / public transport
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2024 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Parlimen bangi tu bukan area bandar baru bangi je tapi termasuk kajey dan balakong
Ada 3 dun bawah parlimen bangi.
Kajey, Balakong dan Sungai Ramal
Dun sungai ramal ni la yg meliputi kawasan bandar baru bangi yg ramai ummah melayu isley.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2024 11:16 AM | Show all posts
ye ke orang bangi tinggi2?

ex gefren bangkem asal bangi, badan tipis pendek kementot 146cm je tinggi dia
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2024 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
tungkai replied at 27-6-2024 12:20 AM
Bangi Kajang banyak SSKJP

Jovian pun akur turunkan signboard sbb guna gambar pakai korset, cinema pun takda. Dulu ada makcik2 buat Zumba kat tasik cempaka pun kena kecam. Tapi eloklah disebabkan zumbalah Bangi hilang skatepark haha
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2024 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Pekan kecik macam tempat aku pun jem manjang. Ditambah tiap hujung minggu orang luar suka datang melepak tempat aku. Masa cuti sekolah idok la aku nak keluar rumah. Sah2 boleh stuck between 40 mins to 1 hour dalam trafik jem.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2024 01:22 PM | Show all posts
sek sek bangi kito
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2024 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
damsel_fiji replied at 27-6-2024 01:22 PM
sek sek bangi kito

Ingatkan shah aley je
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2024 02:17 PM | Show all posts
mmg jem manjang nak ke bangi nun
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2024 03:14 PM | Show all posts
Lagi aneh bila MRT tak terminate di Bangi..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-6-2024 02:29 PM GMT+8 , Processed in 0.064356 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list