CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kambeng_masam

ZULAIKHA [U] Last updated was on 7/7/2013

[Copy link]
Post time 8-4-2011 04:02 PM | Show all posts
permulaan yg menarik.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-4-2011 05:26 PM | Show all posts
Post Last Edit by kambeng_masam at 9-4-2011 02:07

Sudahlah suaminya mempunyai perempuan simpanan, dirinya dan anak mereka pun langsung tidak dipedulikan. Bagi Kim Hanh, tindakannya melarikan diri dari suami adalah suatu perkara yang betul dirasakannya pada waktu itu. Biar suaminya tercari-cari kemanakah hilangnya anak dan isteri. Biar dirasakan bagaimana resahnya hidup tanpa anak dan isteri disisi yang sebelum ini sentiasa ternanti-nantikan kehadirannya di rumah. Rajuk Kim Hanh kini mula terasa bagai memakan diri. Nasihat ibubapanya langsung tidak melekat di telinga ketika dia memaklumkan rancangannya ingin mengikut rakan-rakan lain meninggalkan tanah Vietnam. Ibu muda itu merancang hendak memulakan penghidupan yang baru dan meninggalkan sejarah pahit bersama suami yg pernah dicintai sepenuh hatinya suatu tika dahulu. Merasakan dirinya disia-siakan sebegitu lalu dia bertekad mengikuti kata hati. Berbekalkan barangan kemas termasuk cincin perkahwinannya, itulah yang menjadi bayaran tambang menaiki bot dan rasuah kepada pegawai di pelabuhan Saigon.

        Setelah puas Kim Hanh mengelamun jauh mengingati bagaimana dia boleh berada di atas bot itu, terasa sedikit kesal pula pada dirinya kerana tidak berfikir panjang terlebih dahulu malah hanya menuruti hati dan rajuknya sebagai seorang wanita. Walau apa sekalipun, dia tetap sedar betapa dirinya perlu menguatkan diri mengharung jerit perih yang telah ditempah. Dia merenung ke wajah Ai’ Huang yang sedang dipangkunya. Tangan kanannya membelai rambut anak comel itu dengan usapan-usapan lembut. Dia bersumpah sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan anaknya selamat sepanjang perjalanan merentasi Laut China Selatan. Dia rela berlapar demi menyimpan lebihan makanan yang diberikan oleh orang-orang di sekelilingnya. Kim Hanh sedar dia tidak boleh terus-menerus bersenang hati menggunakan kesempatan itu kerana lambat laun nasibnya mungkin berubah.

        Kim Hanh mengalihkan pandangannya ke luar bot memerhatikan ke ufuk laut kalau-kalau ternampak daratan. Hatinya mengeluh hampa. Tiada apa-apa yang berbeza melainkan ombak yang meninggi sahaja dan alunan permukaan laut itu kelihatan berbuih putih kerana tiupan angin monsun yang menderas setiap jam. Dipaling pula pandangannya ke arah yang lain. Juga tiada tanda-tanda adanya daratan. Kali terakhir dia melihat daratan adalah ketika di pelabuhan Saigon tiga hari yang lepas.

        Cuaca petang yang mendung dan suram di tengah-tengah lautan itu menjadi semakin gelap. Deruan angin yang mulai mendingin itu turut membawa bau udara yang basah menandakan hujan akan menyimbahi haluan bot yang membawa separuh ratus pelarian etnik Cina dari Vietnam itu pada bila-bila masa sahaja. Kim Hanh mulai berasa resah. Terdedah kepada hujan akan membawa kepada keadaan yang lebih buruk. Hatinya gusar memikirkan Ai’ Huang yang perlu dielakkan dari terkena kesejukan air hujan. Tempat untuk para penumpang  berteduh amatlah terhad. Keutamaan diberikan kepada mereka yang mampu membayar lebih kepada tekong bot. Kim Hanh merasakan dia perlu melakukan sesuatu. Dengan bersusah-payah dia bangkit bangun dengan cuba mendukung Ai’ Huang bersamanya. Dia mengorak langkah ke arah sudut yang mempunyai teduhan atap yang hanya beberapa meter sahaja menuju ke bur!tan bot. Setiap langkahnya dilakukan dengan berhati-hati bagi mengelakkan kakinya tersandung dek tubuh-tubuh manusia yang bergelimpangan di atas dek bot. Sambil melangkah, mata Kim Hanh liar memerhatikan pelbagai rupa manusia dan ragam mereka di dalam bot itu. Ada penumpang yang kelihatan amat tua hingga jelas kulitnya berkerepot bagaikan bangkai monyet kering dan ada pula remaja yang sedang sakit teruk.




bersambung......
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2011 06:38 PM | Show all posts
menarik ......... akan cuba baca di waktu terluang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2011 02:01 AM | Show all posts
Post Last Edit by kambeng_masam at 9-4-2011 11:16

Sesampainya di tempat teduhan bot itu Kim Han bersuara kepada salah seorang lelaki yang berteduh di situ.

thứ lỗi cho tôi, cô bé của tôi có thể ở lại đây trong một thời cho đến khi ngừng mưa?
“Maafkan saya, boleh saya tumpangkan anak kecil saya ini berteduh sementara tunggu hujan berhenti nanti?” rayu Kim Hanh mengharap.

        Mereka yang sedang berteduh itu saling berpandangan. Kesemua lelaki itu tidak memberi apa-apa jawapan. Kim Hanh memandang seorang demi seorang meminta belas simpati. Dia mula terasa hampa. Tiba-tiba salah seorang lelaki dari kumpulan itu bingkas bangun. Dan menyuakan kedua tangannya sambil berkata,

cho cô ấy với tôi, tôi sẽ chăm sóc cô ấy một thời gian.”
“Berikan kepada saya, saya akan tolong jagakannya untuk sementara waktu.”

        Kim Hanh tersenyum lega sambil tangannya menyerahkan Ai’ Huang yang sudah mulai terjaga dari tidurnya kepada lelaki budiman itu.

Lelaki itu berkata lagi dalam nada yang tersekat-sekat,
Tôi cũng đã có một cô con gái nhỏ như của bạn trước. Nhưng cô ấy đã chết .... cô bước vào bom mìn.”
“Dahulu…saya juga ada anak perempuan sebaya dengan anak awak….tapi dia dah mati kerana terpijak periuk api”

        Kim Hanh hanya memandang kepada lelaki itu dan cuba menunjukkan simpati. Agaknya mungkin lelaki itu ingin melepaskan rindu kepada anak perempuannya yang telah mati dengan mendukung dan membelai Ai’ Huang. Lelaki itu kelihatan sedikit ceria. Ai’ Huang yang sudah pun terjaga dari tidur sedari tadi mengesat-ngesat matanya lemah. Sudah semakin kurus anak kecilnya itu.

Gruhhhhh!!! Gruhhhhhh!!!” tiba-tiba guruh berbunyi.

        Kesemua mereka yang di dalam bot itu memandang ke langit. Kim Hanh kemudiannya memandang ke sekeliling. Pada pandangannya kemungkinan besar hanya Ai’ Huang sahajalah kanak-kanak yang paling kecil berada di atas bot itu. Ditolehnya kiri dan kanan cuba menelah dari mana datangnya nanti hujan. Belum sempat Kim Hanh habis meneka, sekonyong-konyong turunlah hujan yang lebat menimpa mereka. Dia langsung duduk di lantai bot dan kedua-dua tangannya diangkat ke atas kepala cuba menampan air hujan dari menimpa terus ke ubun-ubunnya. Dia memandang ke arah  Ai’ Huang. Pada fikirnya biarlah sekurang-kurangnya anaknya itu tidak basah. Hujan lebat yang menyimbahi mereka petang itu bagaikan tiada penghujung. Mata Kim Hanh kini tertumpu ke suatu sudut. Dia hanya mampu memandang pilu ke arah seorang ibu dalam lingkungan separuh abad yang sedang cuba melindungi kepala anak lelaki remajanya yang terlantar sakit dan meracau-racau itu dari ditimpa hujan dengan menggunakan helaian kain yang dikoyak dari seluarnya sendiri. Di benak Kim Hanh berfikir barangkali budak remaja itu sedang mengalami demam yang teruk.

        Menjelang terbenamnya matahari di ufuk sebelah barat, hujan sudah mulai terasa reda. Suasana senja berlabuh seperti di dalam drama-drama tidak menjadi kenyataan berikutan petang itu hari sudah hampir gelap diselubungi dek awan hitam. Kim Hanh cuba melelapkan matanya. Terasa dirinya amat letih tetapi sukar untuk tidur di dalam bot yang terumbang-ambing itu. Ai’ Huang kelihatannya sedikit selesa dengan berbaring di atas riba lelaki budiman tadi. Lelaki itu memandang ke arah Kim Hanh setelah terasa dirinya ditenung.

