CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kambeng_masam

ZULAIKHA [U] Last updated was on 7/7/2013

[Copy link]
 Author| Post time 4-8-2012 09:27 AM | Show all posts
sarizu posted on 4-8-2012 06:55 AM
sila sambung lg beng...
jgn la dok perap lama2 sangat

Sedang Zulaikha memikirkan runtuhnya keegoan Harris, Tengku Aisyah tiba-tiba memeluk dan mencium-cium pipinya. Tidak cukup dengan itu dia melagakan pula pipinya dengan pipi Zulaikha. Dia kelihatannya amat gembira sekali seperti biasa setiapkali bertemu dengan cucu kesayangannya itu.

    “Wan rindulah sangat kat cucu special wan nih.” Kata wanita tua itu tersenyum dan mencubit kedua-dua belah pipi Zulaikha dan menggoyangkan muka gadis itu ke kiri dan ke kanan sambil dirinya juga turut menggelengkan kepalanya.

    “Wan niiiiiiiii…..” Zulaikha merengek menahan perit di pipinya.
Zulaikha hanya berkerut dahi sambil menggosok-gosok pipinya yang kemerahan akibat dicubit serta dimuncungkan mulutnya.

    “Haaa..tak sayang akulah tu?!” Tengku Aisyah berseloroh menyedari Zulaikha seperti memprotes.

    “Wan tu cubit Ika kuat sangat….nak terkoyak dah pipi ni.” Zulaikha menjawab sambil bergurau.

    “Alahhhhh… cubit sikit nak terkoyak dah. Ni koyak! Ni koyak! Ni koyak!” Tengku Aisyah berkata sambil mencubit-cubit pula lengan, bahu dan peha Zulaikha sehingga membuatkan gadis itu kegelian dan ketawa.

Puteri Sofea yang sedang memandu memerhatikan telatah kedua-dua beranak yang sedang bergurau itu melalui cermin pandang belakang dan tersenyum. Amir juga tidak ketinggalan melihat keadaan di belakang yang riuh itu.

Walaupun Zulaikha amat tidak menyukai pipinya diperlakukan sebegitu semenjak dari dahulu lagi, namun dia tahu wanita tua itu amat menyayangi dan sering memanjakannya lebih dari adik-beradik angkatnya yang lain. Dia maklum akan kegarangan neneknya, sepertimana dia juga faham akan sikap penyayang wanita tua itu.

Memang pantang bagi Tengku Aisyah jikalau ada orang yang membantah arahan dan tegurannya. Jika kata-katanya dibantah, alamatnya akan bernanahlah telinga orang yang dihamunkan itu. Dan jika dia mempelawa seseorang akan sesuatu walaupun hanya sebiji gula-gula, janganlah berani-berani hendak menolak pelawaannya. Wanita berdarah bangsawan itu juga amat tegas dengan segala protokol budaya istana dan Melayu. Maka begitulah juga dengan anak-anak perempuannya yang sudah dididik dengan begitu tegas ketika mereka masih tinggal bersamanya dahulu. Kini Zulaikha akan tinggal bersamanya.

    “Ika pandai menjahit tak?” Soal Tengku Aisyah kepada Zulaikha’

Zulaikha hanya menggelengkan kepala sambil menjawab pendek, “Tak.”.

    “Mama tak ajar Ika?” Soal wanita itu lagi.

    “Tak ajar pun. Mama tu reti ke menjahit?” balas Zulaikha.

    “Ehhh…wan ajar mama awak dengan aunty awak ni dari kecik lagi tau! Menyembat, sulam semer. Orang perempuan kenalah tau semer tu barulah orang laki nak buat bini!” Tengku Aisyah menempelak.

    “Ika ni kecik lagilah wannn…bukan nak kawin lagi punnnn.” Zulaikha masih menjawab. Hanya dia sahaja yang berani menjawab sebegitu dengan Tengku Aisyah sedari kecil lagi.

    “Eh budak ini….aku dulu masa umur baya awak niiii dah reti menjahit, membasuh, memasak, kemas rumah, jaga adik-adik, menyangkul merumput semer tau dak? Aku ni mujur tak reti menukang je! Kalau tidak, tak payah mengupah orang datang menukang di rumah. Aku boleh buat segala macam. Silah aki awak dulu kawen dengan wan basuh kaki je dia, aku yang buat belake.” Panjang pula Tengku Aisyah membebel.

Zulaikha hanya tersengih-sengih melayan bebelan neneknya itu. Tahulah dia dari siapa sikap Harris itu diwarisinya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2012 10:05 AM | Show all posts
Menyembat, sulam semer. Orang perempuan kenalah tau semer tu barulah orang laki nak buat bini!


tau kawin la budak2 pompuan zaman lani...


