CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kambeng_masam

ZULAIKHA [U] Last updated was on 7/7/2013

[Copy link]
 Author| Post time 29-5-2012 05:49 AM | Show all posts
Post Last Edit by kambeng_masam at 29-5-2012 05:53

C…O…L…O…R…..color!!!

Jerit Zulaikha kegirangan menepuk tangan setelah berjaya menyusun lengkap perkataan di atas pad permainan Scrabble itu.

        “Ehhhh!!! Mana boleh! Orang patutnya eja C.O.L.O.U.R! Kan Amir kan?!

Bantah Nadia sambil menggoncang lutut Amir.

Amir hanya menggaru kepalanya serba salah namun menjawab aduan nadia, “Err… Rasanya sama je.

Nadia memuncungkan bibirnya kurang berpuas hati dengan jawapan Amir yang menyebelahi Zulaikha.

        “Nanti Nadia nak tanya dengan abang Harris!” Nadia seakan merajuk.

        “Chh chh chh….Harris tu bukan pandai English sangat pun.”

Zulaikha membalas sambil menggeleng kepala, lalu ketawa dan diikuti oleh Nadia serta Amir.

Zulaikha hanya tersenyum-senyum sendirian. Dia tersenyum bukan sahaja kerana Amir menyebelahinya namun juga kerana dia telah berjaya menyiapkan hidangan kegemaran abang angkatnya si Harris itu. Dari semalam lagi dia cuba belajar memasak lauk ikan bawal masak taucu itu dari Mak Mah. Berharap yang Harris akan memaafkannya apabila pulang dari hospital nanti dan tidak meminta yang bukan-bukan sebagai balasan akibat kejadian tempohari. Mengelakkan dari menanggung ‘hutang’ kepada Harris, langsung Zulaikha tanpa diminta, telah bersusah payah pula memasak lauk itu. Hinggakan jari telunjuknya sendiri terhiris pisau ketika menyiang ikan di dapur sebelum tengahari tadi pun dia masih mampu menyiapkan juadah istimewa itu untuk Harris.


♦♦♦♦♦♦♦



Harris melangkah anak tangga menuju ke biliknya di tingkat kedua rumah. Sebaik dia membuka daun pintu bilik, dia terdengar gelak ketawa serta tepukan tangan daripada bilik sebelah. Perasaan ingin tahunya menguasai diri ingin memastikan apa yang berlaku. Dia melangkah dan berhenti di hadapan pintu bilik Zulaikha yang tertutup itu dan cuba memulas tombol pintu ingin membuka. Berkunci pula. Dia mengangkat dan mengepal tangannya ingin mengetuk pintu secara perlahan. Namun terhenti sebelum mengetuk. Suara gelak ketawa dan tepuk tampar semakin kuat kedengaran. Kedengaran namanya juga disebut-sebut. Dia memandang ke sisi lalu berfikir sejenak.

        “Hashhhh…ko boleh gelak-gelak happy-happy ye mengumpat aku?!” gumam Harris sendirian geram.

Kepalan tangannya tadi kini bertukar menjadi genggaman penumbuk. Lalu ditumbuk-tumbuk pintu itu menggunakan sisi genggamannya dengan kuat berkali-kali.

Sebaik sahaja pintu dibuka belum apa-apa lagi Harris mengeluarkan nada kerasnya.

        “Apa bising-bising mengumpat orang sakit kena patuk ular?!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2012 08:14 AM | Show all posts
Reply 103# kambeng_masam

Wow.... new update. Thanks Beng...

But...

We want more
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2012 08:54 AM | Show all posts
aaa...sket...nk lg!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2012 01:14 PM | Show all posts
Post Last Edit by kambeng_masam at 29-5-2012 13:22

Amir yang berdiri di depan pintu yang baru dibuka tadi terpinga-pinga. Harris juga tergamam. Tidak disangka pula sepupunya itu turut berada di dalam bilik adik perempuannya.

        “Dah balik? Baru sampai?” tanya Amir.

        “Err…ko watpe kat bilik ni?” Harris menjawab pertanyaan Amir dengan soalan sambil menjenguk ke ruang dalam bilik.

Mata Harris mencari kelibat Zulaikha sebaik dia melangkah masuk ke dalam bilik.

        “Aku datang tadi nak cari ko. Dah tak ko tak sampai lagi, diorang ajak aku main scrabble. Jomlah join sekali!” jelas Amir sambil mengiringi Harris lalu duduk di hadapan pad scrabble bersebelahan dengan Zulaikha.

Zulaikha yang duduk bersandar di birai katil mengelak dari memandang Harris yang berada di hadapannya. Malah cuba tidak menghiraukan kehadiran orang yang baru pulih dari bisa patukan ular itu. Dia mengembungkan pipinya sambil memuncungkan bibir serta menggerakkan bibirnya ke kiri dan ke kanan. Dia pura-pura menumpukan perhatiannya pada perkataan-perkataan di atas pad scrabble. Dia tahu Harris sedang memerhatikannya.