Bạn phải mạnh mẽ. Đối với riêng con của bạn của bạn tốt và. Cũng cần phải nghỉ ngơi ..... tôi tên là Nguyễn Anh Dũng.
“Kamu harus tabah. Untuk kebaikan kamu dan anak ini. Tetapi kamu juga perlukan rehat…nama saya Nguyen Anh Dung,” kata lelaki budiman itu sambil memperkenalkan dirinya.

Kim Anh membalas,
Tên tôi là Kim Hanh. Cảm ơn bạn.”
“Nama saya Kim Hanh. Terima kasih”

        Anh Dung tersenyum mengangguk. Kim Hanh berasa lega dan mula tunduk memejamkan matanya. Sesekali matanya dibuka dan memerhatikan Ai’ Huang yang sudah pun terlena selepas meminum air dan memakan sedikit roti yang disuap oleh Anh Dung. Ditolehnya pula  pandangan ke arah budak remaja yang sedang terlantar akibat demam teruk itu tadi. Racauannya semakin lemah. Ibunya hanya duduk setia disebelahnya tidak berganjak menemaninya. Malam semakin larut. Tiupan angin laut lepas mulai semakin dingin dan deras. Kim Hanh memeluk tubuhnya menahan kesejukan yang menikam ke tulang sambil memejam mata berdoa di dalam hatinya agar malam itu cepat berlalu dan moga nasibnya esok akan berubah menjadi lebih baik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2011 03:14 AM | Show all posts
Post Last Edit by kambeng_masam at 10-4-2011 03:17

Bab 3

       
         Kim Hanh terjaga dari tidurnya apabila terdengar suara laungan seorang perempuan yang berdekatan. Hari mulai cerah. Dia memandang ke arah punca bunyi laungan tersebut. Matanya tertumpu kepada remaja yang sedang terlantar sakit semalam. Ibunya menangis-nangis sambil meneriakkan nama anaknya itu. Dia seakan cuba mengejutkannya supaya bangkit dari tidur. Tiada lagi racauan dari budak itu. Malah hanya mendiamkan diri…matanya tertutup rapat tiada tindak balas. Wajah dan warna kulitnya pula kelihatan pucat. Kim Hanh baru sedar yang barangkali remaja itu sudahpun meninggal dunia. Kesejukan cuaca malam tadi mungkin memburukkan lagi kesihatan remaja itu hingga membawa kematian. Kim Hanh menunduk merenung ke lantai tumpang simpati. Harapan yang dijangkanya semakin cerah semalam kini mulai terasa seperti hanya harapan kosong. Mungkin esok atau lusa pula adalah gilirannya ataupun Ai’ Huang menemui ajal. Menyedari kemungkinan itu dia cepat-cepat mengalihkan pandangannya ke arah Ai’ Huang. Anaknya kelihatan masih tidur lena di atas Anh Dung. Diperhatikannya dada Ai’ Huang meneliti dari jauh ingin memastikan ianya masih bergerak bernafas ataupun tidak. Lega hatinya setelah memastikan anaknya masih masih mampu mengharung perjuangan untuk terus hidup di atas bot itu…sekurang-kurangnya untuk satu hari lagi.

        Belum pun sempat apa-apa, terdengar pula suara salah seorang dari juak-juak bot menjerit-jerit melaungkan sesuatu dari bahagian depan bot. Tidak berapa didengarinya apa yang dilaungkan itu. Beberapa orang dari penumpang-penumpang bot di bahagian depan itu bingkas bangun dan wajah mereka kelihatan cemas. Kim Hanh masih tidak berapa pasti apa yang berlaku. Angin pada pagi itu masih bertiup deras seperti siang semalam. Bot juga masih terumbang-ambing sama seperti semalam dan kelmarin. Suasana semakin gamat. Kim Hanh bingkas bangun cuba mengambil tahu apa yang berlaku. Detik hatinya terfikir adakah mereka sudah sampai ke daratan? Dia bergerak menuju ke tepian bot di sebelah kanan. Kelihatan ada sebuah bot yang asing sedang mendekati bot mereka. Saiz bot itu lebih besar dari bot yang mereka huni. Tidak diketahuinya pula dari mana bot itu datang. Adakah bot itu juga dari Vietnam membawa pelarian seperti mereka ataupun tidak, dia tiada sebarang klu. Bot itu semakin menghampiri bot mereka. Terdapat sebuah bendera berkibar di bahagian paling tinggi pada bot itu yang kurang jelas simbolnya kerana kibaran yang kuat. Warnanya cuma kelihatan hitam dan ada simbol yang kurang jelas. Semakin dekat bot asing itu menghampiri semakin jelas pula bentuk simbol pada bendera hitam itu. Kim Hanh dan beberapa orang lagi yang memerhatikan terkejut besar. Lambang tengkorak!!!

cướp biển! cướp biển! cướp biển!”
“Lanun! Lanun! Lanun!” jerit orang ramai.

        Kim Hanh tiba-tiba berasa cemas dan panik. Begitu juga orang-orang lain di sekelilingnya. Dia cepat-cepat berundur dan terkocoh-kocoh berjalan menuju ke arah Anh Dung yang baru sahaja terjaga dari tidurnya yang diganggu bunyi kecoh dan suasana yang gamat. Anh Dung bangkit berdiri sambil mendukung Ai’ Huang.

        Belum reda suasana gamat dan panik itu tiba-tiba bot yang mereka naiki itu bergegar seperti dihentak oleh sesuatu menyebabkan Kim Hanh terjatuh kerana tidak dapat menyeimbangkan badannya dari impak gegaran itu. Bot lanun yang besar itu tadi telah dengan sengajanya melanggar bot mereka yang lebih kecil. Bukan sebuah sahaja tetapi ada dua buah bot lanun! Sebuah di sebelah kiri manakala sebuah lagi rapat di badan bot mereka di sebelah kanan. Mereka dikepung dan terhimpit di tengah-tengah. Suasana semakin panik tidak tahu apa yang harus dibuat. Beberapa orang penumpang telah tergesa-gesa mengeluarkan barang kemas dalam simpanan mereka dan cepat-cepat sorokkannya di beberapa celah sudut bot.

        Kim Hanh berasa cemas. Ai’ Huang mula menangis ketakutan melihat apa yang berlaku. Kim Hanh cepat-cepat mengambilnya dari dukungan Anh Dung. Kelihatan beberapa orang lanun di sebelah kiri dan kanan sudah mula melompat masuk ke dalam bot mereka. Jumlah mereka semakin ramai memenuhi ruang bot. Dengan muka yang bengis dan garang sambil memegang parang mereka bersuara dalam bahasa yang kurang difahami Kim Hanh. Bunyinya seperti bahasa Thai.

“ทุกท่านที่เข้าพักลง! (Thuk th̀ān thī̀ k̄hêā phạk lng)!” jerit seorang lanun yang berbadan besar sambil membuat isyarat menyuruh duduk.

        Melihat semua penumpang bot terpinga-pinga tidak memahami arahan, lelaki berbadan besar itu terus menghunus parang panjangnya dan merodok perut salah seorang penumpang bot yang berdiri berdekatannya! Semua penumpang menjerit ketakutan dan terus duduk ke lantai bot serta-merta memahami maksud apa yang cuba disampaikan lanun itu. Lelaki yang ditikam itu terduduk melutut memegang perutnya yang berlumuran darah. Sebaik saja parang itu ditarik keluar dari perutnya, badannya terus rebah menyembah ke lantai tertiarap dan mengerang kesakitan. Tiada siapa yang berani memberikan bantuan.

