CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24084|Reply: 3

Kes Buli Siber Denda RM100 : Jangan Buat Spekulasi, Hukuman Maksimum Ikut Undang-Undang - Polis

[Copy link]
Post time 19-7-2024 08:36 AM | Show all posts |Read mode






Kuala Lumpur: Orang ramai diingatkan supaya jangan membuat spekulasi berhubung hukuman denda RM100 yang dikenakan terhadap wanita dikaitkan dengan kes buli siber terhadap pempengaruh Rajeswary Appahu atau Esha pada 16 Julai lalu.


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu dibuat berdasarkan bukti-bukti yang diperoleh sewaktu siasatan dilakukan.


Katanya, denda dikenakan sebanyak RM100 adalah denda maksimum bagi peruntukkan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.


"Seorang wanita dituduh di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan penama yang dituduh mengaku bersalah dijatuhkan hukuman denda RM100 iaitu denda maksimum.


"Bukti paling kuat yang kami ada membolehkan pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 14 (Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955)," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.


Sebelum ini, Harian Metro melaporkan seorang wanita yang dikaitkan dalam kes buli siber terhadap Esha didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan mengeluarkan kata-kata kesat.


Majistret Arunjothy M Selvaraju menjatuhkan hukuman itu terhadap Shalini Periasamy, 35, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan dihadapinya.




Sumber: Harian Metro








Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My


Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2024 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah boleh pinda kot akta..dlu masa buat undang2 mungkin blom ade kes2 sampai libatkan kematian..almaklom la habis2 myspace dgn mirc je..sms..skarang hal dlm kain semua satu dunia boleh tau..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2024 08:18 PM | Show all posts
kalau tetap nak buat spekulasi, akan didenda rm100 jugak ke? tanya jerr.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2024 02:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Dh le majistret tu satu kaum, xpasal2 kena spekulasi under table ke. Tp ada yg kes saman body shaming boleh pulak kena beratus ribu. Sbb tu mls nk mengata di media, menyumpah dlm hati jela.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.036663 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list