View: 8544|Reply: 18
|
‘Dekat Setahun Tak Jenguk, Alhamdulillah Malam Raya Aidilfitri Anak Sulung Datang Ziarah’ – Isma Aliff
[Copy link]
|
|
Selebriti versatil era 90-an, Isma Aliff meluahkan rasa syukur apabila anak sulungnya, Nor Ismalina datang menziarahinya bersama menantu pada malam Hari Raya Aidilfitri yang lalu.
Ketika ditemui OhBulan!, Isma atau nama sebenarnya Muhammad Latiff Ismail berkata, dia sangat gembira kerana akhirnya dapat berjumpa dengan anaknya itu selepas kali terakhir berbuat demikian kira-kira setahun yang lalu.
"Saya gembira sangat dan terharu sebab dah lama tak jumpa kan? Mungkin dah lama dia tak balik jenguk saya sebab ada beberapa hal yang tak dapat dielakkan. Sebab itu lama dia tak datang."
"Tapi bila dia datang tempoh hari, saya tengok dia sihat pun dah cukup gembira dah. Syukur Alhamdulillah dan yang paling penting dapat jumpa dengan dua orang cucu saya."
"Rasanya dekat setahun dah anak tak jenguk saya sebelum ini tapi kami tetap berhubung melalui telefon."
"Sedih jugalah bila anak lama tak datang tengok saya sebab anak kan?"
Isma berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Sumbangan Jalinan Kasih Prihatin KPJ Healthcare & mStar Baek yang diadakan di Menara KPJ pada petang Selasa.
Ketika ditanya tentang keberadaan Mohd Alif, Isma memaklumkan anak keduanya itu kini sedang menjaga isterinya, Norha Rafie di Ulu Kinta, Perak.
"Anak kedua belum datang lagi sebab dia sekarang ini sedang menjaga ibu dia di Ulu Kinta, Perak."
"Mungkin nanti kalau ada kelapangan dia akan datang atau mungkin saya yang akan ke sana jumpa dengan dia."
"Setakat ini belum berhubung (dengan anak kedua), apa-apa saya akan ‘direct’ dengan kakak dia saja."
Dalam pada itu, pelakon yang popular menerusi filem ‘Marah-Marah Sayang’ ini mendoakan agar kedua orang anaknya mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.
"Kepada dua anak, saya doakan mereka diberi kebahagiaan dunia dan akhirat."
"Terima kasih banyak-banyak sebab lawat papa di dalam keadaan begini. Papa sangat hargai."
Terdahulu, Isma pernah dimasukkan ke Hospital Ampang selepas dikesan mengalami jangkitan pada jantung dan paru-paru hingga ditidurkan akibat kritikal pada 15 Disember lalu.
Sumber : OhBulan |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa Pokcik Isma tak duduk sekali dengan isterinya di ulu kinta tu? Busy berlakon ke? Tanya jer |
|
|
|
|
|
|
|
lohhhh..baru x jumpa setahun..tapi ada calling2 jua kan..gaya dia citer anak2 x jenguk dia dulu, mcm berpuluh @ berbelas tahun.. |
|
|
|
|
|
|
|
baru tahu bini (ke ex bini?) isma alif ni stay kat kampung kelahiran dia. fun fact untuk acik forum, isma alif abang ipar pelakon veteran noralbaniah.
|
|
|
|
|
|
|
|
wahhh bini dia adik beradik noralbaniah?
|
|
|
|
|
|
|
|
Moyangkucing replied at 27-6-2024 07:12 PM
Kenapa Pokcik Isma tak duduk sekali dengan isterinya di ulu kinta tu? Busy berlakon ke? Tanya jer
Dia dok kl jaga mak dia strok jugak. Dia pun strok tp dah getting better. Mak dia bed ridden. Pagi2 adik dia hntrkan makan sblm masuk opis. Wife dia dok perak dgn anak2. Tapi bau2 ikan jugak leeeeeee |
|
|
|
|
|
|
|
shahirakay replied at 27-6-2024 07:22 PM
baru tahu bini (ke ex bini?) isma alif ni stay kat kampung kelahiran dia. fun fact untuk acik forum, ...
Tentu lawa juga bini dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa anak dia dah setahun tak jenguk dia.
Jauh sangat ke dia tinggal.
Kalau setakat ulu kinta tu…. Alahai balik hari pun boleh…. |
|
|
|
|
|
|
|
Alahh anak2 mmg mcm tu. Sibuk sgt ngan hal sendiri. Bila parent dh x de, tetiba semua pakat terpaling rindu mak bapa |
|
|
|
|
|
|
|
Iye u olls adik beradik. Albaniah yang bongsu. Arwah bapa mereka guru mengaji. Ai mengaji quran dengan arwah dulu, kadang dah habis mengaji, arwah suka tunjuk gambaq lama masa dia muda, gambaq albaniah adik beradik. Gitu..
|
|
|
|
|
|
|
|
ai tak sure.. tak pernah tengok depan-depan..
|
|
|
|
|
|
|
|
Thank you bagi pencerahan
|
|
|
|
|
|
|
|
Kakashial replied at 27-6-2024 08:35 PM
Dia dok kl jaga mak dia strok jugak. Dia pun strok tp dah getting better. Mak dia bed ridden. Pagi ...
yg bau ikan tu belah KL ke kinta
|
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan memang tak jumpa2 |
|
|
|
|
|
|
|
Anak dah jumpa takyah la ungkit2 tak jumpa setahun la dua taun lah.. jap lagi anak dah malu, keluar cerita side anak sebelum kau sakit tu lagi malu... meols speku mesti ada sebab besar anak2 bolayan heols... anak sulung jumpa pun sebab husband she pujuk.... hehehe.. |
|
|
|
|
|
|
|
ini contoh bapa yg bila tgh glamour gemilang tak heran dgn anak2
bila dah tua renta play victim...yihhh |
|
|
|
|
|
|
|
Hujung2 mcm ni pengakhiran hidop kan,.. sama mcm Dharma.. masa muda gah bukan main..huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
shahirakay replied at 27-6-2024 08:47 PM
Iye u olls adik beradik. Albaniah yang bongsu. Arwah bapa mereka guru mengaji. Ai mengaji quran de ...
Albaniah ada Abg nama Zahar kan?
Aku pnh kenal brader tu
Skrg kwn kat FB je lama tak pnh jumpa |
|
|
|
|
|
|
|
Haha...kan??
I can relate
|
|
|
|
|
|
|
| |
|