        Lelaki berbadan besar itu mempunyai lengan yang besar seperti tangan ketam. Mukanya bukan sahaja kelihatan bengis dan rambutnya berketak-ketak malah di pipinya terdapat kesan parut lama seperti bekas torehan pisau. Kim Hanh merasakan mungkin lelaki berbadan besar itu adalah ketua lanun. Dia tidak berani memandang ke muka orang itu. Tiada seorang pun yang berani. Teringatkan lelaki yang ditikam perutnya tadi badan Kim Hanh menggeletar ketakutan. Lelaki gasar itu tentu cukup kejam dan tak memerlukan sebab untuk membunuh sesiapa. Kuncu-kuncu lelaki itu mulai memeriksa seorang demi seorang mencari barang-barang berharga. Barangan berharga yang disorokkan oleh penumpang-penumpang yang ketakutan awal-awal tadi turut terdedah seolah-olah lanun-lanun itu dapat membaunya walaupun tersorok. Salah seorang lanun kelihatan sedang memeriksa penumpang-penumpang perempuan. Terpandang sahaja wajah perempuan yang muda-muda, ditariknya rambut memaksa mereka mendongakkan muka ke atas. Lelaki-lelaki gasar itu kini nampaknya menumpukan perhatian kepada bukan sahaja kepada barangan berharga tetapi juga wanita! Menyedari itu Kim Hanh semakin ketakutan. Dipandangnya ke arah Anh Dung sambil cuba menenangkan diri. Anh Dung tidak terkata apa-apa cuma memberi isyarat mata menyuruhnya menundukkan pandangan. Kim Hanh menundukkan mukanya ke lantai sambil memujuk Ai’ Huang supaya jangan menangis.

        Suara lelaki gasar itu semakin dekat. Seorang demi seorang penumpang wanita diperiksanya. Sudah beberapa orang wanita ditarik bangun dan dibawa ke penjuru bot. Mereka semua terjerit-jerit ketakutan ketika ditarik bangun. Ada juga yang cuba melawan dan yang cuba menolong lebih-lebih lagi yang bersama dengan ahli keluarga. Tetapi lanun-lanun itu tidak teragak-agak untuk mengawal keadaan dengan menggunakan parang panjang mereka. Beberapa orang yang cuba menolong turut ditikam dan diterajang kejam. Jantung Kim Hanh berdegup pantas. Apa akan terjadi kepada Ai’ Huang jika dia turut menjadi mangsa? Jika berlaku apa-apa kepadanya bagaimanakah Ai’ Huang yang baru berusia lima tahun itu akan menjaga diri? Dia menatap wajah anaknya yang kurang mengerti apa yang berlaku itu semahunya. Dia mencium-cium dahi dan pipi anaknya. Sekurangnya itu adalah satu-satunya perkara yang boleh dibuat ketika ini. Hatinya tidak tenang.

        Dalam keadaan menunduk ke lantai Kim Hanh terpaku apabila tiba-tiba dua kaki yang tidak berkasut berhenti di depannya. Dia terus menunduk tidak berani mendongak. Degupan jantung semakin deras. Terasa rambutnya dicapai dan ditarik kuat memaksanya mendongak ke atas. Lelaki gasar itu tersengih menunjukkan gigi yang berkarat. Lelaki itu berkata sesuatu di dalam bahasa Thai.

“ดี .. ดี .. ดี .... สิ่งที่เราได้ที่นี่ แองเจิล! ลุกขึ้น! ( Dī.. Dī.. Dī.... S̄ìng thī̀ reā dị̂ thī̀ nī̀ Xæng ceil! Luk k̄hụ̂n)!” lelaki gasar itu berteriak menengking Kim Hanh.

        Tidak memahami apa yang dijeritkan oleh lelaki itu tetapi Kim Hanh meletakkan Ai’ Huang ke lantai sambil menangis. Rambutnya ditarik terik ke atas membuatkan dia terpaksa bangun berdiri. Anak kecilnya itu turut menjerit-jerit menangis mahukan ibunya. Anh Dung cepat-cepat menerpa memeluk Ai’ Huang mungkin risau kalau-kalau anak itu dibunuh kejam pula oleh lanun keparat itu. Kim Hanh ditarik rambutnya dan diheret ke arah tempat mangsa-mangsa wanita lain dikumpulkan.

Dalam keadaan menangis dia menjerit ke arah anaknya, “Đừng khóc em bé của tôi! Tôi sẽ không được lâu! Anh Dũng! Hãy chăm sóc trẻ em của tôi! (Jangan menangis anakku! Ibu takkan lama! Anh Dung! Tolong jagakan anak saya!”

        Anh Dung mengangguk faham. Didakapnya Ai’ Huang rapat ke dadanya. Anak kecil itu berterusan menangis dan menjerit-jerit. Hati Anh Dung luluh melihat ini berlaku. Ianya sesedih ketika dia melihat anak perempuannya yang sebaya Ai’ Huang mati serta-merta akibat terpijak bom periuk api dengan mata kepalanya sendiri beberapa bulan sudah. Dia kini tidak pasti apa yang akan berlaku kepada Kim Hanh.

        Setelah dikumpulkan sekumpulan wanita muda dan diikat tangan mereka, lelaki-lelaki gasar itu kemudiannya memaksa kumpulan wanita malang ini bergerak ke sisi bot. Kim Hanh tidak terkecuali. Dalam teresak-esak menangis dan ketakutan sehingga terkencing di dalam seluar dia memandang ke arah anak kecilnya yang terjerit-jerit berteriak memanggilnya. Ibu manakah yang tidak runtuh jiwanya apabila dipisahkan dari anaknya sedemikian rupa.



Bersambung......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2011 03:18 AM | Show all posts
Post Last Edit by kambeng_masam at 10-4-2011 03:20

Lanun-lanun itu menolak-nolak kumpulan wanita itu terus menaiki bot besar yang telah ditambat rapat kepada bot kecil mereka. Hendak dilawan takut pula dibunuh. Mereka terpaksa mengikut kemahuan lelaki-lelaki gasar itu. Kim Hanh dan wanita tawanan yang lain sudah berada di atas bot lanun. Mereka ditarik dan dipaksa duduk di atas lantai dek bot. Kim Hanh sudah terpana. Ini adalah pengalamannya yang paling menakutkan….terpisah dari anaknya. Dia tidak langsung memikirkan apa yang bakal terjadi kepada dirinya. Cuma asyik terpikirkan akan nasib anaknya. Dia berasa amat menyesal meninggalkan kampung halamannya. Jika tidak ini semua tidak akan terjadi. Namun, sesalannya tiada guna. Harapannya ialah agar Anh Dung akan menjaga Ai’ Huang sebaiknya.

        Bot-bot itu semua masih bertambat. Ketua lanun yang berbadan besar dan berparut di pipinya itu datang menghampiri kumpulan tahanan wanita itu. Memeriksa satu persatu wajah mereka dengan memegang rahang wanita-wanita itu dengan kasar dan membelek-belek kiri dan kanan seolah-olah hendak membeli lembu di pasar. Apabila sampai di depan Kim Hanh, lelaki besar itu berhenti dan memandang ke atas dan ke bawah. Di belek pula bahagian belakang badan Kim Hanh memerhatikan bentuk punggungnya. Dia tersenyum. Kim Hanh hanya menangis. Kim Hanh ditarik keluar dari kawanan tahanan itu. Tangannya direntap dipaksa mengikuti ketua lanun itu ke suatu sudut di atas dek bot itu. Kim Hanh cuba melawan dan meleraikan pegangan kemas lelaki itu. Tetapi ianya sia-sia sahaja. Kim Hanh tidak berdaya hendak melawannya apatah lagi dengan keadaan fizikalnya yang lemah. Seluar Kim Hanh direntap terlucut dari pinggang. Terjerit-jerit Kim Hanh yang mula menyedari apakah bala yang bakal dihadapinya. Namun apakan daya dia hendak melawan. Punggungnya yang putih mulus itu terdedah. Kumpulan lanun yang memerhatikan perbuatan ketuanya itu hanya ketawa beramai-ramai seolah sedang melihat pertunjukan hiburan di pasar.

        Kedua-dua tangan Kim Hanh telah terikat ke belakang. Lelaki gasar itu dengan pantas dan kasar menjatuhkan Kim Hanh ke depan memaksanya berada dalam keadaan melutut. Ditariknya belakang rambut dan ditolaknya kepala Kim Hanh ke lantai bot. Kim Hanh hanya mampu menjerit-jerit memohon diberi belas kasihan. Seorang kuncu lanun datang membantu ketuanya dengan menekan kepala Kim Hanh terus menepek di lantai dengan tapak kakinya sementara lelaki berbadan besar dan berparut di mukanya itu membuka seluarnya sendiri. Kim Hanh yang dalam keadaan tertonggeng itu hanya mampu terus berteriak. Belum sempat ketua lanun itu hendak menjamah punggung Kim Hanh, satu terjangan kaki ke belakang oleh wanita itu telah menyinggah tepat ke kemaluan ketua lanun tersebut. Lelaki jahat itu tertunduk menjerit dan menahan kesakitan.