Nadia menerpa ke arah abangnya yang membatu berdiri di hadapan pad scrabble dan membelek-belek betis Harris itu. Tanpa meminta kebenaran, dia membuka pembalut kain kasa di luka kesan patukan ular itu.

        “Aaak! Sakitlah adik!” Harris yang berlagak seperti sedang marah tadi mengaduh sakit sambil menepuk kepala Nadia.

        “Ohh…macam ni rupanya kena patuk ular kan Amir? Sakit lagi tak abang?” sambil Nadia menggosok-gosok kepalanya dia bertanya kepada Harris. Dia memeriksa luka kesan patukan itu.

Sesekali Zulaikha mencuri-curi melihat kesan luka di betis Harris.

        “Kat betis tak sakit! Hati ni je yang sakit bila orang yang bersalah sedap-sedap je happy-happy gelak mengumpat orang yang kena patuk ular ni!
Harris mengeluarkan kata-kata sinis sambil matanya melemparkan pandangan ke wajah Zulaikha yang sedang menguis-nguis susun abjad di atas pad scrabble.

Dia terlihat di jari telunjuk Zulaikha ada balutan kain. Belum dia habis berfikir, suara Zulaikha memecah suasana.

        “S.N.A.K.E…. snake!!!

Zulaikha siap menyusun perkataan dan mula merekod markahnya sambil tersenyum dengan menggelengkan kepala.

Harris berasa semakin geram apabila Zulaikha seakan tidak langsung pedulikan kepulangan dan kehadirannya di bilik itu. Malahan pula seakan menyindir dirinya dengan perkataan yang disusun tadi. Dia secara tiba-tiba terus duduk bertentangan dengan Zulaikha tanpa menghiraukan adiknya yang masih membelek luka tadi.

        “Haa! Jom main!” sergah Harris sambil merenung geram ke arah wajah Zulaikha.

Harris terus menyusun abjad lalu diletakkan di tengah-tengah pad scrabble tanpa bertanya giliran siapa dahulu yang sepatutnya.

        “U.G.L.Y..ugly!! Hah hah hah!

Harris sengaja buat-buat ketawa dengan kuat sambil menepuk pehanya sendiri dan memandang Zulaikha seolah mencabar.
Cepat-cepat pula Zulaikha menyusun abjad yang lain tanpa mempedulikan giliran pemain.

        “M.O.N.K.E.Y…monkey!!

Balas Zulaikha sambil menjeling tersenyum sinis kepada Harris. Zulaikha meniup-niup rambut lurusnya yang jatuh ke dahi. Wajah Harris yang sedang tersengih terus berubah kelat bukan sahaja kerana melihat perkataan itu namun juga perbuatan meniup rambut oleh Zulaikha itu seakan menyindir dirinya. Lalu dia cepat-cepat menyusun abjad yang lain.

Belum sempat Nadia hendak meletak susunan abjadnya, Harris terlebih dahulu meletakkan abjad-abjadnya tadi. Sambil menahan ketawa Harris menyusun abjad-abjad itu.

        “B.I.T.C.H…bitch...” kata Harris perlahan sambil ketawa mengekeh.

Amir menepuk dahi. Sementara Nadia terpinga-pinga tidak faham akan maksud perkataan ‘bitch’ itu. Muka Zulaikha merah padam. Cepat-cepat dia menyusun lagi abjad. Amir cuba menghalang dari perkara menjadi lebih teruk.

        “Dah lah tu Ika!” Amir cuba menghalang dari perkara menjadi lebih teruk.

        “G.A.Y…gay!!!” Zulaikha menajamkan pandangan marahnya kepada Harris.

Belum sempat Harris mahu menyusun abjad yang lain, Amir mengeluarkan suara dengan lantang dengan marah.

        “Hoih! Ni nak main empat orang ke dua orang je ni?!

Amir bangun berdiri ingin menarik diri.

        “Entah! Abang dengan Ika ni sama je perangai! Tak boleh mengalah langsung!” tambah Nadia.

Nadia juga berdiri memprotes Harris dan Zulaikha yang bermain scrabble mengikut perasaan mereka sendiri tadi.
Harris dan Zulaikha masing-masing memandang kedua-dua orang yang bangun berdiri itu. Sebentar tadi mereka seakan-akan berada di tengah-tengah gelanggang pertarungan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2012 01:23 PM | Show all posts
Post Last Edit by kambeng_masam at 29-5-2012 13:26

Hooo…sampai ke bowoh dengor suore teriok-teriok… maeng mende gok hok bising bebangor sekali neh? Meh turong makang. Siap doh belaka tuh hor!

Sergah Mak Mah dari pintu bilik yang dibiar terbuka tadi.

Nadia dan Amir membontoti Mak Mah turun ke tingkat bawah.

