CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 58702|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Tiga syarikat didenda RM80,000 cemar alam sekitar

[Copy link]
Post time 13-7-2024 09:33 AM | Show all posts |Read mode


SEREMBAN: Mahkamah Sesyen di sini semalam menjatuhkan hukuman denda masing-masing RM40,000 dan RM20,000 terhadap tiga syarikat yang menjalankan aktiviti pembuatan minyak sawit mentah, produk getah dan makanan atas kesalahan melanggar Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan, Hamzah Mohamad, berkata hukuman diputuskan Hakim Mazni Nawi selepas kesemua wakil iaitu Hidayah Md Said, Wan Rozina Wan Yusoff dan L Kandsany, selaku orang kena saman, mengaku salah atas pertuduhan dihadapi.

Katanya, ketiga-tiga syarikat terbabit masing-masing beroperasi di atas Lot 514 & 515, Kampung Tong, Gemas di Tampin, Lot 62 & 63 Lorong Senawang 3/2, Kawasan Perindustrian Senawang dan PT 29516, Lengkok Teknologi 2, Techpark@Enstek, Bandar Enstek, Nilai.

"Syarikat pembuatan minyak sawit mentah dituduh di bawah Seksyen 16(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16(2) akta yang sama kerana gagal mematuhi syarat lesen bagi had pelepasan BOD dan pepejal.

"Syarikat pembuatan produk getah dituduh di bawah Peraturan 11(1)(b), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 bagi kandungan BOD5 pada 20C yang mempunyai kepekatan 110 mg/L melebihi 50 mg/L yang ditetapkan.

"Syarikat pembuatan makanan pula membabitkan kesalahan di bawah Peraturan 11(1)(a) dan Peraturan 12(a), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 yang mengandungi kandungan BOD5 pada 20C kepekatan sebanyak 210 mg/L melebihi 20 mg/L dan COD kepekatan 405 mg/l melebihi 80 mg/L," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, hukuman maksimum bagi setiap kesalahan adalah denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Hamzah berkata, pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan, Muhammad Fitri Soroni dan Zainoorliza Zainal Abidin manakala kesemua wakil syarikat terbabit tidak diwakili peguam.

"Keputusan analisis Jabatan Kimia Malaysia menunjukkan premis terbabit telah membuang efluen perindustrian melebihi had kepekatan yang ditetapkan, " katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Geng purdah 'attention seeker' dikecam, spesis sakit otak makan pun nak kena tunjuk kat orang
maklukpenggodaGeng purdah 'attention seeker' d
Views : 7739 Replies : 4
Demi secebis konten, kan dah kena dek!
maklukpenggodaDemi secebis konten, kan dah kena dek!
Views : 1416 Replies : 1
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 310009 Replies : 8927
Rosmah lepas atau sangkut?
maklukpenggodaRosmah lepas atau sangkut?
Views : 48651 Replies : 35
DJ Best FM menghilang tiba-tiba?
syitaeyqaDJ Best FM menghilang tiba-tiba?
Views : 12652 Replies : 9
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 3631 Replies : 40
Bukan Marvel:Astro Shaw Umum Fasa 1 Keluang Man Cinematic Universe.Anda teruja?
YgBenarBukan Marvel:Astro Shaw Umum Fasa 1 Kelu
Views : 9286 Replies : 3
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 2330 Replies : 19
Kanser usus disebabkan minyak masak membimbangkan
maklukpenggodaKanser usus disebabkan minyak masak memb
Views : 32208 Replies : 46
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 48003 Replies : 12

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 03:38 AM GMT+8 , Processed in 0.048999 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list