         Entah dari mana datangnya kekuatan, Kim Hanh berjaya bangkit dan cuba melarikan diri. Namun dengan pantas seorang lanun berjaya menarik tangannya dan tidak semena-mena Kim Hanh merasakan ada sesuatu yang asing telah memasuki ruang perutnya. Dia memandang ke arah perutnya yang terasa ngilu. Sebilah parang telah melekat dalam tubuhnya dengan hulunya masih digenggam kemas oleh lanun itu. Dia dapat merasai kesejukan besi bilah parang itu di dalam perutnya. Di saat itu tiada apa yang bermain di fikirannya Cuma Ai’ Huang….dan suami yang pernah dicintainya dahulu. Terkedip-kedip mata Kim Hanh sedang mengingati saat-saat bahagianya ketika bercinta dengan suaminya dahulu. Di matanya ketika itu hanya dua wajah yang muncul; Ai’ Huang dan suaminya yang ditinggalkan. Darah membuak-buak keluar dari perut Kim Hanh tatkala lanun itu menarik keluar rodokan parang jahanam itu.

          Matanya mulai layu….tubuhnya rebah ke lantai. Dalam nyawa-nyawa ikan sebegitu Kim Hanh mengalirkan air mata. Tidak mampu berkata-kata lagi. Hanya terasa badan semakin sejuk….dunia semakin gelap….air mata mengalir laju…selaju darah merah pekat yang mengalir dari perutnya melinangi lantai bot itu. Mata Kim Hanh perlahan-lahan rapat dan tertutup tidak bergerak lagi di saat dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.



Bersambung......
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-4-2011 04:42 PM | Show all posts
Post Last Edit by kambeng_masam at 11-4-2011 22:46

Bab 4


        Ai’ Huang terus menangis menjerit-jerit melihat ibunya dipaksa meninggalkan bot yang mereka naiki. Itulah kali terakhir dia melihat ibunya. Anh Dung masih dalam keadaan tercengang. Seperti tidak percaya dengan apa yang telah berlaku. Sesungguhnya hari itu adalah hari yang paling malang buat mereka semua selama di dalam perjalanan dari pelabuhan Saigon. Kesemua lanun-lanun mula meninggalkan bot itu setelah segala barangan beharga dirampas dan membawa bersama mereka wanita-wanita malang yang ‘terpilih’. Sebaik bot-bot lanun itu mula menjarak dari bot mereka Anh Dung segera bangun berdiri dan melihat ke arah bot yang telah membawa Kim Hanh dan beberapa tahanan wanita yang lain. Dia tidak nampak langsung kelibat Kim Hanh di antara barisan wanita yang ditahan. Ai’ Huang berterusan menangis sambil kedua-dua tangannya menggapai ke arah bot yang membawa ibunya tadi.

        Kesemua mereka masih berada di dalam keadaan terkejut. Masih terkejut dengan kekejaman lanun-lanun celaka itu tadi. Selepas semua orang memeriksa keadaan antara satu sama yang lain, tekong bot kembali memulakan perjalanan. Mereka bersepakat untuk mencampakkan sahaja tubuh-tubuh yang sudah tidak bernyawa ke dalam laut untuk mengelakkan penyakit berjangkit jika terus dibiarkannya busuk dan berulat di atas bot.

        Anh Dung kini terpaksa menjaga anak kecil yang didukungnya itu. Seolah-olah dia diberikan peluang oleh Tuhan untuk mendapat ganti anak perempuannya yang telah mati. Jiwa lelaki Anh Dung menjadi longlai. Di benaknya memikirkan nasib Kim Hanh yang lebih malang. Fikirnya kemungkinan besar wanita itu akan dijadikan pelacur di mana-mana daerah di Thailand. Namun dia tidak mengetahui apa yang telah berlaku kepada Kim Hanh. Ditatapnya wajah Ai’ Huang yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri.

        Ai’ Huang sudah pun berhenti menangis setelah beberapa jam bot itu memulakan kembali perjalanan mereka. Dia tertidur tidak bermaya. Tubuhnya hanya dibaluti seluar pendek dan baju t-shirt yang sudah dipakai sejak beberapa hari lalu.
        Tengahari itu berlalu dengan suasana suram walaupun cuaca terang.

******************************************************************************************************

        Suara bising orang-orang di dalam bot menarik perhatian Anh Dung dan Ai’ Huang.

bãi biển! bãi biển! ( Pantai! Pantai!)” jerit salah seorang dari mereka yang sedang riuh itu dengan nada gembira.

        Anh Dung mulai tersenyum. Di pandangnya Ai’ Huang cuba menceriakan kanak-kanak kecil itu. Dalam masa yang sama Anh Dung tersenyum pahit memikirkan betapa nasib Kim Hanh hampir menjadi cerah sekiranya dia tidak diculik oleh lanun-lanun pagi tadi.

        Bot mereka terus melanggar pasiran Pantai Kemasik yang terletak di daerah Kemaman. Semua orang mula mengemaskan barangan mereka dan melompat turun ke daratan berpasir itu. Masing-masing tidak mengetahui pantai di negara manakah mereka mendarat itu. Setelah beberapa jam mereka disitu beberapa orang penduduk tempatan mulai hadir dan mengerumuni mereka dan bertanya pelbagai soalan dalam bahasa yang asing kepada 'orang-orang bot' dari Vietnam itu. Ternyata para penduduk tempatan itu amat ramah. Setelah mereka diberikan bantuan dari segi makanan dan pakaian oleh penduduk-penduduk kampung, pihak berkuasa pun tiba dan membuat persediaan untuk pemindahan.

        Kesemua mereka telah dipindahkan ke sebuah penempatan kem pelarian Vietnam di Pulau Bidor yang terletak beberapa puluh kilometer dari pantai Terengganu.

*****************************************************************************************************
        Ai’ Huang semakin sihat setelah beberapa minggu tinggal di dalam kem pelarian itu. Sukarelawan UNHCR amat menjaga kebajikan mereka di situ terutamanya terhadap kanak-kanak. Di tengah-tengah kesibukan para sukarelawan itu melakukan rutin harian kedengaran ada sesuatu yang luar dari kebiasaan di kem itu. Lawatan dari rombongan kerabat DiRaja Terengganu memecah suasana kem itu. Didalam rombongan itu selain dari tengku Mahkota Terengganu dan ramai lagi kerabat dan orang-orang kenamaan, terdapat juga sepasang suami isteri bernama Tengku Dato’ Sulaiman dan Datin Puteri Suraya yang juga menyertai lawatan kemanusiaan itu. Mereka berdua kelihatan seperti pasangan yang budiman.

        Ai’ Huang ketika itu sedang melukis sesuatu di sisi Anh Dung yang sudah dianggap seperti ayahnya sendiri. Dia kelihatan lebih gembira berbanding ketika di atas bot selama seminggu sebelum ini. Pun begitu memorinya masih teringatkan ibunya yang hilang diculik lanun-lanun Thailand.

        Ketika itu seorang sukarelawan wanita yang bertugas mula menghampiri Ai’ Huang dan Anh Dung bersama-sama dengan Tengku Dato’ Sulaiman dan isterinya Datin Puteri Suraya.

This is Ai’ Huang… Tengku Dato’. Her mother been kidnapped by pirates. Right now she’s being taken care off by this gentleman. His name is Nguyen Anh Dung” sukarelawan itu memperkenalkan Ai’ Huang dan Anh Dung kepada pasangan kerabat Diraja itu.

Anh Dung tersenyum sambil memberikan tunduk hormat memandang kepada pasangan itu. Ai’ Huang pula leka dengan melukis sesuatu di atas kertas tidak memperdulikan sesiapa.

Datin Puteri Suraya membongkokkan badannya seraya menegur Ai’ Huang, “What are you drawing little princess?”

Datin Suraya memberikan senyuman kepada Ai’ Huang. Ai’ Huang hanya memandangnya sekilas lalu dan meneruskan dengan menyiapkan lukisan. Datin Suraya hanya tersenyum dan cuba melihat apa yang dilukiskan kanak-kanak comel itu.

        Hati Datin Suraya sedikit tersentuh dengan apa yang dilihatnya. Ai’ Huang telah melukis rupa seorang wanita dan seorang kanak-kanak perempuan yang saling berpegangan tangan. Lukisan itu hanyalah seperti cakaran pensel warna seorang kanak-kanak berusia lima tahun tetapi gambaran itu cukup jelas merujuk kepada Ai’ Huang dan ibunya yang kini telah tiada bersama. Datin Suraya tersenyum pahit cuba memahami perasaan Ai’ Huang. Dia menoleh ke arah suaminya yang memerhatikan gerak-gerinya sedari tadi.