Harris yang menjenguk ke belakang kini memalingkan semula mukanya memandang Zulaikha. Hanya tinggal mereka berdua. Zulaikha pula yang masih kelihatan marah, meniup kuat rambutnya sendiri yang jatuh ke dahi sambil matanya tidak lepas menjeling tajam kepada Harris. Harris mengajuk Zulaikha dengan meniup rambutnya di dahi juga. Mereka berdua berbalas-balas mengajuk perbuatan itu. Dan akhirnya Harris yang pantang dicabar itu terus cepat-cepat menerkam Zulaikha dan mengunci leher budak perempuan itu dengan tangan kirinya membuatkan Zulaikha tidak mampu melepaskan diri. Tangan Harris yang sebelah lagi menggosok-gosok rambut lurus Zulaikha yang sederhana panjang itu sehingga kusut. Kemudian tangannya itu mencapai hidung Zulaikha dan memicit hujung hidung budak cina itu sehingga merah. Terkial-kial Zulaikha cuba melepaskan diri. Sebaik sahaja dilepaskan kuncian tersebut, Zulaikha yang kelihatan kusut masai dengan rambutnya terhurai itu menggosok-gosok hujung hidungnya yang terasa perit.

        “Sakitlah bodoh!” Zulaikha menjerit perlahan.

        “Haahaa…nak sangat melawan!” Harris berlalu dari situ cepat-cepat sebelum dibalas semula oleh Zulaikha sambil ketawa.

♦♦♦♦♦♦♦
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2012 01:24 PM | Show all posts
best, best... next!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2012 01:50 PM | Show all posts
Inchek Beng... apsal budak-budak tu bercakap style orang Johor? Diorang kan org ganung... bukan patut loghat pantai timur ke?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2012 09:13 PM | Show all posts
Inchek Beng... apsal budak-budak tu bercakap style orang Johor? Diorang kan org ganung... bukan patu ...
Nicki_Meow Post at 29-5-2012 13:50



    bebudak tu asal ostrolia....
mak mah sorang je asal dari kampung losong, ganu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-5-2012 11:04 PM | Show all posts
Post Last Edit by kambeng_masam at 29-5-2012 23:08

Di meja makan sesudah habis membaca doa makan lantas Harris mencapai lauk ikan masak taucu dan menceduknya tergesa-gesa seperti tidak sabar.
        “Perlahan sikit Harris…tak larinya ikan tu.” Tegur Tengku Sulaiman.

        “Apa taknya..tu lauk favourite dia bang.” Datin Suraya seolah mempertahankan anak lelakinya itu sambil tersenyum dengan gelagat budak itu.

        “Favourite tu favourite jugak…jangan sampai tercekik.” Tengku Sulaiman berseloroh.

        “Haa…Ika…apasal hujung hidung tu merah menyala macam clown?” tanya Tengku Sulaiman yang hairan melihat hidung Zulaikha yang kemerahan dipicit oleh Harris tadi.

Harris tidak semena-mena tersedak dan menahan ketawa.

        “Clown?! Hikhikhikhik” terkekek Harris menahan ketawa.

Tengku Sulaiman tidak mengerti mengapa pula Harris ketawa. Amir dan Nadia turut memandang ke arah hidung Zulaikha. Mereka dapat mengagak itu tentunya kerja si Harris. Zulaikha pula hanya menggosok-gosok hidungnya yang masih berasa perit itu.

        “Haa…yang si Shaq ni mana pulak perginya?” Tanya Tengku Sulaiman sambil memerhatikan ketiadaan Shaqirah di meja makan.

        “Dia tu ada kelas tambahan hari ni. Petang karang baru balik.” Jawab Datin Suraya.

Suasana diam seketika sehinggalah.

        “Erghhhh…..masinnya taucu!

Harris tiba-tiba bersuara. Matanya memandang ke arah lauk ikan taucu.

        “Masin? Mana ada masin? Mama makan elok je?

Datin Suraya menempelak menyedari akan helah anak lelakinya yang cuba membuat pasal.

        “Harris makan ni rasa masin la ma…ni clown yang masak ni saja nak bagi orang naik darah tinggi kasi mati ke apa?!” Harris berleter.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2012 02:43 AM | Show all posts
Post Last Edit by kambeng_masam at 30-5-2012 17:22

Amir dan Nadia saling berpandangan. Mereka berdua  tidak senang dengan kata-kata dari mulut Harris yang celupar itu. Nadia yang duduk bertentangan dengan Harris menendang kaki abangnya itu. Tengku Sulaiman menggelengkan kepalanya dan menyuruh Harris diam ketika makan.

Sesekali Harris menjeling kepada Zulaikha yang duduk di sebelah Nadia. Zulaikha kelihatan tidak mengendahkan langsung gelagatnya yang cuba mencari pasal itu.
Ketika Zulaikha menceduk lauk dengan tangan kirinya, sekali lagi Harris ternampak balutan di jari telunjuk kiri Zulaikha. Ada sedikit kesan darah berbalam-balam. Mungkin darah di kesan luka jari Zulaikha itu masih belum kering. Tengku Sulaiman juga turut menyedari perkara yang sama.

        “Kena apa jari Ika tu?” Tanya Tengku Sulaiman.

