View: 17121|Reply: 6
|
[Tempatan]
Ekonomi dijangka melonjak pada separuh kedua - RHB Investment
[Copy link]
|
|
Ekonomi dijangka melonjak pada separuh kedua - RHB Investment
Julai 21, 2024 @ 8:37pm
Gambar hiasan. Antara mercu tanda baharu Kuala Lumpur, TRX.
KUALA LUMPUR: RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) mengunjurkan ekonomi Malaysia melonjak pada separuh kedua tahun ini.
Ia didorong oleh pemacu dalaman dan luaran susulan pertumbuhan teguh sebanyak lima peratus yang dicatatkan pada lima bulan pertama 2024.
Bank pelaburan itu berkata petunjuk utama kompositnya, RHB-LEI (MY) menunjukkan anggaran akhir ekonomi suku kedua Malaysia akan meningkat lebih lima peratus tahun ke tahun.
"Kami menjangkakan peningkatan selanjutnya dalam aktiviti perdagangan dan pembuatan pada separuh kedua 2024, ditambah dengan daya tahan berterusan dalam permintaan domestik daripada peningkatan perbelanjaan pengguna dan pelaburan," katanya dalam satu nota hari ini.
Oleh itu, RHB IB mengekalkan unjuran keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia pada 4.6 peratus tahun ini, mengambil kira pertumbuhan kukuh lebih daripada jangkaan suku kedua sebanyak 5.8 peratus yang dikeluarkan hari ini.
Pandangan optimis bank pelaburan itu berpandukan perkembangan terkini data perdagangan dan pengeluaran perindustrian yang kukuh, ditambah dengan peningkatan keyakinan dalam negeri seperti yang ditunjukkan oleh peningkatan dalam Indeks Pengurus Pembelian pembuatan serta import kukuh bagi modal dan barangan perantaraan.
"Kami kekal optimis terhadap ekonomi global, disokong oleh prestasi ekonomi berdaya tahan ekonomi utama seperti Amerika Syarikat, China, dan ekonomi ASEAN terpilih.
"Peningkatan terkini dalam data frekuensi tinggi China, termasuk perdagangan dan jualan runcit, menunjukkan pemulihan ekonomi yang stabil," kata RHB IB.
– Bernama
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
tentunya @Solokk aka EJALTI buat2 lena khuezz??.
|
|
|
|
|
|
|
|
kesan formula tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Melonjak berbanding zaman najib atau zaman covid? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tgk report tu ada tak satu pun objective forecast yg ada faktor luaran faktor dalaman. Electronics dah crash minggu lepas. Nikkei dah over the top, same with taiwan n korea. Hk dah lama crash tak bngn2. Client aku exporting mnc dah sunyi sepi dari early july... cer citer sikit sector mana yg akan naik q3 onwards. Electronics bottom out in nov. So malsysia brace for impact!!! Obviously dia nak dispose kat kl ni |
|
|
|
|
|
|
|
Tak sia2 Jibun jadi banduan
Kahlahkahkah |
|
|
|
|
|
|
| |
|