View: 20049|Reply: 10
|
Tiada perkembangan terbaru kes simbah asid Faisal Halim - Mohd Shuhaily
[Copy link]
|
|
JOHOR BAHRU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mempunyai perkembangan terbaru berhubung kes serangan simbah asid melibatkan pemain kebangsaan dan Selangor FC Muhammad Faisal Halim atau Faisal Halim.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata biarpun tanpa perkembangan terkini, pihaknya sentiasa giat dan tidak berhenti menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan.
"Belum ada perkembangan (terbaru). Ingin saya tekankan, tiada kemas kini tapi bukan bermakna kita menghentikan siasatan.
"Dengan komitmen yang ditunjukkan pegawai-pegawai saya dalam kes lain juga, kita tidak pernah berhenti (siasat). Cuma perkembangan itu mungkin tidak sepertimana yang orang ramai harapkan kerana buat masa ini kita bergantung kepada risikan," katanya pada sidang media bersama PDRM dan Singapore Police Force (SPF) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini hari ini.
Pada 5 Mei lepas, Faisal Halim, 26, menjadi mangsa simbahan asid di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara, Kuala Lumpur menyebabkan beliau mengalami kelecuran tahap empat pada beberapa bahagian badan.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha Kena call sherlock holmes
call for help |
|
|
|
|
|
|
|
Ke ada kena mengena dgn 'booking.com' sbb serious sgt ni! |
|
|
|
|
|
|
|
Eh jarang2 la.polis Malaysia dapat selesai kes berprofil tinggi. Muahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Kannn msti kpala2 besar ni |
|
|
|
|
|
|
|
Bila org ckp pasal tgn² ghaib pandai lak mgelumpur.
Haih.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bakal jadi misteri MH 370, 2.0 keww?
|
|
|
|
|
|
|
|
Macam tak biasa je kau orang ni kalau melibatkan hok hok tu |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo btl mcm yg oulss semua speku...bodoh nak mati la semata2 kerana bola sanggup musnahkan kehidupan org lain mcm ni .semoga mampos semua keturunan org yg jahat mcm ni...x perlu ade kat bumi ni pun x pe...jahat sgt musnahkan kehidupan org...by the way iolss x ikut sgt bab bola ni..tp kesian atas perbuatan org yg bodoh nak mati memusnahkan kehidupan org lain yg merupakan bapak kpd anak2 pencari rezeki keluarga... |
|
|
|
|
|
|
|
serahkan semuanya pada Allah...(selain usaha)
tak dapat kesan d dunia, akhirat takkan lepas.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|