Belum sempat Zulaikha hendak menjawab, Datin Suraya terlebih dahulu mencelah.

        “Tadi…dia nak siang ikan bawal nak buat taucu nilah. Terhiris pulak jari dia haa. Orang dah larang dia nak cuba buat sendiri jugak. Dari semalam lagi dia dah try buat taucu nak bagi perfect. Hari nilah baru jadinya. Sedap pulak. Mana ada masin sangat pun.

Terang datin Suraya sambil tersenyum bangga dengan Zulaikha, satu-satunya anak perempuannya yang rajin turun ke dapur memasak.

Harris terdiam sambil menelan-nelan kunyahannya. Matanya tak lepas memandang ke jari Zulaikha yang berbalut itu. Sesekali dia melihat wajah Zulaikha yang kelihatan tenang itu.

        “Dalam ke lukanya Ika? Kita pergi check kat klinik nanti okay?” Tengku Sulaiman ingin bertanya mesra kepada Zulaikha.

        “Takpelah uncle….bukannya putus pun. Dah okay ni.

Jawab Zulaikha lembut tanpa memandang ayah angkatnya itu. Dia memang tidak pernah menggelarkan Tengku Sulaiman sebagai ‘papa’ semenjak datang ke rumah itu.

Tengku Sulaiman mengangguk perlahan, faham. Walaupun hubungan dengan anak angkatnya itu tidak rapat namun jauh di sudut hatinya dia ingin Zulaikha memangilnya ‘papa’. Kerana dia tidak pernah membezakan Zulaikha dan anak-anaknya yang lain. Dia sedar, disebabkan dia kurang meluangkan masa bersama anak angkatnya itu semenjak dahulu maka hubungan mereka berdua agak jauh terhindar bagai ada tirai tebal yang menghadang. Seseorang yang tegas seperti dirinya berasa terlalu ego untuk menunjukkan perasaan kasih dan sayang. Tapi dia tetap memerhatikan anak perempuan ketiganya itu membesar dari jauh. Namun, tidak pernah pula dia menyentuh anak itu. Tidak pernah sekali pun.

Setelah beberapa belas minit, semua orang sudah selesai menjamu selera kecuali Harris. Berselera sungguh dia makan. Berkali-kali diceduknya ikan masak taucu tadi. Siap diratahnya pula ikan-ikan bawal yang berbaki itu sehingga habis licin.

        “Haa…hujan ribut pun berenti. Tadi kata masin sangatlah kena sakit darah tinggilah?!” tanya Tengku Sulaiman tersenyum hairan dengan perangai anaknya itu.

        “Ni rezeki pa. Allah marah kalau bazirkan rezeki. Masin-masin pun kena habiskan jugak. Tapi dah kena darah jari Ika ni karang takut jadi Raja bersiong pulak.

Sentiasa ada sahaja jawapan dari Harris kalau bercakap. Bila bercakap selalunya mahu menang.

        “Ada-ada jelah kamu ni Harris. Rezeki lah.. apa lah. Tak nak makan takpe. Taruh malam karang pulak. Bukan dibuang.”

Tengku Sulaiman berseloroh sambil terketawa kecil dengan gelagat Harris yang terlalu pandai menjawab.

♦♦♦♦♦♦♦
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2012 11:24 AM | Show all posts
dah bekenan pun x nk ngaku Harris ni...
next next gadoh ngan Amir plk brebut ya...

next!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2012 05:31 PM | Show all posts
Post Last Edit by kambeng_masam at 2-6-2012 10:33

Petang itu setelah beberapa jam Amir meluangkan masanya berborak dengan Harris, dia keluar dari rumah itu dan terus mencapai basikal BMX yang diletakkan di tepi rumah. Dia terlihat Zulaikha sedang menyiram pokok-pokok renek bersama Nadia.

        “Ika! Nadia! Amir balik dulu yer?!” tegur Amir cuba mendapatkan perhatian dari budak-budak perempuan itu.

        “Haa….yelah!”

Balas Zulaikha dengan hanya sekali toleh sahaja acuh tak acuh.
Sebaik sahaja Amir mula hendak mengayuh,

        “Eh! Amir! Amir! Tunggu jap!

Zulaikha memanggil menahan Amir dari terus berlalu pergi.

Zulaikha berlari anak ke arah Amir. Matanya membelek-belek basikal BMX Amir itu.

        “Berapa ringgit Amir beli beskal ni haa?” soalan yang tidak disangka oleh Amir terpacul dari mulut Zulaikha.

        “Entah! Mama yang beli. Tapi rasanya dalam seratus ringgit lebih kot.” Jawab Amir.

        “Hmm..seratus lebih…

Zulaikha memandang ke atas menggumam menggerak-gerakkan muncung bibirnya ke kiri dan ke kanan sambil mencongak-congak di dalam fikirannya.

        “Budak pompuan pun nak basikal BMX ke? Budak laki je yang pakai ni.” Sambil tergelak kecil Amir menerangkan.