Silah aki awak dulu kawen dengan wan basuh kaki je dia, aku yang buat belake.


suka la org laki zaman lani dpt bini mcm nih, dok goyang je la kejanya


beng yg tgh byk idea...silalah sambung lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2012 02:27 PM | Show all posts
best2..smbg cepat2...lain dari yg lain...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2012 08:05 AM | Show all posts
mamajiah posted on 4-8-2012 02:27 PM
best2..smbg cepat2...lain dari yg lain...

Harris duduk bersendirian di pangkin tepian kolam ikan koi yang berada di halaman banglo keluarganya itu. Kolam itu yang   diterangi dek cahaya dari lampu-lampu malap yang telah di pasang di dasarnya mencantikkan lagi lanskap halaman pada waktu malam. Harris hanya memerhatikan gerak gemalai ikan-ikan kesayangan ayahnya itu.
Puas dia memandang ke dasar kolam, dia mendongak pula ke langit memerhatikan cahaya bintang-bintang yang bergemerlapan. Sedang dia leka sebegitu, Nadia menghampiri dan duduk disebelahnya.

            “Apa yang abang fikir?” tanya Nadia memecah suasana.

            “Hmfhhh….takde pape.” Harris sedikit mengeluh.

Mereka berdua senyap. Nadia juga turutmendongak ke langit. Jari telunjuknya diunjukkan ke langit mengira-ngira jumlah bintang-bintang yang bekerlipan. Harris melihat perbuatan Nadia yang dirasakannya sia-sia itu.

            “Hmfhh…kenapa perempuan selalu buat mende-mende yang bodoh?” soal Harris dengan berwajah bosan memandang semula ke langit.

            “Haa?!”soal Nadia semula tercengang dengan soalan abangnya itu. Dia memandang Harris. Matanya bulat menantikan jawapan.

Namun Harris tidak kelihatan mahu memberikan penjelasan akan soalannya tadi. Kelihatannya berlengah-lengah hendak bercakap.

           “Abang ni tengah marah ke?” Nadia inginkan kepastian.

Rambut Harris yang lurus dan jatuh ke dahi ditiup-tiupnya ke atas seperti yang Zulaikha selalu lakukan. Harris menoleh kepada adiknya dan tersenyum. Tangannya diangkat lalu digosok berulang kali kepala adiknya itu.

            “Abang tak marah adik abang nilahhhh.” Harris sedar adiknya itu terasa hati.

            “Ohh…geram jelah eh? Geram kat Ika? Kak Shaq?” Nadia mulai cuba menyerkap jarang.

            “Geram kat Pakcik Harun hujung kampung tu haaaa. Geram kat Kak Shaq tulah.” Harris menjawab secara sarkastik.

            “Yelahh…sebab dia tulah… wan datang amik Ika tinggal kat sana. Kena rotan lagi.”keluh Nadia sambil memuncungkan bibirnya.

Nadia menyambung lagi, “Agaknya Ika tengah buat apa lah sekarang?”.

            “Hmfhh….dia tengah meniarap atas katil….sambil menulis atas buku tebal dia tu…pastu tertido.”Jawab Harris spontan dengan tersenyum sambil termenung melihat air pancuran dikolam seolah-olah sedang membayangkan sesuatu di otaknya. Dia meniup-niup lagi rambut di dahinya ke atas.

           “Mana abang tau?” Nadia curiga. Dia sambung lagi, “Skang Nadia lah jadi adik bongsu abang..kan?”
Harris tersenyum dan bangkit sambil menggosok-gosok lagi kepala Nadia,

           “You always be only my little sister!”

Didalam benaknya Harris memikirkan..Zulaikha tidak pernah dianggap seperti adiknya. Zulaikha adalah di dalam kategori yang lain.



                                                ^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^


Di waktu yang sama di kediaman Puteri Sofea….

            “Achoooh!!!” Zulaikha terbersin ketika sedang menulis jurnalnya di atas katil.

Dia menggosok-gosok hidungnya dan menarik nafas dalam-dalam lalu dilepaskan. Dia melihat semula ke atas baris tulisan terakhirnya tadi.

            “Alaaaahhh!..Habbis!Chkhh!”.

Perkataan terakhir yang sedang ditulisnya sesaat sebelum dia terbersin tadi adalah nama Harris. Namun tulisan nama Harris yang masih belum lengkap itu habis terherot disebabkan bersin tadi.


              "Padan muka!" dia berkata kepada perkataan 'Harris' itu.