I think she’s the one. I like her very much!” Datin Suraya berkata kepada suaminya dan sukarelawan itu tadi.

Anh Dung tercengang lalu berdiri dan bertanya kepada sukarelawan wanita itu, “What she wants?” dengan pelat Cinanya dia berbahasa Inggeris lagi, “Ai’ Huang is like my daughter….don’t take her away from me please! I lost my child once!” rayu Anh Dung yang mula menyedari tujuan kedatangan pasangan itu.

        Tengku Sulaiman dan Puteri Suraya saling berpandangan dengan sukarelawan tersebut. Dengan nada serba salah sukarelawan itu meminta ruang daripada pasangan itu untuk bercakap sendirian dengan Anh Huang.

I know she’s like your daughter ….and I know you love her very much. But we don’t know how much longer it’ll take to get approval for both of you to be sent to the third country. It may take… like years!”

Wanita sukarelawan itu sambung lagi, “For this girl’s sake… let she get her good chances by living with these rich noble people. She needs a family! You can get her back once you’ve been transferred to the US or Canada later on.” Wanita itu cuba meyakinkan Anh Dung.

        Otak Anh Dung sedang memproses penjelasan wanita itu. Dia akui akan kebenaran kata-kata itu. Dia menjeling kepada Ai’ Huang dan kemudiannya kembali memandang wanita itu.

Dia bertanya, “I can get her back later right?!”

Wanita itu menjawab, “I promise you… she would have a good living with them…you’ll not regret.” Dia cuba meyakinkan lagi Anh Dung yang kelihatan hampir setuju itu.

Anh Dung mengangguk perlahan tanda setuju. Dia menoleh kepada Ai’ Huang yang sedang duduk bersama Datin Suraya. Dia merasakan ini adalah yang terbaik untuk kanak-kanak itu. Dia layak untuk mendapat peluang yang lebih baik.

        Setelah segala dokumen disiapkan oleh petugas sukarela itu, Ai Huang telah diambil sebagai anak angkat oleh Tengku Dato’ Sulaiman dan Datin Puteri Suraya. Dia telah dibawa keluar dari kem itu dan pergi bersama pasangan kerabat itu meninggalkan Anh Dung yang cuma mengharapkan yang terbaik buat Ai’ Huang.

Apa yang Anh dung tidak ketahui ialah…ianya akan mengambil masa yang terlalu lama baginya untuk bertemu semula dengan Ai’ Huang.



Bersambung lagilah pulaok!......
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2011 07:40 PM | Show all posts
ni kisah benar ke? xmcm rekaan semata2....
sayu hati jap membaca...
ni kisah mak syafikah ye???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2011 09:00 PM | Show all posts
next..huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2011 10:42 PM | Show all posts
ni kisah benar ke? xmcm rekaan semata2....
sayu hati jap membaca...
ni kisah mak syafikah ye???
merahsilver Post at 11-4-2011 19:40


yeszaaaa...kisahnya mak si syafika...  yang mana satu mak dia ..kita akan tau bila masuk kat Bab 5 nanti

kisah rekaan...or real....hmmm.....yang real experience ada la sket2 kot bau-bau kentut gitu.....yang rekaan pun ada campur dengan sedikit effortless research....kiranya memoir+rekaan laaaa.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2011 11:23 PM | Show all posts
Reply 30# kambeng_masam


    curlast penulisan beng

bau2 kentut?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2011 12:08 AM | Show all posts
Reply  kambeng_masam


    curlast penulisan beng

bau2 kentut?
jingga007 Post at 11-4-2011 23:23


tq...minta tunjuk ajar....ambil galah tolong jolokkan...

bau2 kentut je....sikit tapi kuat...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2011 12:11 AM | Show all posts
tq...minta tunjuk ajar....ambil galah tolong jolokkan...

bau2 kentut je....sikit tap ...
kambeng_masam Post at 12-4-2011 00:08



    ai pun tak reti sgt menulis novel ni lagi...masih lagi belajar katanya utk tulis menulis ni

ekekekeke , harap tak bau busyuk satu bod ni ye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2011 12:44 AM | Show all posts
Post Last Edit by kambeng_masam at 21-4-2011 01:36

Bab 5




        Ai’ Huang memerhatikan ruang dalaman kereta yang dinaikinya. Tidak pernah dia menaiki kereta sebesar itu. Malah dia sendiri pun tidak ingat bilakah kali terakhir dia menaiki kereta. Yang pasti ianya kelihatan cukup mewah. Dia masih tidak mengerti kemanakah dia dibawa dan kenapa Anh Dung tidak mengikutinya sekali.

Ai’ Huang menoleh kepada Datin Suraya dan bertanya, “nơi mà chúng ta đang đi? Tại sao Bác Anh Dũng đã không tham gia chúng tôi? (Kemana kita hendak pergi? Kenapa pakcik Anh Dung tak ikut sama?)

Datin Suraya hanya tersenyum cuba memahami apa yang ditanya oleh Ai’ Huang yang sedang terpinga-pinga. Datin Suraya hanya menunjukkan isyarat tangannya yang menunjuk ke arah diri sendiri dan dengan menggunakan jarinya dia membuat lukisan udara berbentuk rumah di depan Ai’ Huang. Agak kelihatan janggal dan menyebabkan Tengku Sulaiman hanya tergelak kecil melihat isterinya yang cuba berkomunikasi dengan Ai’ Huang bagaikan ayam dan itik. Tetapi sekurang-kurangnya Ai’ Huang seakan memahaminya. Dia hanya mengangguk teragak-agak.

Ai’ Huang bertanya sekali lagi tetapi kali ini dalam bahasa Cina pula, “Wǒmen yào qù nǎlǐ? Wèishéme shūshu yìng ruǎnjìnyǒng méiyǒu jiārù wǒmen ma? (Kemana kita hendak pergi? Kenapa pakcik Anh Dung tak ikut sama?)” dia mencuba nasib berharap kali ini orang-orang yang asing baginya itu boleh berbahasa sama dengannya.

Datin Suraya tersenyum lagi kepada Ai’ Huang. Kali ini dia tidak melakukan sebarang aksi lagi dengan tangannya.
Datin Suraya berkata kepada suaminya, “Ku, nampak gayanya kita pulak yang kena belajar cakap Cina ni nanti” sambil ketawa kecil dia menyambung lagi, “Kena ajar cakap melayu la budak ni.”

Tengku Sulaiman hanya tersenyum setuju.

        Setelah mereka membeli beberapa persalinan pakaian untuk Ai’ Huang di sekitar bandar Kuala Terengganu, kereta BMW 735i itu terus meluncur laju menuju ke arah rumah banglo pasangan kerabat Terengganu itu di kawasan Pantai Marang.

        Sebuah rumah banglo yang tersergam indah menanti kehadiran kereta mewah itu. Di pintu masuk ke perkarangan rumah banglo itu tertera tulisan “Villa Seri Kemunting”. Ai’ Huang hanya ternganga melihat permandangan sekeliling halaman banglo itu dari dalam kereta. Dia cukup tertarik dengan taman bunga di halaman rumah besar itu. Tidak pernah dia lihat permandangan sebegini di dalam kawasan rumah. Di tempat asalnya, permandangan yang penuh dengan warna-warni bunga sebegitu banyak dilihat di kawasan berbukit-bukau di daerah Da Lat, beratus kilometer ke utara Ho Chi Minh. Dia pernah di bawa ke situ bersama ibubapanya dahulu.

        Mengenangkan itu, Ai’ Huang segera teringatkan ibunya. Kalaulah ibunya berada bersamanya sekarang tentu dia cukup gembira melihat bunga-bunga yang berwarna-warni di sekelilingnya. Ai’ Huang masih ingat bagaimana gembiranya ibu apabila ayahnya menghulurkan jambakan bunga yang dipetik dari kawasan bukit di Da Lat. Mereka sekeluarga cukup gembira ketika itu. Air matanya mulai menitis tatkala Datin Suraya membuka pintu kereta dan hendak keluar sambil menoleh ke arah Ai’Huang. Dia tersenyum dan duduk semula di kerusi kereta itu. Lalu disekanya air mata Ai’ Huang yang membasahi pipi itu. Datin Suraya membawa Ai’ Huang keluar dari kereta. Dia kemudiannya duduk bertinggung searas dengan ketinggian Ai’ Huang di tepi pintu belakang kereta BMW itu.

Dia berkata, “Ai’ Huang….sekarang sayalah mama kamu” lalu dipeluknya Ai’ Huang yang sedang menangis perlahan itu.