        “Dia tu tomboy! Memanglah nak bawak basikal BMX!” celah Nadia menghampiri sambil ketawa mengejek Zulaikha yang berperangai seperti budak lelaki itu.

Zulaikha hanya mencebik dengan ejekan Nadia itu.

        “Dia ni kan…mama selalu suruh pakai kain, dia degil nak pakai suar jugak!” tambah Nadia lagi, kali ini ketawanya makin menjadi.

Nadia berkata lagi, “Hari tu pergi kenduri orang pakai baju kurung, dia pakai baju kurung jugak tapi ada suar jeans kat dalam kain! Tak senonoh betul!”

        “Alahh…pakai kain ke suar sama jugak! Lagi senang pakai suar tak terselak sana-sini. Nak lari, nak melompat senang.” Ujar Zulaikha memberi sebab.

        “Tapi Ika lagi comel kan kalau pakai kain.” Amir tersengih-sengih sambil memandang seluar pendek yang dipakai Zulaikha itu.

        “Chhh!! Apa peduli orang nak pakai kain ke suar?! Lebih baik Amir  pergi dari sini cepat sebelum tengkorak tu retak!” Zulaikha bermuka serius menunjuk penumbuknya mengancam Amir.

        “Hoshh!!”

Amir terjerit dan mengelak sedikit acuan penumbuk Zulaikha itu.
Amir segera mengayuh basikalnya.

Dengan tersengih sambil berkayuh dia berkata,

          “Dia ingat tangan dia tu besi agaknya!”

Setelah Amir berlalu pergi, Zulaikha tersenyum sendiri melihat Amir yang terkejut dengan ancamannya tadi.

        “Ika, kenapa tak pakai je basikal Kak Nadia tu kalau nak pergi mana-mana?”

Tanya Nadia yang hairan kenapa pula Zulaikha sibuk bertanyakan harga basikal BMX milik Amir itu tadi.

        “Ika nak pergi jauh-jauh nanti senang…pakai BMX laju sikit. Lagipun takyah pinjam-pinjam nanti Kak Nadia nak pakai takde beskal pulak.” Jelas Zulaikha sambil tersenyum kelat.

        “Kalau camtu nanti Ika bitau la kat mama mintak belikan satu.” Saranan Nadia.

        “Takpe lah…bukan nak beli sekarang pun….belum masanya lagi...belum lagi.”

Balas Zulaikha perlahan sambil menoleh ke sisi, memandang dengan mata yang redup ke arah Datin Suraya yang sibuk membelek pokok-pokok bunga kesayangannya selang sepuluh meter dari tempat mereka berdua berdiri.


♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2012 05:42 PM | Show all posts
tringt cite upin ipin yg nk bli beskal tp x de duit...huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2012 04:05 PM | Show all posts
Reply 114# kambeng_masam

Beng.....Nak sambungan lagi....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2012 05:32 PM | Show all posts
Reply 116# Nicki_Meow


    jap ye...nanti malam beng tempek....kat sini tgh time kerja lagi nih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2012 10:32 AM | Show all posts
Post Last Edit by kambeng_masam at 2-6-2012 10:34

Shaqirah menelek-nelek jam di tangannya. Waktu menunjukkan sudah masuk setengahnya jam tiga. Dengan menyilangkan tangannya dia sudah kebosanan menunggu seseorang. Deretan kedai di bandar yang agak sibuk itu agak hingar dengan kenderaan yang lalu lalang. Masam mencuka wajah Shaqirah menantikan rakannya, Ayu yang tidak kunjung-kunjung tiba. Sudah berjanji awal-awal lagi, jam tiga setengah petang berjumpa pondok telefon di hadapan kedai Jimat.

Selang beberapa minit, sebuah bas tiba dan berhenti di pondok menunggu bas berdekatan dengan pondok telefon itu. Beberapa orang turun dari dalam bas, termasuklah seorang remaja perempuan yang sebaya dengan Shaqirah. Terus remaja itu meluru ke arah Shaqirah yang muncungnya semakin memanjang itu.

        “Sorry lah Shaq! Aku lambat tadi sebab tunggu mak aku tidurkan adik aku dulu ar.” Jelas Ayu.

Mereka mula menapak beredar dari situ.

        “Kan aku dah cakap. Bitau je mak ko yang kita nak pergi kelas tambahan.” Ajar Shaqirah.

        “Aku tak reti lah nak reka citer lain. Asyik bagi alasan gi kelas tambahan je.” balas Ayu risau.

        “Dah semalam ada kelas tambahan pun bukan kita pergi jugak kan? Apa bezanya pulak? Sama jelah pun. Hari ni tifu..semalam pun tifu jugak! Daripada ko main keluar je dari rumah tak bitau.”

Shaqirah mula naik angin.

        “Dah ko nak pergi ke tanak? Azim suh ajak ko sekali. Dia ajak Lan sekali pergi tau.” Shaqirah mula memancing Ayu.

        “Hah?! Lan pun ikut? Hehe…mestilah aku nak ikut jugak!” Ayu tersengih.

