CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 27400|Reply: 56

[Tempatan] Peningkatan mendadak kes HIV di kalangan pelajar universiti amat membimbangkan

  [Copy link]
Post time 11-7-2024 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM - Kerajaan disaran menurunkan had usia saringan HIV dari 18 tahun kepada 16 tahun bagi memberi ruang pengesanan dan rawatan awal susulan peningkatan kes jangkitan virus itu dalam kalangan pelajar universiti.

Naib Presiden Majlis AIDS Malaysia (MAC), Dr Dinesh Mahalingam berkata, cadangan tersebut akan meningkatkan kualiti kesihatan dan menangani realiti generasi muda yang semakin terkesan dengan epidemik HIV.

Iklan

Iklan
Menurutnya, langkah berkenaan dapat mendidik pelajar mengenai aspek kesihatan seksual selari dengan trend global yang menggalakkan umur ujian lebih rendah.

"Adalah penting untuk diakui bahawa peningkatan kes HIV bukan hanya terhad kepada pelajar universiti dan kolej.


"Malaysia sedang menyaksikan peningkatan ketara penularan HIV secara seksual, yang kebanyakannya memberi kesan kepada golongan muda.

"Ini menekankan keperluan untuk intervensi yang menyeluruh tersasar dan berimpak tinggi,” katanya dalam satu kenyataan bersama Yayasan AIDS Malaysia (MAF) pada Selasa.


Kementerian Pengajian Tinggi di Parlimen minggu lepas mendedahkan peningkatan membimbangkan kes jangkitan HIV dalam kalangan pelajar berumur 18 hingga 25 tahun di institusi pengajian tinggi (IPT).

Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, seramai 214 pelajar dari institusi awam dan swasta dilaporkan menghidap HIV pada 2020 diikuti 186 kes (2021), 221 kes (2022) dan 244 kes (2023).


Ujar Dinesh, akses kepada perkhidmatan HIV yang kritikal melalui model jangkauan unik menggunakan pekerja kesihatan komuniti (PKK) dipertingkatkan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurutnya, kumpulan pekerja itu memainkan peranan penting menghubungkan individu berisiko termasuk pelajar muda kepada perkhidmatan berimpak tinggi seperti Profilaksis Pra-Pendedahan (PrEP) dan ujian HIV kendiri.

"Di sebalik kejayaan besar yang dicapai dalam bidang sains perubatan seperti penemuan PrEP yang berupaya mengurangkan risiko jangkitan HIV secara seksual sehingga 99 peratus, stigma tetap kekal sebagai halangan terbesar.

"Stigma yang masih menebal dalam kalangan golongan muda dan pelajar universiti mungkin menyebabkan mereka berasa ragu-ragu untuk mendapatkan perkhidmatan atau sokongan, meskipun ketika terdedah kepada risiko HIV.

"Oleh sebab itu, semua usaha jangkauan MAC dan MAF tertumpu pada usaha mengurangkan stigma HIV dan menggalakkan ujian dalam kalangan golongan muda untuk mengetahui status HIV mereka,” katanya lagi.

Tambah beliau, bagi mereka yang hidup dengan HIV, rawatan segera penting kerana membantu merendahkan muatan virus di dalam ke tahap tidak dapat dikesan sekali gus mencegah penularan.

Ujarnya, untuk golongan yang berisiko, PrEP bersama dengan amalan seks selamat seperti penggunaan kondom adalah signifikan mengurangkan risiko penularan.

Menurut Pengarah Eksekutif MAF dan MAC, Jasmin Jalil, situasi terkini tentang peningkatan kes HIV di kampus tempatan merupakan bendera merah yang menunjukkan keperluan kritikal untuk mendidik golongan muda mengenai pencegahan HIV dan mengurangkan stigma.

"Dari aspek pendidikan pihaknya menyokong perlaksanaan Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja (Prostar) yang baru sahaja diperbaharui di kampus institusi pendidikan tempatan.