DIa hanya melihat sahaja nama seketika sebelum membetulkan semula nama Harris.

Dia memainkan hujung batang pen yang berada ditangannya ke bibir yang separuh ternganga itu berulang kali sambil membayangkan kembali peristiwa kucupan Harris di pelipisnya malam semalam. DI mana ketika itu dia cepat-cepat memejamkan mata tatkala Harris selesai membaca buku catatannya. Kini dia menggeleng-gelengkan kepalanya cuba melupakan perkara itu dan menyembamkan muka ke bantal.

Zulaikha mengangkat kembali mukanya yang kemerahan. Rambut di bahagian hadapannya menutup mata. Dia meniup-niup rambutnya ke atas.

            “Uhhhhh! Apasal dia buat camtuuuuu?!” Zulaikha bertanya sendirian sambil matanya dikecilkan melihat nama Harris di coretannya.

Sedang dia mengelamun sambil mengusap-ngusap pelipisnya, tiba-tiba....

            “TOK!TOK! TOK!” bunyi pintu biliknya diketuk dari luar.

Tersedar dari lamunan, dia cepat-cepat menutupbukunya sebelum dia bangkit dari katil dan melangkah menuju pintu bilik. Laludibukanya. Muka Amir menjengah di celah pintu.

            “Kenapa?” Zulaikha bertanya.

Amir menggaru-garu belakang kepalanya.

            “Err…Ika dah tido ke?” Tanya Amir tersengih-sengih.
            “Nak tido dah tadi. Amir la kacau.” Jawab Zulaikha.
            “Eh..baru pukul 9 dah nak tido?” Amir cuba memanjangkan perbualan di depan pintubilik itu.
            “Mengantuklah.” Zulaikha malas nak melayan Amir.
            “Takdelah…Amir just nak cakap…best rasanya Ika ada kat umah ni. Rasa lain je.” Amir tersengih-sengih.

            “Hmmmhh….simpan dulu rasa lain tu untuk esok jelah eh? Ika ngantuk sangat dah ni. Goodnight.”Zulaikha tegas menamatkan perbualan lantas masuk ke bilik dan menutup pintu meninggalkan Amir yang masih terpinga-pinga.

Niat di hati Amir ingin bersembang lama denganZulaikha memandangkan ini pertama kali Zulaikha tidur di rumah keluarganya danitu membuatkan dia terasa bersemangat.

Last edited by kambeng_masam on 6-11-2012 09:10 AM

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2012 11:05 AM | Show all posts
pnh dgr org ckp, kalau tbersin tu mknanya ada org tgh mgumpat kita eh

Amir x de hrpn la ni ya...sian plk dekt amir ni tp suka gak Harris ngan Ika

next!
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2012 01:47 PM | Show all posts
yeah beng.. kasi panas ati lagi si Harris tu.. hehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-8-2012 04:56 PM | Show all posts
Beng jangan lupa sambung.apalah nasib si hariz menanngung rindu
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2012 11:54 AM | Show all posts
encik beng... kemanekah anda...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2012 12:38 PM | Show all posts
menarik sangat cerita ni..dari page 1 saya baca dgn kusyuk

sambung lg..harap tak sekerat jln
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2012 02:54 AM | Show all posts
Sementara itu, Shaqirah sedang menonton televisyen ketika Harris dan Nadia masuk ke dalam rumah. Ibubapa mereka awal-awal lagi sudah tidur di kamar.

Terlihatkan kelibat Harris dan Nadia itu, Shaqirah menegur.

“Haii…duk pakat melangut tengok langit tadi..teringatkan adik kesayangan ke?” sambil tersengih sinis Shaqirah menyapa dengan hujung matanya menjeling.

Terasa marah, Nadia lantas menerpa ke arah Shaqirah dan berdiri tegak di hadapannya sehingga menghalang pandangan kakaknya itu ke skrin televisyen. Harris berdiri di hujung sofa ruang tamu itu.

“Ehhhh! Tepilah akak nak tengok tv nih!” rungut Shaqirah.

“Akak dah puashati skang?!” tiba-tiba Nadia seakan membentak sambil mencekak pinggang.
Shaqirah mendongak ke wajah adiknya sambil mengerutkan dahi.

“Hei! Budak! Jangan nak kurang hajarlah!” Shaqirah menempelak kembali namun dia tidak berganjak dari duduknya. Harris pula hanya diam memerhati.

Shaqirah cuba menolak adiknya itu ke tepi supaya tidak menghalangnya menonton televisyen, namun Nadia tetap cuba menghalang.

“Sampai hati betul kak Shaq kan? Buat Ika sampai jadi macam ni? Sampai wan pun salahkan mama dan papa?” rajuk Nadia.