        “Nye nye nye nye nye….biroh!” Shaqirah mengejek sambil membuat muka kepada Ayu, teman melaghanya itu.

        “Jom salin baju kat toilet stesen bas.” Ajak Ayu.
Mereka berdua yang masih berpakaian sekolah itu menuju ke stesen bas berhampiran.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-6-2012 03:36 AM | Show all posts
Pada waktu yang sama di rumah keluarga Tengku Sulaiman.

        “Hmmm….seratus ringgit lebih…”

Zulaikha bermonolog sendirian memikirkan harga basikal BMX seperti yang diberitahu oleh Amir kelmarin.

Dia bingkas bangun dari kerusi di meja dapur lantas menuju ke biliknya di tingkat atas. Langsung dituju ke sisi katil dan mengeluarkan tabung yang berupa bentuk ayam jantan dibuat daripada tanah liat. Digoncang-goncangkan tabung itu di sisi telinganya. Dia cuba meneka berapa banyakkah duit yang sudah terkumpul.

        “Hmfmhhh….”

Dia mengeluh kerana tidak dapat mengagak. Sudah tentulah jika didalamnya turut terdapat duit kertas dan syiling agak sukar mengagak nilai kasar wang yang sudah tersimpan.

Dia mengangkat tinggi-tinggi tabung itu. Lebih tinggi dari kepalanya sendiri dan seakan hendak dilepaskannya. Namun tidak jadi pula. Di letakkan semula tabung ayam itu di atas katil. Dia memikirkan sesuatu.

♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦♦

Amir mengayuh basikalnya sehingga sampai ke pintu masuk perkarangan rumah keluarga Tengku Sulaiman. Zulaikha sedang duduk menunggunya di tepi kolam ikan koi. Disisinya ada sebuah beg galas.

        “Assalamualaikum!”
        “Waalaikumussalam.” Jawab Zulaikha.
        “Ada apehal ajak Amir datang sini?”

Amir masih tertanya-tanya gerangan apakah yang menyebabkan Zulaikha menelefon ke rumahnya dan meminta dia datang ke situ pada waktu petang. Tanpa sempat Amir meletakkan basikalnya secara terbaring di tanah, Zulaikha bingkas bangun dan menggalas begnya itu..

        “Jom!”
        “Pergi mana?”

Tanya Amir sambil cepat-cepat melangkah membontoti Zulaikha.

        “Teman Ika jap.” Zulaikha menjawab sambil tersenyum.
        “Yelah….teman nak pergi mana?”
        “Adalah…kejap je.” Sambung Zulaikha lagi, “Bawak sekali basikal tu!”

Zulaikha mula berjalan keluar dari kawasan rumah. Amir cepat-cepat berpatah semula dan mengambil basikalnya.

        “Meh.. Amir carry kan. Duduk kat tengah-tengah ni. Baru cepat sampai.” Amir mencadangkan.

Zulaikha berhenti melangkah. Dan melihat batang besi kerangka basikal itu. Dia teragak-agak. Amir menggoyang-goyangkan basikalnya itu.

        “Basikal ni power! Ika duduk sini pun walau badan tu berat macam guni beras pun mesti takkan patahnya. Hahaha.” Ajak Amir cuba meyakinkan Zulaikha.

        “Banyaklah guni beras!”

Zulaikha membalas gurauan Amir dengan muka masam mencuka sambil terus duduk di tengah-tengah palang besi kerangka basikal itu.

        “Haa! Kata power?! Kayuh lah cepat! Hellleh!” jerkah Zulaikha.

Amir pun cuba mengayuh basikal itu. Kayuhan-kayuhan pertamanya agak kurang seimbang.

        “Uhhh…Ya Allah! Hmfhhh! Hmfhh! Ni bukan berat guni beras! Hmfhh! Ni dah macam angkat kayu balak!” teriak Amir tercungap-cungap sambil mengekek ketawa cuba bergurau lagi.

        “Laju lagi kayuhhhhh!” Zulaikha membuat suara garau dan garang sambil menepuk lengan kiri Amir dengan kuat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2012 03:39 AM | Show all posts
Amir terus mengayuh. Sesekali hidungnya terbau-bau keharuman rambut Zulaikha yang berada di hadapannya. Dia kemudiannya sengaja merapatkan mukanya ke belakang kepala Zulaikha hanya kerana ingin membau rambut Zulaikha yang harum.
       
        “Wanginya rambut?!” Amir bersuara dengan ayat separuh pertanyaan.
        “Haa?!” balas Zulaikha kurang mendengar soalan Amir itu tadi.

Zulaikha mengiringkan mukanya agar dapat mendengar suara Amir dengan lebih jelas.

        “Pakai syampu ke tadi?”
        “Apa nak tau orang pakai ke tak?” tanya Zulaikha dengan membuat muka serius.
        “Takde apa lah!” balas Amir membantutkan pelbagai soalan lanjut yang ada dalam fikirannya.