"Berpandukan pada modul yang dibangunkan oleh pakar-pakar yang bertauliah, Prostar 2.0 akan digerakkan oleh pembimbing rakan sebaya (PRS) selari dengan slogan Oleh Remaja, Melalui Remaja, Untuk Remaja.

"Kami mempunyai rancangan besar untuk melancarkan program berasaskan kampus di seluruh negara pada separuh kedua tahun ini,” katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2024 07:12 PM | Show all posts
adakah banyak berlaku penetration melalui anal sex ke sejak kebelakangan ini?
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2024 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca berita ni, I unlock another thing nak dirisaukan. I memang ban online dating app lepas tau ramai yang mencari ons. Bebudak uni ni...kes cari side income ke apa?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2024 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Momohizan replied at 11-7-2024 07:15 PM
Baca berita ni, I unlock another thing nak dirisaukan. I memang ban online dating app lepas tau rama ...

Pornography uols. Ketagihan seks sejak remaja antara faktor utama juga
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2024 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg diam2 jd DS pun penyumbang kan
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2024 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 11-7-2024 07:21 PM
Pornography uols. Ketagihan seks sejak remaja antara faktor utama juga

Dah masanya ajar rakyat Malaysia pendidikan seks. Belajar sendiri2 tengok porn, memang rosak otak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2024 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Korang kuat sangat main bontot ke dik?

Contohi arwah Mansor Puteh. Lebih 600x dia derma darah. Tandanya dia clean tak bengkok.

Bila ramai sangat hiv+ maknanya makin kurang penderma darah. Tu belum lagi kencing manis dan penyakit lain.

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2024 08:19 PM | Show all posts
majoriti kes hiv bukan dadah tapi homoseksual/gayism
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2024 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 11-7-2024 07:36 PM
Korang kuat sangat main bontot ke dik?

Contohi arwah Mansor Puteh. Lebih 600x dia derma darah. Tand ...

Kekadang lepaih main tu, deme pi derma darah sbb dpt ujian hiv secara percuma..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2024 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak reti pakai kondom ke? Tau nak sedap je.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2024 09:07 PM | Show all posts
kkm pun lembik.... dulu zaman kita kecik beria kempen fight AIDS dari seks bebas...
ni sekarang takda telur kecut takut nak berkempen fight HIV, kalau takut satu dunia kecam, jangan la sebut gay, sebut "Elak Seks Dubur Henti Jangkitan HIV" ...

geng agama pulak tak boleh petik hal ni, sebab tak mendatangkan keuntungan... kalau untuk politik dan poligami dan naik kan imej dan untuk biz, dia paling win..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2024 09:27 PM | Show all posts
Kenapa forum cari ni slow betul nak loading?
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2024 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 11-7-2024 09:27 PM
Kenapa forum cari ni slow betul nak loading?

kan? dari siang td iol perasaan mcm slow. igtkan coverage iol yg problems.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2024 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak remaja skrg suka 1 nite stand dgn foreigners. so, tk mustahil juga dpt HIV dari sex bebas.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2024 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg terima darah hati2 darah elergi seafood darah vaksin prifzer darah kanser
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2024 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
CoffeeOverdose replied at 11-7-2024 09:46 PM
Banyak remaja skrg suka 1 nite stand dgn foreigners. so, tk mustahil juga dpt HIV dari sex bebas.

Bangla ke uols?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2024 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Mostly geyes la ni.

Boleh tak korang jangan sundal sangat suka tukar2 pasangan? Tau menda ni, buat jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2024 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi ja condom sabsidi. Jangan bagi free nanti dia buat belon pula. Kalau buat raid port2 ayam tak payah rampas semua condom, amik 2-3 cukup buat syarat. Make condom easily accessible and the case will drop. Tak cuba tak tau.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2024 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 11-7-2024 10:01 PM
Mostly geyes la ni.

Boleh tak korang jangan sundal sangat suka tukar2 pasangan? Tau menda ni, buat  ...


Jantan kan x pernah cukup satu
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2024 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 11-7-2024 02:12 PM
Jantan kan x pernah cukup satu

Ohhh betulllll
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-8-2024 02:03 AM GMT+8 , Processed in 0.071988 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list