CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24573|Reply: 13

Anak Sulung Eyra Hazali Bengkak Usus, Terpaksa Tahan Wad. “Sakit Perut & Cirit -Birit”

[Copy link]
Post time 18-7-2024 11:10 AM | Show all posts |Read mode






Pelakon Eyra Razali berdepan dugaan sekali lagi apabila anak pertamanya, Hayder Qhalish pula dimasukkan ke hospital kerana mengalami bengkak usus.


Melihat keadaan Hayder tidak bermaya sejak keluar dari hospital minggu lalu, Eyra terus bergegas ke hospital selepas anaknya itu cirit-birit.


“Hayder keluar wad pada hari Khamis tetapi dia mengadu sakit perut serta cirit -birit. Boleh kata 20 kali ulang-alik ke tandas.


“Semalam Hayder sakit sangat dan nampak tak bermaya, kami buat keputusan untuk bawa dia ke hospital. Memang dehidrasi, jadi doktor cakap kena masud wad.


“Hari ini buat ultrasound rupanya usus Hayder bengkak. Kemungkinan sebab tak betul-betul sembuh semasa di hospital tempoh hari serta kerap cirit yang membuatkan ususnya bengkak,” kongsinya menerusi Instagram.


Pun begitu Eyra kini lega bila mana diberitahu keadaan Hayder tidak membimbangkan.


“Sampel najis pun tidak mengesan rotavirus atau apa-apa yang merisaukan.


“Jadi, sekarang Hayder makan antibiotik, insya-Allah ambil masa beberapa hari untuk kurangkan bengkak,” ujarnya.


Ibu kepada dua cahaya mata ini juga turut berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatannya lebih-lebih kepada dua anaknya yang masih kecil.


“Terima kasih semua yang mendoakan Hayder. Semoga Allah membalas jasa baik semua,” tuturnya.


Sumber : Seeni.my




Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My


Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2024 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Bengkak usus budak2 ni sama dgn ulcerative colitis? @ipes2


Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 11:37 AM | Show all posts
alahai kesiannyaaa
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 11:46 AM | Show all posts
mak nya pun jual produk macam2 kan susu kurus la, makanan tambahan la, biskut kurus la, minuman coklat la.. semua tu ada bagi anak consume ke? takut la kalau overclaim sihat & selamat untuk bebudak.. orang tua yang usus berselirat, perut dah keras pun boleh sakit kalau consume memacam suppliment..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat susu pakai aio ape
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
So?

Aku tak berkenan dgn minah poyo ni. Berlagak mcm dpt kawin Prince William. Mampuslah kau sana.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-7-2024 05:39 AM | Show all posts
sharlenetexas replied at 18-7-2024 11:25 AM
Bengkak usus budak2 ni sama dgn ulcerative colitis? @ipes2

Ulcerative Colitis (UC) ni agak rare pada kanak2
lebih2 lagi umur macam kes ini.
UC ialah sebahagian dari Inflammatory Bowel Disease (IBD); satu bahagian lagi ialah Crohn's Disease (CD).

'Bengkak Usus' adalah layman's term yg sy sendiri tidak pasti apakah maksud nya
Mungkin colitis lah ye? (ie inflammation of the Colon ie Large Intestine)
Kids jika kena diarrhoea and vomiting, slelaunya adalah keran Viral illness lah
ie Viral Gastroenteritis eg disebabkan oleh Rotavirus, Norovirus, Coronavirus, Adenovirus etc (kdg2 bacteria pon boleh, tetapi jauh lebih teruk)
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2024 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 19-7-2024 05:39 AM
Ulcerative Colitis (UC) ni agak rare pada kanak2
lebih2 lagi umur macam kes ini.
UC ialah sebahagi ...

Doktor kat sini dia selalu sebut ulcerative colitis sebagai bengkak usus. Ada gak doktor guna term orang kampung - uluran.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2024 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
skrg ni mmg bersambung2 sambung sakitnye
start dgn demam selsema batuk pastu tau2 influenza
xpn cirbir pastu demam tp bile test xtau kenapa
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2024 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Gws.. Lama dia ni tak berlakon
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2024 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Salah makan ke? Or sbb lama tak membuang. Doctor selalu pesan mkn byk buah bg membuang setiap kali kalau ckp migraine ke sakit kepala. Iolls sampai tak larat iyakan. Haha.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2024 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Carcosa replied at 18-7-2024 10:35 PM
So?

Aku tak berkenan dgn minah poyo ni. Berlagak mcm dpt kawin Prince William. Mampuslah kau sana.  ...

Hahahaha..i igt iolsss je perasan bangganya dia dpt kawen pemain bola sepak..mmg poyo...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2024 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga adik hayder cepat sembuh dan sihat sentiasa..amin
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2024 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Joysparta replied at 21-7-2024 09:12 PM
Hahahaha..i igt iolsss je perasan bangganya dia dpt kawen pemain bola sepak..mmg poyo...

Memang poyo dia ni. Semak. Mcmlah laki dia pemain bola terkaya mcm Ronaldo or Messi.
Ehh pegi jalan lah! Kang laki ko dah injured, aku nak tgk, poyo tak lagi?? Kemain dulu, dia ada kata pemain bola adalah perwira negara, mcm tu. Aler Utoh!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 11:02 PM GMT+8 , Processed in 0.069445 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list