Cuba meredakan kesedihan Ai’ Huang. Bagaikan dia mengerti punca Ai’ Huang bersedih.






Sambung lagi la ewahhhh.......
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2011 09:21 AM | Show all posts
thanks beng........ ada masa sambung lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2011 10:44 AM | Show all posts
Post Last Edit by kambeng_masam at 12-4-2011 10:53

Dia berkata, “Ai’ Huang….sekarang sayalah mama kamu” lalu dipeluknya Ai’ Huang yang sedang menangis perlahan itu.

        Datin Suraya cuba meredakan kesedihan Ai’ Huang. Bagaikan dia mengerti punca Ai’ Huang bersedih. Nalurinya sebagai seorang ibu turut luluh mengenangkan perkara yang telah berlaku terhadap Ai’ Huang dan ibunya. Adalah hal yang lebih menyedihkan sekiranya dia tahu ibunya Ai’ Huang; Kim Hanh telah dibunuh lanun. Dipisahkan hubungan antara dua anak-beranak adalah suatu penyiksaan batin baik secara paksa mahupun secara rela, ibarat mencabut kuku dari jari. Dia sengaja memilih Ai’ Huang untuk dijadikan anak angkat. Dia telah dinasihatkan oleh pakar gynaecology supaya tidak mengambil risiko untuk mengandung lagi selepas melahirkan ketiga-tiga anaknya melalui kaedah Caesarean. Lebih lagi pula, baginya Ai’ Huang adalah seorang kanak-kanak perempuan yang cukup comel walaupun kali pertama dia terlihat Ai’ Huang yang ketika itu memakai pakaian yang comot dan lusuh ketika di kem pelarian Pulau Bidor.

        Tengku Sulaiman hanya memerhatikan adegan ibu dan anak itu dari jauh. Dia sudah berada di pintu masuk utama ke ruang dalam rumah. Dia tersenyum memandang isterinya yang kelihatan mungkin sedih bercampur gembira itu. Sudah lama isterinya berhasrat untuk memiliki seorang lagi anak kecil. Dia cuma menuruti kehendak isterinya sahaja. Tidak ditentang dan tidak juga teruja sepertimana isterinya. Namun tidak pula bermaksud dia kurang senang dengan kehadiran Ai’ Huang. Mungkin jiwa seorang lelaki tidak begitu memahami perasaan, kehendak dan naluri seorang wanita sepenuhnya. Sekurang-kurangnya dia bukanlah lelaki yang terlalu ego. Ketika mengikuti rombongan Diraja tadi, sesampainya mereka ke kem pelarian itu, isterinya terus menyuarakan niat untuk mengambil anak angkat dari kalangan etnik Cina-Vietnam itu. Ramai ‘calon’ yang telah dilihat pada awalnya. Namun sebaik sahaja terlihat Ai’ Huang, hati isterinya terus terpaut dan tahu-tahu, anak kecil itulah yang mereka bawa bersama balik ke rumah.

        Datin Suraya memimpin Ai’ Huang masuk ke dalam rumah. Ai’ Huang hanya terlopong melihat betapa besarnya rumah itu. Sebelum memasuki rumah itu dia memandang semula ke belakang melihat-lihat jika ada kelibat ibunya; Kim Hanh. Takut-takut jika ibunya mencarinya di sini nanti dia tidak kelihatan pula kerana berada di dalam rumah orang yang tidak berapa dikenalinya itu. Setelah dipastikan ibunya memang benar tiada di situ barulah dia melangkah masuk ke dalam rumah.

        Dia memerhatikan keadaan sekeliling dalam rumah besar dua tingkat itu. Sedang memerhatikan keadaan sekeliling matanya terhenti di suatu sudut di ruang tamu. Dia melihat ada tiga orang budak sedang berdiri menunggu kehadiran mereka.

Mama belikan apa-apa tak untuk Shaq?” tanya salah seorang budak perempuan yang kelihatannya paling besar di antara ketiga-tiganya itu.

Ai’ Huang hanya memerhatikan budak itu datang ke arah mereka dan segera memeluk wanita baik yang memujuknya tadi itu.

        Datin Suraya segera memanggil ketiga-tiga budak itu. Ai’ Huang dapat merasakan budak-budak itu adalah anak-anak kepada wanita dan lelaki budiman yang membawanya ke rumah besar itu.

Siapa budak cina ni mama?” tanya Tengku Shaqirah sambil menjeling hairan ke arah Ai’ Huang.

Sambil tersenyum, “Shaq…Haris…Nadia…start dari sekarang Ai’ Huang akan jadik adik bongsu kamu..okay? ” Datin Suraya memperkenalkan Ai’ Huang kepada anak-anaknya.

Mata Ai’ Huang hanya berkedip-kedip tidak pasti apa yang disembangkan oleh mereka anak-beranak. Dia melihat budak-budak itu memerhatikan dirinya seolah mahu membelek keliling badannya.

Ohh…satu lagi…Ai’ Huang ni tak pandai cakap melayu…dia boleh cakap Cina dengan Vietnam je tau…nanti Shaq kenalah ajarkan dia cakap English dengan melayu eh?” jelas Datin Suraya.

Wow! Cool! Nanti bolehlah Nadia belajar cakap Cina pulak dari Aik Kuang ni kan?!” girangnya Tengku Nadia yang merupakan anak bongsu Tengku Sulaiman dan Datin Suraya yang berumur tujuh tahun tidak menyedari sebutan nama Ai’ Huang salah disebutnya.

Bukan Aik Kuang la….nama dia Taik Kurang! Hahaha…Kalau Nadia belajar cakap Cina kan… nanti berak tak basuh… Orang Cina kan tak basuh berak?! Hahaha!” gelaknya si Tengku Haris yang berumur sembilan tahun mengejek Tengku Nadia dan secara tak langsung juga mengejek Ai’ Huang yang tak mengerti apa-apa.

Mengada! Mulut jahat! Mama tengok Haris ni!” Tengku Nadia memukul bahu abangnya itu dengan muka yang merah sambil mengadu kepada ibunya.

          Ai’ Huang Cuma tersenyum sahaja menahan ketawa melihat tingkah-laku Tengku Haris dan Tengku Nadia yang baginya agak kelakar dengan gaya muka mereka sedang berkelahi tanpa menyedari dia adalah mangsa ejekan Tengku Haris. Tengku Shaqirah hanya memerhati kelakuan adik-adiknya itu.

Apa yang ko gelak?! Ko paham ke?! Elehh…berak tak basuh.” tanya Tengku Shaqirah yang berumur 13 tahun itu dengan nada mencebik kepada Ai’ Huang yang sedang menahan ketawa itu.

Ai’ Huang terus terdiam. Walaupun dia tidak memahami sepatah haram pun apa yang dikatakan Tengku Shaqirah namun dia menyedari budak perempuan yang paling besar itu seakan tidak menyenanginya.

Enough is enough!” marah Datin Suraya, “Mama dah cakap anggap Ai’ Huang ni macam adik-beradik sendiri okay! Tanak main ejek-ejek macam tu! Tak baik! Ai’ Huang ni takde mak takde ayah. Mak dia kena culik dengan lanun kat laut tu! Entah hidup lagi ke dah mati! Kalau mama mati nanti macamana? Nak suka-suka jugaklah ye?” marah Datin Suraya sambil mencebik bibirnya.

Mulai dari sekarang jugak…..nama melayu Ai’ Huang ialah….ZULAIKHA. Paham?! Panggil dia nama Zulaikha. And please stop main ejek-ejek nama orang yea, Yang Mulia Tengku Haris!” marah Datin Suraya sambil menjegilkan matanya yang dituju kepada Tengku Haris.

Tengku Sulaiman sambil berjalan melalui sebelah isterinya dan berkata, “You’ve been thinking this earlier before ..don’t you?” tersengih Tengku Sulaiman kepada isterinya kerana teringatkan impian isterinya itu yang cukup berkenan dengan nama ‘Zulaikha’ sejak dari dahulu lagi.



Bersambunglah lagi pulok weh!......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-4-2011 12:20 AM | Show all posts
Post Last Edit by kambeng_masam at 14-4-2011 00:22

Malam sudah larut. Deruan ombak di pantai yang berdekatan masih dapat didengari. Ai’ Huang atau nama barunya Zulaikha tidak dapat memejamkan matanya. Semalam dia masih lagi berada di kem pelarian yang serba kekurangan. Tetapi hari ini semuanya bagaikan mimpi yang tak pernah dijangkanya. Dia masih belum habis meneroka sepelusuk isi rumah besar itu mahupun di luar sana. Cuma dia boleh menjangkakan di sekitar rumah itu ada pantai yang berdekatan.