“Apa pulak?! Dah memang budak tak reti kenang budi tu mencuri! Memang patut kena! Tu pun baru sikit.” Sambung Shaqirah lagi, “Huhh! Kalau dibiarkan lama-lama tinggal kat sini..entah apa benda lagi dia nak curi bawak balik ke China.”

“Akak! Hehh! Ingat Nadia bodoh ke tak tau akak yang mencuri duit mama kan?! Kan?!” Nadia membalas berang.

Shaqirah bingkas berdiri lantas mencekup geram dagu Nadia. Tanpa melepaskan cekupannya dia memacu muka Nadia ke sisi sehingga adiknya itu terduduk di sofa. Nadia terjerit kecil. Walaupun Harris agak tersentak dengan tindakan drastik Shaqirah itu namun dia tidak berminat untuk masuk campur.

“Muluuuuuuuut…kau jaga sikit eyh! Aku ramas karang dengan cili! Sejak bila dah pandai sangat nak melawan dengan aku ni hah?! Ko jangan nak jadi kurang hajar macam Ika tu eh?!” Shaqirah memberi amaran dengan suara yang dikeraskan namun perlahan bunyinya.

Nadia terkial-kial cuba melepaskan cengkaman kemas tangan Shaqirah di rahang mulutnya. Sesekali dia terjerit kecil. Akhirnya Shaqirah melepaskan juga cekupannya sambil menolak pipi Nadia setelah berpuas hati adiknya itu tidak melawan bicara kembali.

“Kalau kau berdua pun nak pegi hidup merempat menumpang rumah orang macam budak sial tu pun pergilah!” Tengking Shaqirah lagi, “Aku lagi hidup senang kat sini!”

Lalu Shaqirah melangkah ke kamar meninggalkan Nadia yang sedang menangis sambil memegang mulutnya.
Harris dengan bersahajanya mengusap-ngusap kepala Nadia seakan memujuk.

“Dahhh…good girl pergi tidur.” Arah Harris kepada Nadia dengan menggunakan nama timangan yang ayah mereka berikan kepada adiknya itu.

Lantas Nadia pun bangun dengan mulut muncung menuju ke tangga hendak ke tingkat atas sambil mengomel sesuatu.

“I can hear you lah Nadia!” Jerit Shaqirah dari dalam bilik tatkala Nadia melintasi pintu kamarnya sambil mengomel tadi.

Sambil Nadia menaiki tangga ke aras atas dia sempat menjelirkan lidahnya ke pintu bilik Shaqirah dan membuat muka.

Harris memadamkan suis televisyen. Dia juga turut naik ketingkat atas. Tatkala kakinya melangkah melintasi hadapan pintu bilik Zulaikha,dia terhenti sejenak memandang ke pintu bilik yang tidak berpenghuni itu. Diamemulas perlahan tombol pintu lalu terus masuk ke dalam. Harris menghidupkansuis lampu dan memerhatikan ke segenap ruang bilik. Hidungnya menyedut-nyedutudara sekeliling dan menghembus perlahan. Diulangnya berkali-kali. Hidungnya masihterbau-bau keharuman tubuh Zulaikha seperti yang dibaunya malam semalam.Seolah-olah dia masih dapat merasai kewujudan jasmani Zulaikha di dalam bilikitu. Dia memandang ke arah katil yang masih kemas. Tilamnya bercadar dan bantalpula bersarung seolah tiada kelainan sedikitpun berbanding hari-hari sebelumnya.Pandangan mata Harris melihat ‘Zulaikha’ yang sedang meniarap di atas katilsambil menulis ke atas buku tebalnya. ‘Zulaikha’ berhenti menulis dan menolehmemandang Harris ketika merasakan dirinya diperhatikan sebegitu. ‘Gadis’ ituhanya diam memandang dan memberikan senyuman yang comel kepadanya.

Dengan wajah serius sebelum berpaling pergi, Harris berkatasendirian, “Good night.” Seraya bayangan Zulaikha itu pun lenyap.

Dia sedar itu hanyalah bayangan semata kerana selama initidak pernah Zulaikha senyum kepadanya walaupun gadis itu kerap kali berbuatdemikian kepada orang lain.