Setelah lima belas minit kemudian, mereka tiba di sebuah blok diantara beberapa blok deretan rumah kedai yang lain. Kawasan perumahan yang siap dilengkapi dengan deretan blok rumah kedai itu dikira masih baru dan telah siap dibina dua tahun lepas. Rumah banglo milik Tengku Sulaiman juga terletak tidak jauh dari kawasan perumahan ini.

        “Kita pergi kat kedai tu!” jari telunjuk Zulaikha mengarahkan laluan kepada Amir.
        “Kedai basikal tu?!”
        “Ha’ah!” jawab Zulaikha ringkas.
        “Nak beli basikal ke?!” Tanya Amir terkejut.

Zulaikha hanya menjawab dengan muka yang tersengih.
Sesampainya di kedai basikal itu, Zulaikha terus melangkah ke dalam kedai serta membelek-belek basikal dan harganya.

        “Yer amoi….mau tengo basikai kaa?” tanya seorang lelaki Cina yang agak berumur.
Lelaki Cina tua itu yang hanya memakai seluar pendek dan baju pagoda mula bangkit dari kerusi dan menghampiri Zulaikha dan Amir yang mundar mandir membelek-belek basikal di dalam kedainya.

        “Uncle, nigo geido chin ar? (Berapa harga yang ini?)”

Zulaikha berbahasa kantonis tersenyum-senyum bertanya sambil tangannya mengusap-ngusap tempat duduk basikal BMX itu.

        “Yihbaak…(dua ratus). Hahahah…neih haih bindouh yahn ar? (Kamu datang dari mana?)” soalan Zulaikha dibalas dengan pertanyaan kembali.

        “Yihbaak?!!” Zulaikha terkejut dan memuncungkan bibirnya.
        “Ngoh hay godouh yhan. (Saya datang dari sana)” jawab Zulaikha sambil menunjukkan tangan ke arah rumah keluarganya.

        “Berapa harga yang tu Ika?” Amir menyampuk bertanya.
        “Dua ratus…mahal sangat..” jawab Zulaikha mengeluh.

Zulaikha memandang muka Amir tanpa berkata apa-apa tetapi sambil mulutnya terkumat-kamit mencongak-congak. Tiba-iba dia berpaling kepada lelaki Cina tua itu. Dia terus member beg galasnya kepada lelaki itu.

        “Uncle! Saya nak beli basikal BMX ni dengan duit banyak ni boleh?!”

Tanya Zulaikha sambil matanya sengaja dikerlipkan berkali-kali disertai senyuman yang paling menawan.

        “Aiyyaaaa…” kata lelaki tua itu ketika menjenguk isi beg galas berkenaan yang penuh berisi duit syiling dan wang kertas.
       
Tidak lama kemudian, setelah selesai berurusan jual-beli Zulaikha mengheret basikal yang baru dibelinya keluar dari kedai.

        “Apalah apek tu! Kedekut taik idung masin! Beza lima ploh hinggit pun nak berkira!” rungut Zulaikha.

        “Alaaaa…yang ini pun okay jugak Ika. Ada raga…ada tempat carry kat belakang. Barulah macam budak pompuan! Banyak beza lima puloh ringgit tu tau!”

        “Kalau BMX, nanti kalau pakai kain susah nak bawak..kena angkat kain tinggi-tinggi!” Amir menambah lagi.

Duit sejumlah seratus tiga puluh ringgit yang dibawa Zulaikha hanya cukup-cukup untuk membeli basikal berjenama Raleigh yang modelnya seperti kebiasaan remaja perempuan lain miliki.

Mereka mengayuh basikal bersaingan pulang ke rumah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2012 02:23 AM | Show all posts
Post Last Edit by kambeng_masam at 23-6-2012 05:05

Sorry...double postings.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2012 02:29 AM | Show all posts
Suasana di pantai Tanjung Jara, Dungun pada awal petang itu cukup meriah dengan kehadiran pengunjungnya. Di sebuah kedai makan berdekatan pantai, Shaqirah, Ayu, Azim dan Lan sedang enak menikmati makanan mereka.

        “Huuuu….bestnya datang sini..lama tak datang!” riuh Shaqirah kegembiraan.

        “Lepas ni kita kena datang sini selalu ah gitu kan!” sahut Lan sambil memandang ke wajah Ayu.

        “Ehh…best jugak tu kalau tiap-tiap minggu lepak sini owk?” selit Ayu sambil tersengih-sengih.

        “Setakat datang sini tiap-tiap minggu takde masalah…asalkan tukang sponsor sanggup tanggung amik keta sewa bereh takde hal…hehe…nak tidur sini semalaman pun takpe chalet ada banyak.”

Azim pula bersuara, tersengih sambil mengangkat-angkat keningnya kepada Shaqirah.

        “Oihhh…tiap-tiap minggu nak kena sponsor sewa keta bagai?!… Kalu camni tokey babi pun bangkrap! Baik kawin je terus! Senang…biar aku sponsor seumur hidup! ” Balas Shaqirah geram sambil mencubit peha Azim halus-halus.