        Zulaikha sudah pun berbaring di atas katil dan berselimut. Dia menjeling ke sebelahnya pula melihat Tengku Nadia sedang tidur nyenyak berpelukan dengan patung beruangnya. Mereka berdua berkongsi bilik dan katil besar yang sama. Itu bagus; fikir Zulaikha. Memandangkan budak perempuan yang paling besar itu tadi tidak berapa menyukainya, dia berasa lega tidak berkongsi bilik dengan orang yang dirasakan berwatak ‘si garang’ itu. Dia berbaring mengiring dan cuba memejamkan matanya. Wajah ibunya datang menjelma. Dia teringatkan renungan mata ibunya yang tepat ke arahnya dan dengan sedikit senyuman terakhir sebagai bekal untuk dia lebih tabah. Perasaan rindunya masih tidak terubat. Perasaan sedihnya tidak baluti dengan kehangatan. Malam itu Zulaikha tidur dengan air mata yang berlinangan.

**********************
Keesokan paginya....

Amoi…bangunlah! Dah pagi ni!” kejut Tengku Nadia.

Bùyào dǎrǎo wǒ ..(jangan kacaulah..)” balas Zulaikha sambil matanya masih terpejam.

BANGUNNNN!!!” kali ini Tengku Nadia menggoyangkan tubuh Zulaikha dengan kuat.

Aishhh!!! Bùyào jiān jiào wǒ!... Wǒ bùshì lóngzi! (Janganlah jerit-jerit!... Saya belum pekak lah!)” bentak Zulaikha sambil bangkit dari tidur dan duduk bersila di atas katil. Matanya yang sepet terpejam rapat itu mula dibukanya perlahan-lahan.

Ehhh! Wei! Amoi! Kencing malam…tak malu!” kata Tengku Nadia sambil menuding jari telunjuknya  ke arah seluar yang dipakai Zulaikha. Disambungnya lagi, “Habis basah satu tilam dengan selimut ni tau!” marah si cilik Tengku Nadia itu.

        Zulaikha tidak faham apa yang dikatakan oleh Tengku Nadia tapi turut memandang ke arah seluarnya….yang lencun itu. Diangkat pandangannya ke muka Tengku Nadia. Dengan wajah muka bersalah, bernada perlahan Zulaikha berkata, “Duìbùqǐ..jie jie.(minta maaf...kakak)”.



Bersambung.....bizi sket ar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2011 03:46 PM | Show all posts
Post Last Edit by kambeng_masam at 14-4-2011 23:33

Di suatu petang di ruang tamu di Villa Seri Kemunting….

A…for APPLE!” Tengku Shaqirah sedang mengajar Zulaikha menyebut perkataan dalam bahasa Inggeris.

A…for …APPOL..” ikut Zulaikha dengan kepelatan Cina.

Salah!...A…P..P..L..E” ulang Tengku Shaqirah.

Sarah!...A….PPOL” Zulaikha mengulangi sebutan Tengku Shaqirah …dengan pelatnya.

Iiiish! Bodoh!” marah si Tengku Shaqirah.

Aishh! Boto….!” ulang si Zulaikha dengan wajah serius ingin belajar tanpa menyedari apa yang sebenarnya berlaku.

        Tengku Haris yang duduk berdekatan tergelak terbahak-bahak melihat Zulaikha dengan gaya seriusnya mengajuk perkataan yang tak sepatutnya. Perasankan Tengku Haris tergelakkan dirinya,  Zulaikha memandang ke arahnya dengan wajah keliru. Tengku Shaqirah mengeluh penjang sambil menepuk dahi.

Haduhhh….susahlah macam ni…” keluh Tengku Shaqirah.


******************

Di suatu petang hari yang lain....

        Tengku Haris sedang bermain dengan rakan-rakan sebayanya di luar kawasan rumah. Mereka sedang bermain guli. Dengan guli diletakkan di atas tanah dan dilorekkan tanah itu berbentuk bulatan kemudian seorang demi seorang akan melastik keluar guli di dalam bulatan itu dengan menggunakan guli yang lain. Guli yang berjaya dikeluarkan dari bulatan akan menjadi milik si pelastik.

        Dari kejauhan Tengku Nadia dan Zulaikha sedang berjalan-jalan. Apabila Zulaikha ternampak Tengku Haris bersama rakan-rakannya, dia menggamit baju Tengku Nadia dan mengajaknya pergi ke arah sekumpulan kanak-kanak lelaki yang sedang bermain guli itu. Tibanya mereka berdua di situ, membuatkan permainan sedikit tergendala.

Ehh..Haris! Adik baru ko ke ni?” tanya salah seorang budak gempal bernama Amirul sambil tersengih.

Tak aah. Adik orang Cina mana ntah” Tengku Haris mengjungkit bahu tanpa memandang dan cuba tidak memperdulikan kehadiran adik-adiknya itu sambil melastik guli ke bulatan. Namun lastikannya langsung tidak mengenai satu guli pun.

Zulaikha hanya memerhati dengan penuh minat dengan permainan itu.

Ehh..Nadia…sapa nama adik baru awak nih?” tanya seorang lagi rakan Tengku Haris.

Nama dia Zulaikha”, Tengku Nadia menambah lagi, “Dia ni takleh cakap Melayu lagi”.

Zulaikha…nak main lastik guli tak?” tanya amirul sambil menghulurkan sebiji guli.

Zulaikha tersenyum riang. Dia mengambil guli dari tangan Amirul sambil berkata, “Xièxiè (terima kasih)”.

Oii! Budak cina mana reti main guli…hahaha!” sambil Tengku Haris ketawa besar . Dia mengejek lagi, “Sebut ‘APPLE’ pun silap....’APPOL’…’APPOL’ ”.

Ianya tidak memerlukan pakar jurubahasa untuk membuatkan Zulaikha memahami apa yang diejek oleh Tengku Haris. Muka Zulaikha mulai merah padam menahan marah. Matanya yang sedikit sepet itu dikecilkan lagi menjeling tajam ke Tengku Haris.

Báichī nánhái! (budak lelaki bodoh!)” mulut kecil Zulaikha menggumam perlahan dan mengertap bibirnya.

Ika…lastiklah guli-guli tu! Bo layan je budak manja tu!” pinta Tengku Nadia sambil mengejek Tengku Haris seraya menunjukkan tangannya ke arah bulatan guli itu.

Lalu Zulaikha duduk bertinggung dan menarik jari hantunya regang-regang manakala guli berada dihujung jari yang diregangnya itu. Dengan menghala ke arah kumpulan guli di dalam bulatan itu, dia melastik guli itu dengan penuh tenaga.

        Berterabur habis keluar semua guli-guli di dalam bulatan itu. Semua budak-budak lelaki itu tercengang termasuklah Tengku Haris. Tengku Nadia ketawa kuat-kuat dan mengejek-ngejek abangnya Tengku Haris yang masih terpinga-pinga seakan tidak percaya. Malah mungkin juga terasa malu kalah dengan budak perempuan cina yang diejeknya cukup-cukup tadi.

        Zulaikha tersenyum puas sambil mengutip guli-guli yang menjadi miliknya itu. Diambilnya tiga biji guli dan diberikan kepada Amirul yang meminjamkannya sebiji guli awal-awal tadi.

Mana aci! Amoi main tipu!” Tengku Haris yang malu  dan tidak berpuas hati itu mula memprotes.

Rilek ar Haris…Zulaika tu mana main tipu punnn…ko yang tak pandai main..” Amirul mempertahankan Zulaikha sambil tersengih-sengih dia menepuk-nepuk bahu Haris dari belakang seakan memujuk.

        Zulaikha selesai memungut guli yang dimenanginya. Sambil tersengih dia berjalan ke arah Tengku Haris dan menyerahkan sebiji guli kepadanya sambil membuat muka bangga. Dan berlalu dari situ ditemani Tengku Nadia. Tengku Haris hanya memandang guli ditangannya. Tidak berkedip matanya merenung guli itu. Merasakan egonya tercabar dia membaling guli itu ke sisi tanpa menyedari guli yang dibaling itu terkena belakang badan Zulaikha yang sudah pun jauh melangkah dari situ.

Aishhh!” Zulaikha terjerit kecil kerana terasa perit dibelakang badannya lalu ditoleh kebelakang.