Harris mematikan suis lampu dan keluar. Dipegangnya tombolpintu dan secara perlahan dia menarik daun pintu untuk ditutup. Namun terhentisejenak sebelum pintu itu ditutup rapat. Dia termenung memandang tombol pintuitu sambil sedang mengingati kembali saat di mana pertama kali dia pulang darihospital tempohari. Tanpa menghiraukan perkara lain ketika itu dia segera mencariZulaikha semata-mata ingin melihat wajah comel gadis itu untuk menenangkangelora dalam dirinya. Saat terindah baginya ketika mana dia bertentangan matadengan Zulaikha di dalam bilik itu. Harris tersenyum sorang diri apabilamengingatkan gelagat Zulaikha meniup-niup rambut lurusnya yang jatuh menutupimata ketika mereka berdua berkelahi. Dia mengajuk perbuatan gadis ituberulangkali. Tiada kenangan romantis, semuanya hanya perkelahian antara merekaberdua. Namun setiap perkelahian dengan Zulaikha menciptakan kenangan yang unikkepada Harris yang mampu membuatkan dirinya yang super-ego tersenyum.

Setelah habis dengan bayangan kelibat Zulaikha di dalammatanya, dia menutup rapat daun pintu itu.

          “Be happy.Always.” Harris berbisik perlahan.

Harris terus kembali melangkah ke pintu biliknya sendirinamun terhenti sebentar apabila teringatkan sesuatu.

Sambil tersengih menyeringai dia berkata, “Oh yaaa….youowe me..”

Dia terus memasuki bilik dan berbaring di atas katil. Selangbeberapa minit, dengan tidak semena-mena pintu biliknya diketuk. Harris hanyamenoleh ke arah pintu. Pintu itu dikuak perlahan ke dalam dan wajah ibunyamenjengah.

          “Bolehmama masuk?” Datin Suraya melangkah masuk ke dalam tanpa menanti jawapandari Harris.

Harris yang berwajah sugul hanya menggangguk tanpa memandangwajah ibunya. Bilik itu suram dengan hanya bercahayakan lampu tidur.

          “Harristak boleh tidur?” ibunya bertanya dengan sedikit senyuman mesra.

          “Ermm…belumngantuk lagi ma.” Harris bersahaja menjawab dengan menggeliatkan badansambil menggosok-gosok kepalanya.

Datin Suraya duduk di sisi Harris yang masih berbaring.

          “Harrismarah dengan mama?” Wanita itu cuba meneka.

Harris hanya menggelengkan kepalanya masih tanpa memandangibunya.

          “Mama adamenda nak cakap dengan Harris.” Kali ini kata-kata wanita itu membuatkanHarris terus sahaja memandang wajah ibunya.

Datin Suraya menggumam seketika setelah mendapat perhatiandari anak lelakinya itu. Wajah wanita itu yang masih dengan senyuman mesranyabertukar menjadi sedikit serius. Datin Suraya menarik nafas perlahan sebelummula bersuara. Tangannya diletakkan ke atas tapak tangan anaknya.

          “Harrissuka kat Ika?

Soalan yang tak terduga itu membuatkan Harris terkedu.Enggan membiarkan ibunya menilik benaknya dia mengalihkan pandangannya ke sisimemandang ke arah almari baju.

^^^^^^^^^^^^^^


Dalam pada yang sama, di dalam bilik tidurnya, Shaqirah menghempaskan badan ke atas tilam. Dengan berbaring terlentang, pandangan matanya yang tajam hanya termenung kosong ke siling. Dadanya berombak seakan-akan ada sesuatu hendak terkeluar dari dadanya. Tiba-tiba dengan kuat dia memukul-mukul bantal di sisinya berulangkali. Diambilnya bantal itu dan ditekupkan ke muka lalu dia menjerit sepuas hati melepaskan geram. Sesudah itu, dia bingkas duduk. Gadis itu mulai menangis sambil menumbuk-numbuk bantal di atas ribanya. Dia menangis kerana tidak tertahan geram yang berbuku di dalam hatinya. Entah kenapa hatinya masih belum reda dengan perasaan benci terhadap Zulaikha. Kelakuan Nadia tadi pula membangkitkan lagi nafsu bencinya. Dia masih belum lega. Last edited by kambeng_masam on 1-12-2012 08:39 AM

Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2012 08:38 AM | Show all posts
akhirnya...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2012 09:31 AM | Show all posts
sambung lg beng

harris dh angau tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2012 10:13 AM | Show all posts
“Assalamualaikum?  Err…..wo ai ni?” sapa budak lelaki itu tanpa mengetahui maksud bahasa cina yang terlancar dari mulutnya. Dia cuma pernah terdengar di televisyen sahaja perkataan-perkataan itu.

Pandangan tajam Zulaikha tadi telah berubah menjadi bulat….atau sebenarnya masih sepet. Dia terkebil-kebil mendengar apa yang telah dicakapkan oleh budak lelaki itu.  Dengan mimik muka yang mencebik Zulaikha mengeluarkan kata-kata kasar,

“Nǐ shì báichī háishì fēngkuáng? (Awak ni Si Bodoh atau Si Gila?)”. Tempiknya lagi, “Pergi!”

