CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42944|Reply: 1

Ada video AI menyamar guna wajah, suara saya untuk menipu – Dr. Zul

[Copy link]
Post time 17-7-2024 11:32 PM | Show all posts |Read mode






PETALING JAYA – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan sindiket penipuan yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) mirip wajahnya.


Ini kerana kata Zulkifli, terdapat beberapa video yang telah mengunakan wajah dan suaranya yang telah diubah suai menerusi AI digunakan untuk menipu.


“Sudah ada 2-3 video dengan wajah dan suara saya yang diubahsuai menggunakan AI, untuk menipu orang ramai melalui penjualan produk kesihatan dan pelaburan.


“Saya dimaklumkan sudah ada yang terpedaya dengan modus operandi tipu (scam) ini,”tulisnya di laman Facebook.


Susulan kejadian itu kata Zulkifli, pihaknya telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.


Sebelum ini media melaporkan, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin turut dijadikan ‘alat’ oleh sindiket scammer memperdayakan orang ramai menggunakan AI.


Siti Nurhaliza mendakwa, scammer menggunakan teknologi deepfake AI bagi meniru suara dan wajahnya demi mengaut keuntungan.


Perkara tersebut didedahkan penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu melalui perkongsian di laman Instagramnya.


“Palsu. Jangan percaya scammer. Ini adalah salah satu contoh kes cubaan menipu menggunakan nama, akaun media sosial ada nama dan gambar saya, siap letak suara Al untuk yakinkan orang ramai dan selebihnya ambil mana-mana video siaran langsung saya dengan tujuan nak perangkap supaya orang percaya,”katanya.-KOSMO! ONLINE.


Sumber : Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2024 08:39 AM | Show all posts
scary tul AI niiii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.039217 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list