        Si gempal Amirul yang berdiri disebelah Tengku Haris terlopong keresahan dan membulat matanya memandang Zulaikha yang menoleh ke arah mereka sambil tangannya menunjukkan ke arah Tengku Haris seolah cuba memberitahu bukan dia yang baling guli itu mengena Zulaikha tetapi Tengku Haris. Raut wajah Tengku Haris pada mulanya menunjukkan rasa kesal kerana balingan guli itu. Zulaikha mula melangkah mendekati Tengku Haris. Di tangannya tersedia sebiji guli. Lalu diregangkan jari hantunya dengan sebiji guli berada dihujung jari seolah hendak melastik seperti tadi…tetapi kali ini guli di jari itu diarahkan ke muka Tengku Haris.

Apa ko nak buat haa cina tak basuh berak?” Tengku Haris mencebik lagi dengan egonya, “ Tadi tu nasib je!

Zulaikha mulai mengecilkan matanya yang sudah sedia sepet itu. Bibir kecilnya digertap hingga herot ke tepi. Amirul yang gempal itu mula menjauhi perlahan-lahan daripada Tengku Haris yang tersengih mencabar Zulaikha.

PHUKK!!!” guli yang dilastik Zulaikha mengenai tepat ke dahi Tengku Haris.

HADOIH!!!” terjerit Tengku Haris sambil menggosok-gosok dahinya yang perit terkena guli.

Lari Ika!!!!” jerit Tengku Nadia sambil menarik tangan Zulaikha mengajaknya melarikan diri dari situ takut-takut Tengku Haris akan membalas.

           Malam itu Zulaikha mengelakkan diri dari Tengku Haris. Dan malam itu juga ada budak lelaki yang tidur dengan dahinya berbenjol. Apa yang tidak diketahui oleh semua kanak-kanak petang tadi ialah…Zulaikha sudah biasa bermain lastik guli di kampung halamannya dahulu. Dan dia adalah pemain yang handal dan sering mengalahkan budak-budak lelaki.

********************
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2011 02:17 AM | Show all posts
Post Last Edit by kambeng_masam at 15-4-2011 02:26

Hari itu adalah hari lahir Tengku Haris. Jamuan menyambut ulangtahun hari lahirnya yang ke-sembilan di adakan di kawasan halaman banglo Villa Seri Kemunting itu. Antara hadirinnya adalah rakan-rakan sebayanya sendiri termasuklah Amirul dan juga sanak saudara yang rapat yang turut hadir bersama ibubapa mereka.

        Ketika majlis sedang berlangsung, Zulaikha yang memakai gaun kembang berwarna putih ketika itu tidak bersama-sama dengan para tetamu yang lain. Dia keluar bersiar-siar di luar kawasan rumah menuju ke arah pasiran pantai yang berdekatan berseorangan. Cuaca petang itu redup tetapi amat menyenangkan. Bagi Zulaikha, dia tidak betah berada di kalangan tetamu-tetamu lain yang tidak dikenalinya walaupun Tengku Sulaiman dan Datin Suraya sudah memperkenalkan dirinya kepada mereka. Lebih-lebih lagi tentu pula mereka itu orang-orang kaya yang bersikap seperti abang angkatnya; Tengku Haris yang tidak habis-habis memandang rendah akan dirinya serta kerap mencari gaduh tentang hampir apa jua pun yang melibatkan dirinya. Zulaikha lebih suka memencilkan diri sebegitu.

        Kalau kanak-kanak lain mungkin dengan umur yang baru mencecah enam tahun sepertinya tidak berani berada di luar seorang diri. Tetapi Zulaikha merasakan dirinya tidak takut hampir kepada apa sekalipun memandangkan perkara yang lebih ditakutinya sudah pun dialami sendiri ketika berada di atas bot hanyut dahulu. Kehilangan ibu adalah perkara yang amat ditakuti semua anak-anak kecil. Bagi dirinya tiada apa yang boleh menakutkannya lagi. Pengalaman pahit itu tanpa disedari telah membuatkan hati seorang kanak-kanak yang masih memerlukan kasih sayang seorang ibu….lama-kelamaan menjadi keras. Hinggakan  Tengku Haris yang nakal itu tidak dapat membulinya kerana Zulaikha kerap melawan. Dan yang terakhir sekali setelah Tengku Haris mendapat ‘hadiah’ benjolan di kepalanya akibat lastikan guli, mereka kurang berinteraksi antara satu sama lain. Tengku Haris pun hanya sesekali mengacaunya tetapi masih berhati-hati.

        Zulaikha mempunyai satu tempat permainan rahsia yang hanya diketahui dirinya dan Tengku Nadia. Tempat itu juga tidak jauh dari rumah dan juga tidak jauh dari pantai. Kawasan rahsia tersebut dilitupi dengan rumput menghijau yang rapat  ke tanah, tidak pula ianya panjang hingga menjadi lalang. Tempat yang bertanihkan beris yang keputihan membuatkan kawasan itu cukup cantik lebih-lebih lagi apabila disinari cahaya matahari petang yang condong memancarkan cahayanya disebalik pokok-pokok renek dan juga celah dahan pohon rhu. Zulaikha dan Tengku Nadia menamakan tempat permainan rahsia mereka ; Secret Garden. Zulaikha kerap meluangkan masanya disitu bersama Tengku Nadia dan kadangkala pula dia berseorangan.

SECRET GARDEN


        Tiba-tiba dia terdengar bunyi suara orang mendekati taman rahsianya itu. Cepat-cepat Zulaikha mencari tempat bersembunyi di balik pokok-pokok renek dan semak.  Kelihatan tiga orang budak lelaki berjalan memasuki kawasan Secret Garden. Mereka kelihatan sebaya dengan Tengku Haris tetapi tiada seorang pun yang Zulaikha kenal.

Hoi! Amir! Cepatlah kencing tu! Nak kencing pun kene berteman ke?” laung salah seorang budak.

         Seorang budak lelaki yang berpakaian kemas kelihatan terkocoh-kocoh membuka zip seluarnya dan mula mencari tempat untuk dibuang air kecilnya. Zulaikha hanya memerhati dari dalam semak dan pohon-pohon renek. Budak lelaki itu kelihatan resah dan memandang ke sekelilingnya mencari tempat yang sesuai untuk melegakan pundi kencingnya. Dia terpandangkan suatu kawasan semak dan pohonan renek yang dirasakannya sesuai. Dia menuju ke situ. Zulaikha hanya memerhatikan dalam diam ketika budak lelaki itu semakin menghampiri tempat persembunyiannya. Budak lelaki itu sampai tepat-tepat didepan Zulaikha! Sebaik sahaja budak lelaki itu mengeluarkan anunya dari celah zip seluar dan mulai membuang air kecilnya.… tiba-tiba Zulaikha melompat berdiri lalu bertempik sekuat hatinya.

Kyaaaaaaaaa!!!!”

Maaak! Hantuuu!” serentak ketiga-tiga budak lelaki itu terjerit.

        Dua orang budak yang menemani itu terus cabut lari akibat ketakutan dan terkejut melihat kelibat kanak-kanak perempuan berambut panjang lurus ke bahu berpakaian serba putih tiba-tiba muncul dari semak. Manakala budak lelaki yang sedang kencing dekat dengan Zulaikha itu tadi terlompat kebelakang dan terjatuh terlentang akibat terkejut dengan tempikan Zulaikha yang datang entah dari mana tiba-tiba muncul dari celah semak di hadapannya.  Habis air kencing sendiri terkena ke seluarnya. Budak lelaki itu tergamam melihat Zulaikha berdiri di hadapannya. Betul-betul disangkanya hantu dengan rambut lurus ke bahu bergaun putih.

        Zulaikha datang menerpa ke arah budak yang masih terlentang itu. Dia berdiri di celah antara dua kaki budak itu sambil bercekak pinggang. Diangkat kaki kirinya tinggi-tinggi sambil disinsingkan sedikit kain gaun labuhnya hendak memijak bahagian anu budak lelaki itu.

Aaaa…noooo!” hanya itu sahaja yang sempat budak lelaki itu katakan.

Kemudian, “Adohhhhhh!” budak lelaki itu terasa senak di bahagian arinya.

        Marah betul Zulaikha ketika itu. Sudahlah menunjukkan anunya di depan budak perempuan, malah dikencing merata-rata pula. Memang meradang sungguh Zulaikha sehinggakan sanggup pula dia memijak anu budak lelaki itu sebagai hukuman.




bersambung laie......
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 10:10 AM | Show all posts
garang gila amoi tu.... ooppsss.... zulaikha....
tapi suka sebab xtau takut + kesian bila kena buli n dia xpaham....
apa pun, sambung lg ah beng...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.068603 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list