        Terkejut dengan tempikan itu…budak lelaki itu pun perlahan-lahan melangkah tanpa melepaskan pandangannya terhadap Zulaikha. Dia tersenyum kepada Zulaikha dan berlalu pergi meninggalkan Secret Garden. Zulaikha masih terkebil-kebil memikirkan apa agaknya yang disenyumkan oleh budak itu tadi?

“Yúrén.. (Si Bodoh)…” gumam Zulaikha sendirian.


So Sweet.......wo ai ni tu kan I love u....
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2012 10:24 AM | Show all posts
Menyedari kesilapannya, Zulaikha berulang kali tunduk dan bangkit menyebut,

“Duìbùqǐ! Duìbùqǐ! Duìbùqǐ! (Maafkan saya! Maafkan saya! Maafkan saya!)” kepada Megat Amir sambil cuba menyapu-nyapu muka budak lelaki itu cuba membersihkan tempekan nasi yang tidak sempat habis dikunyah Zulaikha.

Tengku Nadia tampil menjelaskan keadaan, “Aunt Sofea, Ika ni tak sengaja. Tadi Abang Haris ejek-ejek dia. Sekali bila Amir datang panggil nama “Amoi”  Ika tu ingatkan dia tu Abang Haris yang datang nak ejek dia lagi.”


Baiklah Tengku Nadia nih...bela adik dia walaupun bukn sebangsa....

Tp sian Tengku Amir selalu terkena ngan Zulaikha...Sweet lah pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2012 12:53 PM | Show all posts
kambeng_masam posted on 1-8-2011 11:15 AM
Ahhh sudah! Zulaikha melarikan pandangannya ke dinding. Betul agakannya tadi, Tengku Harris hanya be ...

Jagn Tengku Harris ada hati lak kat Zulaikha...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2012 03:32 PM | Show all posts
kambeng_masam posted on 8-11-2012 02:54 AM
Sementara itu, Shaqirah sedang menonton televisyen ketika Harris dan Nadia masuk ke dalam rumah. Ibu ...

Ini aje ke tuan umah?....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-11-2012 04:24 PM | Show all posts
sellie003 posted on 8-11-2012 10:32 AM
Ini aje ke tuan umah?....

insyaallah ada lagi ni. tgh merangka ayat2 lazim..

tq sebab membaca dan komen. Kalau ada apa2 kritikan membina sila jangan segan mengkritik untuk beng memperbaiki lagi skill menulis dan garapan jalan citer.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2012 05:12 PM | Show all posts
1992

      Musim cuti sekolah penggal terakhir untuk tahun sebelumnya sudah pun berakhir sebulan yang lalu. Kini Zulaikha telah memulakan alam persekolahan di sekolah menengah sebagai pelajar tingkatan satu. Dia kini bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Marang. Sekolah yang sama dengan Nadia, Harris dan Amir.

Dalam sepanjang tempoh itu hubungan dengan neneknya Tengku Aisyah semakin rapat. Wanita berumur separuh abad itu rajin mengajar menjahit dan memasak kepada Zulaikha. Kini Zulaikha sudah semakin pandai menjahit terutama sekali jahitan cross-stitch yang amat diminatinya. Hubungannya dengan Amir juga semakin rapat lantaran remaja lelaki yang bersikap matang itu sering melayan kerenahnya.

Tentang Harris pula, sudah lama Zulaikha tidak bersua muka semenjak berpindah ke kediaman Puteri Sofea. Walaupun hampir setiap minggu Datin Suraya, suami dan anak-anaknya yang lain datang bertandang ke rumah itu, Harris tidak pernah pula mengikuti mereka bersama. Ada sahaja alasannya untuk tidak mahu turut serta. Malahan walaupun dia sering berselisih dengan Harris di sekolah sekalipun, abang angkatnya itu langsung tidak pernah cuba bertegur sapa dengannya. Harris membuatkan keadaan menjadi seolah-olah mereka berdua tidak pernah mengenali antara satu sama lain.