        “Aduhhhhhh….Cik Shaq tersayang….kita kawin je dulu….nikah tu kemudian…”

Azim dalam mukanya kelat menahan perit dicubit Shaqirah masih sempat pula berlawak.

        “Banyaklah kawennya!” Shaqirah menampar peha Azim dengan kuat.

        “Ehh..nak pukul lima setengah dah nih! Dah lah Azim. Jom kita balik?!” ajak Shaqirah keresahan bimbang jika terlalu lewat pulang ke rumah.

        “Alaaa…rilek la dulu kat sini sampai kul enam baru ar kita balik..eh?” pujuk Azim.

        “Ha’ah…awal lagi ni..rilek-rilek dulu..bukan selalu dapat datang sini pun…wat rugi je sewa keta pastu jalan-jalan kejap je. Bukan duit kitorang…duit kau jugak Shaq.” Tambah Lan.

        “Dah! Dah! Aku tanak balik lewat-lewat! Gerak dari sini kul enam kang sampai kat umah dah nak dekat maghrib. Mana ada sekolah wat kelas tambahan sampai lewat-lewat camtu! Nak salin balik pakai baju sekolah lagi karang.” Shaqirah berkeras.

Ayu hanya memerhatikan sahaja mereka berbincang. Kalau diikutkan dia mahu lebih lama lagi di situ bersama lelaki yang disukainya itu, Lan.

Setelah Shaqirah melunaskan bayaran makanan, mereka pun segera meninggalkan tempat itu menaiki kereta sewa yang ditaja oleh Shaqirah. Azim pula jadi pemandu mereka pada hari itu. Azim dan Shaqirah bukanlah pasangan kekasih, malah mereka berdua hanya baru kenal dalam tempoh dua bulan semenjak bertemu pertama kali di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu sebelum ini. Azim itu kerap juga mengajak Shaqirah itu keluar berpacaran. Sehinggakan Shaqirah itu sanggup pula berbohong kepada ibunya konon ada kelas tambahan di sekolah untuk pelajar yang akan mengambil SPM tahun itu. Manakala Lan itu, bukan sahaja teman serumah Azim, malah juga adalah teman sekerjanya di daerah Dungun. Melalui Shaqirah, dia diperkenalkan kepada Ayu sebelum ini.

Setelah menghantar Ayu pulang, kurang lebih lima belas minit berikutnya kereta Iswara merah yang mereka naiki itu sampai di kawasan perumahan berdekatan dengan rumah keluarga Tengku Sulaiman.

Memang Shaqirah sudah mengarahkan Azim agar hanya menghantarnya di situ dan dia akan berjalan kaki sahaja pulang untuk mengelakkan dari kenakalannya itu dapat dihidu oleh ibubapanya.

Hanya Shaqirah dan Azim berdua sahaja di dalam kereta ketika itu. Manakala Lan sudah pergi mengambil motornya di tempat lain.

Belum sempat Shaqirah hendak membuka pintu, tiba-tiba Azim memegang tangannya tanpa berkata apa-apa. Shaqirah tertanya-tanya apa yang hendak disampaikan oleh Azim.

        “Shaq…Azim sayang sangat kat Shaq tau.” Lembut lidah azim bersuara.

        “Sebab apa pulak sayang?” tanya Shaqirah sambil mencebik.

        “Shaq cantik…body cantik…mana-mana lelaki tengok pun cair. Bertuah betul Azim dapat girlfriend macam Shaq ni.” Azim mula mengeluarkan kata-kata semanis madu.

Shaqirah hanya tersenyum mengejek. Dia tidak mudah termakan dengan ayat-ayat jiwang lembut lidah lelaki. Malah dia sendiri pun tidak pasti dirinya itu benarkah sudah jadi kekasih Azim atau tidak. Dia hanya suka berpacaran dengan lelaki itu kerana dia hanya mahu rasa seronok di luar. Tidak lebih dari itu.
       
        “Shaq sayang tak kat Azim?” tanya Azim sambil menguyukan mata kononnya romantik.

        “Hmm…takdelah rasa sayang pun…suka ajelah.” Shaqirah berterus terang dan pada wajahnya tiada menunjukkan apa-apa perasaan.

Dia baru hendak membuka pintu kereta, tiba-tiba Azim menarik bahu Shaqirah dan cuba mencium bibir mungil gadis itu namun sempat dielak oleh Shaqirah menyebabkan ciuman Azim mengenai pipi Shaqirah.

        “Apa ni Azim?!”

        “Nak kiss sekali je Shaq…Azim geram lah tengok Shaq ni.” Azim merayu sambil tanganya mula merayap meramas peha Shaqirah.

        “Jangan nak menggatal boleh tak? Alih tangan tu! Kalau tidak… ni last time kita jumpa!” Shaqirah memberi amaran.

Namun Azim tetap juga mencuba sekali lagi ingin mencium pipi gadis remaja itu.
                                                     

                                                                 ♦♦♦♦♦♦♦
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.137088 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list