Tidaklah Zulaikha berasa gusar akan hal sedemikian, namun terdetik juga dihati mengapa Harris itu langsung tidak mengendahkan dirinya. Selalunya, kalau dahulu sentiasa ada sahaja gurauan yang menyakitkan hati daripada Harris, namun kini itu semua telah tiada.
Sebahagian otak Zulaikha mengatakan itu adalah bagus. Yang selebihnya pula, perasaan tertanya-tanya sentiasa bermain di dalam fikiran. Hendak dikatakan memberi tumpuan kepada pelajaran, si Harris itu sudah selesai peperiksaan PMR nya. Malah dia pernah mencuri-curi dengar melalui perbualan Amir dan Puteri Sofea, keputusan PMR Harris juga antara yang cemerlang di sekolahnya walaupun budak lelaki itu aktif dalam sukan.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2012 05:14 PM | Show all posts
Pada hari itu semua pelajar diminta menghadirkan diri di padang untuk memberikan sokongan kepada pasukan bolasepak sekolah yang mempunyai perlawanan persahabatan dengan pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan Merchang. Di dalam acara bolasepak peringkat zon, Sekolah pelawat itu adalah merupakan lawan tradisi dan juga dikira musuh ketat kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Marang. Kedua-dua sekolah itu boleh dikatakan sama handal dan kuat. Ramai para pemain berbakat yang mewakili pasukan daerah Marang juga diambil dari kedua-dua sekolah ini. Harris juga telah dua tahun beraksi mewakili pasukan daerah tersebut.
Semasa aksi permainan sedang berlangsung, Zulaikha dan beberapa kawan barunya duduk berkumpul agak hampir di penjuru pasukan pihak lawan.

        “Waaa…hensemnya abang yang pakai baju nombor sepuluh tu! Macam Edika Yusof lah!” kata salah seorang rakan Zulaikha bernama Faezah yang merujuk kepada model lelaki tanah air yang popular ketika itu.

        “Mana? Mana?” tanya seorang lagi rakan bernama Watie.

Dengan pantas jari telunjuk Faezah menunjuk kepada pemain tinggi lampai berjersi nombor sepuluh yang sedang menggelecek bola di padang. Watie terjenguk-jenguk mencari dengan matanya. Zulaikha tidaklah pula mengendahkan langsung. Tidak seperti kawan-kawannya itu, dia langsung tidak berminat dengan perlawanan bolasepak ataupun mana-mana lelaki. Hanya kerana terpaksa sahaja dia duduk disitu.

        “ Laaaa..tu player sekolah lain lahhhh.” keluh Watie.

        “Tak kiralah…janji hensem! Tinggi. Terer main bola. Style lak tu pakai ‘key’ kat tangan. Tu baju dia tulis nama?...Zaini! Hmmm…agak-agak dia dah ada girlfriend tak eh?” Faezah dengan tersengih membalas sambil matanya tidak lepas dari memerhatikan pemain itu.

Zulaikha ketawa dengan perangai tidak semenggah Faezah itu sambil berkata,
        “Entah apa-apaaaaalah awak ni Faezah. Kalau dia takde girlfriend sekalipun macamlah dia nak ngorat awak.” Zulaikha dan Watie seraya ketawa.

        “Eyhhh…..saya yang nak gi ngorat dia!” balas Faezah sambil ketawa.

        “Alaaah..abang yang kapten team kita nombor tujuh tu lagi hensem apa.” Watie menunjukkan kepada Harris yang sedang mengarah-arahkan ahli pasukannya.

Faezah pun terhangguk-hangguk mengiyakan kata-kata Watie. Zulaikha secara sambil lalu sahaja melihat Harris yang menjadi perbualan kawan-kawannya itu.

        “Hmmm…dah ada girlfriend ke belum eyh abang tu?” Faezah spontan bertanya.

        “Hoihh! Dari tadi duk tanya dah ada girlfriend ke belum! Birah sangat dah gayanya!” sergah Watie.

Mereka bertiga ketawa lagi dengan kerenah Faezah yang mudah berasa teruja apabila melihat lelaki kacak.
Dalam masa yang sama di dalam padang berhampiran garisan tepi, Harris sedang lincah menggelecek bola dari satu ke satu pemain benteng pertahanan lawan. Kelihatannya dia mampu melepasi beberapa pemain lawan lantaran gelecekannya yang mengelirukan itu. Akhirnya dia dijejaki oleh pemain lawan bernombor sepuluh yang bernama Zaini tadi. Agak sukar Harris hendak melepasi pemain itu seolah-olah setiap gerakannya dapat dibaca oleh lawan yang sama hebat skil permainannya. Sehinggalah Harris yang suka membolot bola seorang diri itu berasa tertekan lalu dari ruang yang terhad di tepian garisan dia cuba membuat hantaran silang ke tengah padang. Bola yang disepak deras itu tertampan ke betis Zaini lalu kerana refleksi, bola itu memantul keluar dengan laju menuju ke tempat di mana Zulaikha dan kawan-kawannya sedang duduk ketawa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2012 07:38 AM | Show all posts
“DUSHHH!!”

Bola yang sedang melayang deras itu mengenai tepat ke muka Zulaikha menyebabkan dia hampir terlentang ke belakang. Cepat-cepat dia menekup mukanya yang bukan sahaja terasa kebas dan perit akibat impak hentaman bola tadi tadi malah matanya turut rasa berpinar.

Harris yang melihat akan kejadian itu cepat-cepat berlari ke arah Zulaikha, namun pemain lawan berjersi nombor sepuluh tadi sudah terlebih dahulu sampai di hadapan Zulaikha. Harris menghentikan larian, sebaliknya hanya berjalan laju menuju ke arah itu.

        “Awak tak apa-apa?” tanya Zaini perihatin sambil menundukkan badannya berhadapan Zulaikha yang masih menekup wajahnya.
Faezah pula terlopong melihat remaja lelaki tinggi lampai yang perihatin itu. Zulaikha perlahan-lahan membuka tangannya. Darah mengalir dari hidung namun dia tidak perasankannya. Mata Zulaikha sedikit berair seakan mahu menangis dan mukanya merah padam.
Terpaku seketika melihatkan wajah Zulaikha, lalu secara spontan remaja lelaki tadi menanggalkan bandana kain bercorak kumpulan metal ‘Metalica’ di pergelangan tangannya lalu dihulurkan kepada Zulaikha.

        “Ambik ni…..kesat darah kat hidung tu.” Tambah Zaini lagi sambil matanya tidak berkelip melihat wajah Zulaikha yang sudah kemerahan.

Zulaikha kelihatan terkejut apabila mendengar perkataan ‘darah’. Dia menyentuh dan memeriksa darah yang mengalir dari hidung. Disangkakannya hingus pada awal tadi. Zulaikha  memandang remaja ‘gentleman’ itu dan mengambil kain bandana yang dihulur lalu mengesat lelehan darah di hidungnya. Lalu dia mendongak ke atas.

        “Jangan. Jangan dongak, nanti darah tu beku dalam hidung. Buat macam biasa je kasi darah tu kuar habis.” Larang Zaini.
Zulaikha mengangguk faham sambil matanya terkelip-kelip memandang remaja lelaki yang baik hati itu.

        “Sorry yea? Saya tak sengaja tadi. Take care.” Sebelum bangkit berdiri Zaini meminta maaf kepada Zulaikha yang hanya menjawab dengan menganggukkan kepala sekali lagi.

        “Eyhh….mana boleh minta maaf je, kan Watie?” Faezah mengusik Zaini sambil mencuit peha Watie.
Zaini hanya tersengih-sengih sambil turut meminta maaf kepada Watie dan juga Faezah.

Sebaik sahaja Zaini tegak berdiri, Harris pun sampai dan berdiri disebelahnya. Harris kelihatan sedikit terkejut apabila melihat Zulaikha sedang mengesat-ngesat darah di hidung, namun dia tidak berkata mahupun berbuat apa-apa apabila melihat semuanya telah diuruskan dengan baik oleh Zaini.

Zulaikha memandang Harris yang berdiri di sebelah Zaini itu. Dan itulah pertama kali mereka bertentangan mata semenjak kali terakhir Zulaikha meninggalkan rumah Tengku Sulaiman tempohari.
Last edited by kambeng_masam on 9-11-2012 02:41 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Penghantar makanan rugi RM82,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
ultra78Penghantar makanan rugi RM82,000 ditipu
Views : 7400 Replies : 31
Betulkah orang bukan Melayu tak makan kedai Melayu?
YgBenarBetulkah orang bukan Melayu tak makan ke
Views : 5746 Replies : 34
Pempengaruh maut ditembak di restoran
mojarean_XPempengaruh maut ditembak di restoran
Views : 9428 Replies : 2
TERKINI!!! Azam Baki dilantik semula Ketua Pesuruhjaya SPRM
mojarean_XTERKINI!!! Azam Baki dilantik semula Ket
Views : 1665 Replies : 3
‘Dulu RM191, Sekarang RM429’ – Kenaikan Mendadak Cukai Pintu Di Selangor Mengejutkan Penduduk
YgBenar‘Dulu RM191, Sekarang RM429’ – Kenaik
Views : 15155 Replies : 57
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 29283 Replies : 219
comel
rospinkicomel
Views : 7212 Replies : 47
Isteri curang?
Lavender85Isteri curang?
Views : 9609 Replies : 32
tajuk apa yg sesuai
Mrperfect2tajuk apa yg sesuai
Views : 7158 Replies : 33

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 05:15 PM GMT+8 , Processed in 1.339655 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list